Doa arafah by JAKIM
*DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM*
✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
✔9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan.
✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).
✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..
✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Tutup dgn selawat.
Aamiin Aamiin Ya Rabbul 'Aalamiin.
Wallahu-a'lam.
BATUK KOKOL | Batuk Kokol boleh menyebabkan radang paru-paru, radang otak serta sawan sekiranya kurang bekalan oksigen ke otak
Video penuh : https://t.co/e7O5I6Ys4a
5 Hak Pekerja Yang Korang Wajib Tahu!
Korang yang kerja jer setiap hari ni tahu ke hak-2 korang sebagai pekerja. Jangan bila ditindas baru nak cari undang-2 itu ini. So aku share hak-2 korang patut tahu dalam bentuk soalan okay .
Rupanya senang je nak beli rumah pertama ni.
Ramai rakyat Malaysia khususnya anak muda yang masih tak tahu apa yang perlu mereka lakukan sebelum beli rumah.
Sebenarnya, step by step cara beli rumah pertama cukup mudah. Anda hanya perlu fokus pada 4 proses ni :
Dah masanya kita ready untuk back to our life. Faham kita takut dengan angka kes yg masih tinggi. Tp org kena start berniaga, kita kena start berkerja. If u confident enough to dine in then go ahead, if not kalau org lain buat jangan la kecam.
Jaga solat 5 waktu!
Bukan solat di awal waktu saja, tapi perbaiki kualiti solat iaitu khusyuk solat. Bila mula jaga solat, kita mula baiki kehidupan kita sikit demi sikit. ❤
Kita nak mati dalam iman. Kita minta berdoa kesudahan yang baik, minta syurga. Akan tetapi, adakah cara kita didalam kehidupan ini, membawa kita kepada kesudahan yang baik? Yang diredhai oleh Allah?
- Sheikh Imran Angullia al Hafidz
Bayangkan kes sangat tinggi, kerja pun tak ada, dah nak dekat 2 bulan duduk rumah, tak ada perubahan. How are these people going to survive?
Ya Allah, kau mudahkanlah urusan sesiapa sahaja yang dalam kesulitan. Lindungilah kami Ya Allah. 😞
Sesiapa yang tinggal serumah atau dekat dengan parents tu kena banyak2 bersyukur. Sebab peluang macam ni tak semua orang dapat. Ni pon antara rezeki yang Allah bagi.