Antara seni berdoa adalah sentiasa mengulang-ulang doa. Abu al-Dardā' RA berkata :
"Bersungguhlah kamu dalam berdoa kerana sesungguhnya seseorang yang banyak mengetuk pintu lebih hampir untuk dibukakan pintu kepadanya" [Musannaf Ibn Abi Syaibah]
#FawaidUlama#FawaidRamadan
Berkat sedekah is real. Kalau kau tak dapat duit kau balik pun Allah akan gantikan dengan kegembiraan, sihat tubuh badan, bahagia dan lebih lagi. Pasti ada rezeki yang kita sendiri sangka datang. Kalau pun tak dapat dekat kau, akan dapat dekat orang orang yang kau sayang.
Semakin kurang kita dedahkan diri kita di media sosial, semakin kurang kita perlu berikan justifikasi kepada orang lain tentang hidup kita, tindakan kita, pilihan kita. Semakin kurang orang memerhati dan menilai diri kita. Bagi saya inilah kebebasan yang sebenar.
Kalau kita sedikit ringan bertanya khabar kawan lama, kita akan faham, hidup ini tak mudah untuk semua orang. Ada yang diuji pemergian ibu ayah, cerai, dicurangi, hingga disahkan kanser. Mereka melaluinya diam dan sendiri.
aku pernah membaca,
“maka, bertumbuhlah dengan sangat cantik. biarlah luka-luka itu menjadi perjalanan yang perlahan membentukmu menjadi akar yang kuat.”
lalu seseorang menimpali,
“jika nasi telah menjadi bubur, buatlah bubur yang enak.”
Muslim diajar jgn sesekali hina & pijak kitab suci agama lain. Tindakan memijak Quran dlm sebuah negara Islam bukan sahaja perlu tindakan tegas malah hukuman KERAS & BERAT. Minta maaf bukan 'alasan' berlepas diri. Ta'dib (didik) & tahkim (hukum) mesti seiring
Astaghfirullah for when I've felt superior to others. Astaghfirullah for when I struggle to forgive someone for the wrongs they've done to me. Astaghfirullah for the sins I've committed, both those I remember and those I've forgotten to seek repentance for.
Basic Solat Berjemaah.
1. Kalau duduk saf depan ketika sedang solat dan batal wudhu', boleh je keluar dengan jalan di celah-celah saf, depan orang sedang solat.
Sutrah ketika solat berjemaah adalah depan imam. Jadi depan imam je tak boleh lalu.
Masih ramai orang rasa tak boleh jalan depan orang solat ketika berjemaah. Itu salah! Ia hanya terpakai ketika Solat bersendirian sahaja.
2. Kalau saf penuh/rapat dan kita batal wudhu' nak gerak kebelakang. Boleh je cakap dengan orang sedang solat, tolong bagi laluan, saya nak lalu.
Kita solat ni, bukan tiba-tiba jadi robot tak boleh gerak dan tak dengar apa-apa. Khusyuk solat tu bukan menyebabkan kita jadi robot/batu.
Orang yang sedang solat tu pulak, boleh anjak sikit ketepi bagi ruang jemaah tu nak lalu. Kalau perlukan 2 orang sekalipun, boleh je dua-dua gerak bagi ruang.
3. Kalau phone berbunyi ketika solat. Seluk poket tu dan matikan phone. Tak batal solat. Daripada ganggu berpuluh-puluh jemaah lain dari kusyuk solat sebab takut nak bergerak matikan phone.
Malah, kalau tengah berdiri dan phone letak kat lantai berbunyi kuat dan terlalu ganggu jemaah, lebih baik batalkan solat dan matikan bunyi phone tu.
Kemudian angkat takbir solat semula dan tambah bilangan rakaat yang tertinggal. Itu jauh lebih baik dari solat tapi sakitkan hati semua jemaah dengan bunyi yang bukan-bukan.
Ketika berjemaah, kita ni gerak sebagai satu kesatuan ummah. Bukan pentingkan diri sendiri. Jadi hukumnya berbeza.
Ini antara asas yang semua kena tahu. Terutama dalam bulan Ramadan yang majoriti kita solat berjemaah tarawih setiap malam.
Begitulah.
Her name was Hind Rajab — 5 years old.
Trapped in a car for 48 hours, surrounded by Israeli tanks, begging for help.
They executed her with 350 bullets — and killed five members of her family.
This is a war crime against a child.
Sahur membuktikan kita bisa bangun di sepertiga malam bahkan untuk solat subuh,
Tarawih membuktikan bahwa
kita mampu berdiri lebih lama dalam ibadah,
Puasa membuktikan bahwa kita bisa punya kendali atas diri sendiri,
Membaca Al-Qur'an membuktikan
bahwa waktu selalu ada, hanya saja kita terlalu sibuk prioritaskan dunia,
ternyata Ramadhan bukan sekedar bulan peningkatan iman yang sementara, Bulan ini adalah bukti bahwa kita sebenernya mampu melakukannya setiap hari, kalau kita mau.
Macam mana kita nak tahu pasangan tu ada EQ yang tinggi ketika taaruf?
EQ tinggi = pendengar yang baik.
Dia lebih banyak mendengar sebelum menjawab. Banyak fikir sebelum nak cakap apa-apa.
Boleh perhatikan cara dia apabila berbeza pendapat. Bagaimana dia respon ketika tak bersetuju dengan sesuatu perkara.
Lihat juga cara dia menerima teguran. Adakah dia defensive atau boleh terima dengan hati terbuka.
Selain tu, cara dia bercakap tentang orang lain. Lebih lagi orang yang pernah buat silap dengan dia atau orang yang dia tak berapa suka.
Ada pendidikan yang tinggi tidak menjamin EQ tinggi. Sekufu bukan hanya pada pendidikan, tetapi lebih utama pada cara berfikir.
Memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun. Ia satu penghinaan terbuka terhadap agama. Undang-undang mesti bertindak tegas dalam perkara yang menyentuh kesucian Islam.
Haramkanlah wajah ibu kami, wajah ayah kami dari siksa api nerakaMu ya Allah dan masukkanlah kedua orang tua kami ke dalam syurgaMu tanpa hisab, Aamiin