Meremang dengar kisah dia, tak kisah kalau ada yang tak percaya atau sangsi dengan cerita dia. Azab kubur itu benar. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari azab kubur, teruskan jaga ibadah dan perilaku.
Insha Allah.
"Dia dah dapat kerja, aku belum"
"Dia dah naik pangkat, aku belum"
"Dia dah ada kereta, aku ni takde apa"
"Dia dah ada anak, aku masih sendu sepi"
Tak aneh kalau kita pernah rasa begini. Cuma, tahu tak ada ayat yang sangat indah, al-Quran huraikan tentang sifat ini?
Thanks anon for the reminder. Trials and tribulations are indeed a test of faith.
Dia lah Tuhan yang Maha Merancang, dan kita hanyalah hamba. Selayaknya hamba, kita hadap sahaja lah. Semoga Dia bantu kita, redha dengan kita dan ampunkan dosa kita.
Kalau ayat-ayat al-Quran tentang rezeki direnungkan, kita akan lihat betapa sebenarnya Allah SWT tahu tentang kerisauan kita tentang rezeki.
Dan betapa Dia tak mahu kita bimbang tentang rezeki.
Ayat ini antaranya. Ada satu lagi ayat lain.
Dalam surah al-Dhariyat. Allah SWT sebut:
وَفِى ٱلسَّمَآءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ
"Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu." (al-Dhariyat: 23)
Rezeki kita Allah SWT kata bukan di tangan kita atau mana-mana manusia, tapi di langit.
Dan jika jaminan ini belum cukup, Allah SWT lanjutkan dengan satu sumpah yang luar biasa:
فَوَرَبِّ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۭ مِّثْلَ مَآ أَنَّكُمْ تَنطِقُونَ
"Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata."
Pertama, Allah SWT bersumpah dengan diri-Nya sendiri.
Kedua, Dia tegaskan dengan huruf إن dan huruf ل yang digunakan sebagai huruf penegasan.
Supaya kita tak ragu-ragu.
Kemudian apa yang Allah SWT suruh kita buat?
Perhatikan diri kita sendiri.
Adakah kita pernah ragui yang kita dapat bercakap?
Cuba baca tweet ini dengan suara.
Dengar satu persatu perkataan dengan telinga kita sendiri.
Sebenarnya kita tak pernah ragui yang kita boleh bercakap.
Kita tahu, bila kita buka mulut, suara akan keluar.
Begitulah juga kata Allah SWT, jaminan rezeki itu pasti.
Sebagaimana kita yakin suara ini milik kita, begitulah kita sepatutnya yakin yang rezeki itu Allah SWT sudah janjikan.
Bila saya baca ayat ini, saya rasa malu pada ketakutan diri sendiri.
Sebab adakah terdapat jaminan yang lebih kuat daripada jaminan seperti ini?
Nak tanya.
Usually I donate my clothes dekat metal bin tepi jalan tu, rasanya betul ke dorang distribute? Ke akan jadi sampah je ke?
Ke better I letak in a box and open for anyone here?
Menangis Kerana Haid
Dalam perjalanan untuk menunaikan haji, Siti Aisyah didatangi haid.
Dia menangis.
Dah berazam mahu beribadah, tiba-tiba haid pula.
Nabi SAW nampak, dan Nabi terus tahu.
"Kenapa ini? Kamu datang haid?"
Semalam saya live di TikTok.
Tengah jawab soalan, tiba-tiba ada seseorang tanya:
“Macam mana kalau rasa tak layak berdoa? Sebab rasa dosa banyak sangat.”
Saya terdiam sekejap.