Kelebihan berdoa Hari Arafah telah bermula. Banyakkan berdoa.
Namun, jangan hanya berdoa untuk perkara keduniaan sahaja. Doakan untuk urusan akhirat juga.
Imam Ibn Kathir رَحِمَهُ الله berkata:
وذَمَّ مَنْ لَا يَسْأَلُهُ إِلَّا فِي أَمْرِ دُنْيَاهُ
Sekiranya hati kita bersih, nescaya kita tidak akan pernah merasa kenyang dengan Al-Quran.
لَوْ أَنَّ قُلُوبَنَا طَهُرَتْ مَا شَبِعْنَا مِنْ كَلَامِ ربِّنَا
- Usman bin ‘Affan
* Tidak kenyang dari membaca. Tidak kenyang dari mendengar. Sentiasa hendakkan lagi dan lagi.
Rezeki kita telah terjamin sejak lahir. Tenang, yakin dan teruskan usaha.
Syurga kita belum dijamin. Bimbang, takut dan gandakan lagi usaha untuk mendapatkannya.
Aku nak kongsi tips pilih kasut berjalan/sukan selepas survey tentang fit kasut hampir sebulan.
Ia sangat membantu ketika aku travel haritu yang perlukan berjalan kaki lebih 10,000 langkah sehari selama lebih seminggu.
Basically, kalau berjalan jauh menyebabkan korang sakit kaki, betis, lutut, pinggang, plantar fasciitis (tapak kaki), itu antara tanda-tanda korang pakai jenis kasut yang salah.
--------
Ada 3 benda yang penting nak tahu sebelum pilih kasut.
1. Jenis Arch - Flat, Normal, High
2. Pronation - Overpronated, Neutral, Supinated
3. Lebar kaki - Normal, Wide, Extra Wide
Aku terangkan satu persatu secara ringkas.
Ramai orang tak tahu, brand kasut terkenal, memang ada keluarkan jenis dan model kasut berbeza untuk setiap jenis kaki tersebut. Bukan main pilih kaler dan design lawa je masa beli kasut.
Last nanti aku cadangkan brand dan model kasut yang aku rasa better untuk setiap jenis kaki tu.
------
1. JENIS ARCH.
Ini semua orang memang kena tahu tapak kaki jenis apa. Ia penting sebelum pilih apa-apa kasut.
Aku baca ada satu kajian, lebih kurang 60% orang arch normal, 30% flat dan 10% high arch. Boleh pijak kertas ketika kaki basah, untuk tengok korang arch apa.
High arch - Sesuai pakai kasut banyak cushioning. Nak support kaki ketika jalan.
Flat arch - Kena cari kasut ada stability.
2. PRONATION.
Pronation ni ramai tak tahu lagi. Sebenarnya kaki kita bila berdiri tegak, berjalan, berlari ada tendency untuk landing ke luar atau ke dalam macam gambar ni.
Walaupun Arch normal, kadangkala kaki kita masa landing, akan senget ke keluar/dalam yang menyebabkan bebanan tambahan kat pergelangan kaki. Ini memang gait kita yang dijadikan berbeza-beza.
Kadangkala dua-dua kaki ada isu overpronated/supinated. Dan kadangkala sebelah je. Ada yang mild, ada yang heavy.
Apa guna tahu benda ni?
Kalau ada isu overpronated/supinated, korang sebenarnya tak sesuai pakai kasut yang bouncing-bouncing dan tebal tanpa ada protection (stability) dan motion control.
Ia sebabkan ketika landing nanti, kaki akan jatuh ke kiri/kanan dengan lebih teruk (sebab kasut tinggi+tebal+lembut). Sebab tu baru lari/jalan sikit dah sakit sana sini.
Sebab tu juga kasut brand ON yang trending geng T20 tu tak semua orang sesuai. Ada yang feedback, sakit lutut/shin bila jalan. Sebab dia sebenarnya flat foot dan perlukan kasut yang ada stability. Bukan high cushioning macam ON.
Kat mana nak check pronation ni?
Boleh buat sendiri letak camera di lantai, dan cuba jalan. Dari video tu boleh nampak pronation kita (hatta berdiri tegak).
Ada kedai macam Running Lab, Rev Runner, Brooks dll yang ada mesin nak check pronation kita. Boleh test free je sebelum pilih kasut kat kedai mereka.
