Ada Satu Bentuk Pemikiran Pelik Di UPNM?
SEBELUM kisah sadis Zulfarhan Osman panas kembali sejak kelmarin, sudah wujud persepi dan mungkin kebenaran bahawa buli adalah sesuatu yang normal di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Portal Malaysia Gazette pada 5 Jun 2017 pernah menyiarkan sebuah laporan memetik seorang bekas pensyarah di universiti itu yang menceritakan mengapa buli agak sinonim dengan UPNM.
Berikut laporan yang disiarkan portal berkenaan pada tarikh tersebut:
KUALA LUMPUR – Kes penderaan di kalangan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bukan suatu yang luar biasa cuma ia tidak didedahkan, dedah sumber kepada MalaysiaGazette, cuma berbeza kali ini ia melibatkan kematian dalam keadaan yang kejam.
Sumber yang juga bekas pensyarah universiti tersebut berkata, kes buli atau raging sememangnya sudah menjadi budaya tentera yang diwarisi semasa zaman era British dan ia kemudiaan diteruskan sehinggalah hari ini.
“Ini sudah menjadi budaya tentera, budaya buli dan raging yang dibawa oleh British diwarisi sehingga hari ini dalam tentera kita.
“Budaya ini kononnya untuk mengajar setiap anggota tentera itu menjadi seorang yang menurut perintah dan taat kepada ketua mereka atau orang yang lebih lama dalam perkhidmatan,” terang sumber.
Dalam kes penderaan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, ia merupakan kesan daripada budaya tentera yang masih diwarisi dan ia kini diterapkan pula dalam universiti yang melatih bakal-bakal tentera ini, kata sumber.
“Cumanya perkara ini disembunyikan dan tidak didedahkan,” katanya.
Menceritakan pengalaman peribadi, sumber mendakwa, salah seorang pelajarnya pada 2014 menjadi OKU (Orang Kurang Upaya) akibat penderaan yang dialaminya semasa dalam universiti tersebut.
"Seorang pelajar saya, budak cerdik memiliki CGPA yang tinggi hampir 3.8, berlaku begini dia sudah tidak boleh belajar apabila saraf otaknya tidak berfungsi,” ujarnya.
Menurutnya lagi, kebanyakan kes ini tidak dilapor dan didedah kerana pelajar sudah diasuh supaya taat kepada perintah dan tidak menceritakan apa yang berlaku walaupun kepada ibu bapa mereka sendiri.
“Budak-budak ini sudah diberitahu supaya jangan bercerita itulah budayanya, sampai ibu bapa sendiri pun budak-budak ini takut nak beritahu,” katanya lagi.
Zulfarhan Osman, 21, meninggal dunia di Hospital Serdang, 10 malam kelmarin dengan kesan lebam dan melecur pada badan.
Kematiannya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis mereman 36 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette
.
Selamat untuk kita andaikan apa yang dikatakan pensyarah yang tidak dinamakan ini sebagai benar sepenuhnya.
Maka kita dapat memahami bahawa buli adalah sesuatu yang mungkin dianggap sebagai perlu dihadapi pelajar kerana mereka berada di sebuah universiti yang melahirkan bakal pegawai tentera.
Berjiwa kental dan patuh arahan seharusnya dilihat satu sifat wajib pelajar di sana.
Walaupun penulis sendiri tidak pernah belajar di sana, namun melihat kepada kenyataan pensyarah itu dan menggunakan lojik, maka kita dapat merumuskan ada satu bentuk pemikiran yang menjalar dari tentera ke UPNM iaitu buli membentuk jiwa yang kental.
Mungkin pemahaman di sana...."Kau jangan pondan sangat bro, kau tu askar".
Tapi ini semua sebenarnya alasan untuk sekumpulan manusia yang merasakan diri tu macho dan hebat bila dapat buli anak orang.
Hakikatnya askar yang hebat dan kental dibentuk dari jiwa pahlawan yang wujud secara semula jadi...tak perlu hendak dibuli untuk "melahirkan" jiwa seperti itu.
Kalau memang jenis darah pahlawan, bila tiba masanya, sifat kepahlawanan itu akan muncul dengan sendirinya..
Apa pun, sejak beberapa tahun ini, sudah tidak kedengaran sangat isu buli di UPNM.