3. LEBAR KAKI.
Haaa inilah sebab ramai tak sesuai pakai brand terkenal macam Nike, Adidas, Dr. Martens, Converse, Onitsuka Tiger dll.
Sebab majoriti model kasut mereka target kaki yang narrow-normal. Jadi kaki yang agak lebar, akan kesakitan bila pakai lama.
Nak tahu, kasut korang sesuai tak dengan lebar kaki?
Buka insole dalam kasut korang, letak kat lantai. Pijak atas insole kasut tu.
Kalau ibu jari dan hujung jari kaki terpaksa berhimpit nak fit dalam insole tu (gambar), maksudnya kasut korang tak cukup lebar. Ini tips paling mudah.
Terseksa kaki dalam kasut tu sebab sempit dan tak sesuai dengan kaki.
--------------
Jadi dengan tahu variable ni. Bila nak beli kasut, korang kena tahu dan bezakan type dia.
Model kasut tu sebenarnya sesuai untuk kaki normal, untuk extra cushioning (high arch, normal mild pronated), atau model untuk stability (flat dan supinated/overpronated).
-------------
KESIMPULAN dan Cadangan brand kasut.
Antara benda tak boleh nafikan dari dulu, aku perasan brand kasut seperti Asics, Hoka dan New Balance memang leading bab nak accommadate perbezaan jenis kaki ni.
Mereka sentiasa keluarkan model kasut yang cater pronation dan lebar kaki berbeza dalam satu brand.
Ini juga antara sebab kenapa aku paling banyak pakai brand Asics.
Contoh:
Asics Gel-Kayano 32 (stability) - Antara kasut best yang aku guna.
Kalau korang saiz US10. Dia ada range saiz untuk lebar kaki - B (narrow), D (normal), 2E (wide), 4E (extra wide).
Jadi walaupun pakai model sama, tapi kasut tu ada banyak jenis kelebaran. Berbanding Nike Adidas yang amik pendekatan majoriti fit all.
Sebab dah panjang sangat tulisan ni, ada masa aku share model-model yang aku survey dan kelaskan ketika survey haritu (kalau rajin).
Aku buat macam ni:
On CloudSurfer - Type cushion banyak, Normal-High Arch, Pronation normal/mild supinated, Wide normal (takde versi wide). Tak sesuai overpronated/supinated.
Hoka Arahi 7 - Type Stability. Flat Arch. Pronation - Overpronated. Ada wide version (2E, 4E)
New Balance 1080v14 - Type Stability. Arch Normal-High. Pronation - Neutral. Ada wide version.
Adidas Adizero Evo SL - Performance shoes. Arch Normal. Pronation - Neutral. Takde version 2E, 4E tapi cukup wide bagi majoriti.
Wallahua'lam.
Tak sangka pula banyak yang reshare reply saya ini. Saya share sebabnya.
Untuk anak usia bawah 6 tahun, teori kognitif Piaget cadangkan yang mereka belum capai usia pemikiran logik. Jadi untuk hal terkait dengan benda yang tak nampak ni, otak mereka sukar untuk proses.
Dalam teori Vygotsky pula, ada penekanan kepada scaffolding di mana anak boleh mencapai sesuatu kemahiran MELEBIHI usia jika dibimbing.
Kalau dalam Islam pula, Nabi SAW tekankan untuk mula ajar solat usia 7 tahun yg --
Inilah dia Rembayung, restoran pertama Khairulaming. Selepas berbulan-bulan buat persediaan, akhirnya kita bersedia untuk membuka tirai.
Berpuluh jenis juadah kampung dan minuman disediakan. Kuih muih pun ada juga. Di rembayung kita tak ada VIP room, semua orang dijemput menjamu selera beramai-ramai
Doakan perniagaan kami dipermudahkan dan kami semua tak sabar nak nantikan kehadiran anda 😊
Kongsi Kuliah Subuh pagi ini. Kata ustaz kalau nak perbaiki hidup,
Mulakan dengan perbaiki waktu tidur dan solat kita.
Tidur yang cukup sangat penting. 6-7 jam. Ia bantu otak berfikir lebih jelas, mudah fokus dan tak banyak 'sampah' dalam fikiran kita.
Solat di awal waktu dan khusyuk pula jadikan kita muslim yang berdisiplin dengan masa, dan betul-betul rasa hidup bertuhan.
Ramai manusia hilang kawalan kat dua perkara ini sekarang.
Ia sebabkan hidup mereka jadi serabut, pemarah, takde disiplin masa, dan langsung tak mampu lawan ketagihan dopamine sosial media, porn, games dan perkara negatif lain.
Satu lagi, kita takkan mampu nak kawal pendapat dan cara berfikir semua orang. Penat kalau nak ubah dunia.
Fokus dulu perbaiki diri dan keluarga. Perbaiki hubungan dengan Allah dan manusia. Perbaiki tidur. Perbaiki cara hidup. Usaha tambah skill, explore ilmu baharu.
Fokus kat perkara yang berada dalam kawalan kita!
Selamat Tahun Baru semua.
This is one of the issues...
As you pray for a pious spouse, never forget to pray for compatibility.
You see, a lot of things that seem irrelevant are actually very much relevant.
Many people in the comments are quick to place the blame on her (which I believe that, for some, sexual desire takes so much precedence in their judgment🥴)
But she has a valid point.
All I can say is, it's the reality of life that people experience life, worship, and happiness differently.
That’s why compatibility matters, not just in attraction, but in priorities, routines, spiritual rhythms, and emotional needs.
Marriage isn’t about choosing which act of worship replaces another.
It’s about learning how to make space for both.
Maybe the best way she finds peace is through standing before her Rabb -and when best to do it than the last part of the night???🤷
Maybe that's where her heart feels most alive.
Maybe tahajjud is her refuge, her healing, her strength.
Maybe missing it leaves her spiritually drained, even if everything else is in place.
Maybe what nourishes her soul isn’t being neglected intentionally, but gradually displaced.
Maybe... just maybe 🤷
Bulan Rajab termasuk salah satu dari 4 bulan haram.
Bulan haram bermaksud : Bulan yang sangat dimuliakan.
Berikut merupakan senarai 4 bulan haram :
1- Muharram
2- Rajab
3- Zulqa’dah
4- Zulhijjah
There is no life without trials. There is no success without patience. The harder your test, the more hopeful you should become, because the Almighty’s help is near.
P.S: 40g of dark chocolate can reduce menstrual pain as effectively as 400 mg ibuprofen.
Ladies, you are not insane for craving chocolate during your period.
Inna lillahi wainna ilaihi raji'un.
Berita sedih kembalinya ke pangkuan Ilahi, @nurareefah setelah bertarung dengan kanser tahap 4.
Almarhumah adalah ikon advokasi kesihatan mental @mecare_my yang inspirasional.
Ikuti kisah inspiratif beliau dalam forum
https://t.co/WgF2pedD6u
RASMI
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Tahap Buruk sehingga 29 November 2025 di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak dan Terengganu
Turut dalam senarai amaran ialah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah. Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Bentong di Pahang
Amaran Hujan Lebat Tahap Waspada turut dikeluarkan di Seluruh Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka. Selain itu Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang serta Tangkak dan Segamat di Johor turut dalam Tahap Waspada
Kejadian tanah runtuh dekat Pangsapuri kos rendah, Jalan Sepadu 6, Taman United, KL.
Penghuni 2 blok rumah (104 unit) serta premis berhampiran diarahkan untuk dikosongkan berikutan masih terdapat pergerakan tanah dan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat.
Jika marah pun tak mampu dikawal, itu tanda lemahnya jiwa. Jiwa yang lemah tak layak dijadikan role model.
Lawan kehendak hawa nafsu, itulah sumber lahirnya kekuatan seseorang hamba pada tubuhnya, jiwanya dan hatinya diatas kebenaran.
Pernah sebahagian Salaf kata:
الغالب لهواه أشد من الذي يفتح المدينة وحده
“Orang yang mampu menundukkan hawa nafsunya itu lebih perkasa daripada orang yang menawan sebuah kota sendirian”
(Ibn al-Qayyim, Rawdah al-Muhibbin)
Baginda Nabi SAW bersabda:
ليس الشديد بالصرعة ولكن الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب
“Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, tapi orang kuat ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah”
(Riwayat al-Bukhari)
“Sejauh mana pun kita pergi, kita sentiasa perlu kembali kepada al-Quran.”
Kurang 100 hari lagi menuju Ramadan 2026.
Saya mula terfikir projek tahunan Ramadan.
Apa yang ingin saya lakukan kali ini?