Sama ada kes-kes itu berjaya dikawal dan dikurangkan, atau UPNM sudah lebih cekap memastikan ia tidak lagi bocor ke pengetahuan awam.
Apa pun,
Setiap kali nama arwah Zulfarhan disebut, hati saya remuk.
Membayangkan saat badannya diseterika dan dirinya tak mampu berbuat apa-apa melainkan meraung kesakitan.
90 kali tekapan seterika wap panas menyebabkan 80% daripada badannya melecur teruk.
Jangan romantikkan jenayah. Memang tahu tarikh hukuman, tapi jangan kita sedapkan hati dengan ayat macam ni. Bukan kecam cuma tak setuju ayat macam ni.
konteks : video terbaru aku kat tt.
Penjagaan selepas pembedahan katarak adalah sangat penting untuk memastikan pemulihan yang cepat dan efektif serta mengurangkan risiko komplikasi.
Penjagaan selepas pembedahan katarak itu penting‼️
1️⃣ Menghindari Infeksi: Salah satu risiko terbesar selepas pembedahan adalah infeksi. Mematuhi arahan doktor tentang penjagaan mata seperti menggunakan titisan mata yang diberikan, menjaga kebersihan tangan dan mengelakkan menggosok mata, sangat penting untuk mencegah infeksi.
2️⃣ Memastikan Penyembuhan yang Baik: Mata perlu masa untuk pulih sepenuhnya setelah pembedahan. Mengikuti semua arahan penjagaan selepas pembedahan membantu memastikan bahawa mata sembuh dengan baik dan penglihatan membaik sebagaimana mestinya.
3️⃣ Mengelakkan Komplikasi: Komplikasi seperti pembengkakan, pendarahan atau peningkatan tekanan dalam mata boleh terjadi setelah pembedahan. Pemantauan rutin dan pemeriksaan selepas pembedahan dapat mengidentifikasi masalah ini awal dan mengatasinya sebelum menjadi serius.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Ya Allah..
Jauhkanlah aku dari merasa aku lebih baik dari yg lain. Khususnya bila aku melihat ssorg yg tersalah, banyak tersilap, dgn kelemahan itu ini.
Jagalah hatiku jgn pernah merasa aku lebih baik sbb bila bertambah sangka buruk maka bertambah pula benci di dlm hati ini.
“Saya beritahu isteri saya, keluarga saya termasuk abang saya, saya tidak kisah hilang gaji puluhan ribu dan nak balik kampung. Saya hanya mahu hidup tenang, saya boleh ambil gaji RM50 sehari janji keluarga saya selamat saya tak nak hidup dalam ketakutan.
“Apa yang berlaku ini di luar jangkaan, saya tak boleh terima keluarga saya dalam ketakutan,” kata tonggak utama pasukan bola sepak Selangor FC, Faisal Halim.
📷: Astro AWANI/ Shahir Omar
#AWANInews
Bersempena Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun 2024, kami di #MedTweetMY ingin mengajak semua rakyat Malaysia menyertai "Kempen Derma Darah" kepada mereka yang memerlukan.
Siapakah mereka yang akan mendapat darah yang anda dermakan:
1) Mangsa kemalangan yang kehilangan banyak darah
2) Ibu yang melahirkan anak yang kehilangan banyak darah
3) Pesakit yang menjalani pembedahan dan kehilangan banyak darah
4) Pesakit yang memerlukan pemindahan darah spt pesakit talasemia dan anemia
✔️ Setiap unit darah yang didermakan boleh menyelamatkan TIGA nyawa.
Jom Derma Darah!
#MedTweetMY
Kita tak tahu yang influencer ni semua terpaksa pura-pura happy, jadikan family, anak sebagai content, terpaksa buka ruang untuk orang judge based on social media.
Rasa macam hidup dalam penipuan. Rasa malu kat orang rapat yang tahu how exactly their life is.
Menahan diri untuk tak masuk campur hal rumahtangga orang.
Dan semoga Allah lindungi rumahtangga kita semua, dikurniakan mawaddah, sakinah dan warammah.
Apa apa pun, to my husband, 143.
Ada lagi ni haa, diffuser, linen spray & scented candles size kecik sikit (murah):
Jangan lupa buy with vouchers, banyak discounts 😁
https://t.co/NOTI4Sljci