Aku bukan sokong judi. Judi memang haram bagi Muslim. That’s clear.
Tapi kadang tu aku hairan bila ada pemimpin bercakap seolah olah semua isu boleh diselesaikan dengan satu hukum without looking into reality masyarakat yang pelbagai.
Negara kita ada Muslim dan non Muslim. Ada law, ada perbahasan fiqh dan ada pandangan ulama sejak dulu lagi tentang bagaimana nak mentadbir masyarakat majmuk. Nak bercakap tentang negara Islam atau khilafah itu mudah. Yang susah ialah memahami ilmu, fiqh dan hikmah di sebalik pentadbiran.
Kalau nak kutip cukai daripada industri yang haram untuk Muslim seperti judi dan arak pun ada perbahasan dan kaedahnya. Bukan main tibai ja.
Risau aku bila dakyah gini lebih kuat daripada kefahaman. Sebab bila bawa nama Islam, we owe people more than just loud opinions. We owe them knowledge and wisdom.
REFORMIS & POPULIS
🟦 Bila dia buat Reformasi hilangkan monopoli Touch n Go & Puspakom, baik untuk Rakyat. Ada pilihan lain dan tambah murah pula. Tetapi Kroni Kapitalis mula membenci dia.
🟦 Bila dia buat reformasi pencen penjawat awam. Bukan melenyapkan terus pencen tetapi mengganti nya dengan KWSP, baik untuk kantung negara. Tetapi orang Kerajaan tak puas hati.
🟦 Bila dia tarik subsidi pukal dan buat subsidi tersasar, baik untuk fiskal negara. Rakyat marah, kalau boleh kita nak subsidi selamanya.
🟦 Bila dia nak buat 2 penggal Perdana Menteri, Asingkan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, orang politik marahkan dia dan cuba mencantas juga.
Semua benda yang dibuat punya satu persamaan.
Ia memberi manfaat jangka panjang kepada negara, tetapi kos politiknya dibayar hari ini.
Satu perkara yang wajib juga diketahui, dia berjaya buat semua ini, tanpa menang pilihanraya dengan majoriti mudah atau 2/3 di Parlimen.
***********
Dalam podcast JPO saya pernah suarakan seorang Reformis kena bersedia untuk berkhidmat sepenggal sahaja. Kerana Reformasi2 yang hendak dibuat ini tidak popular, bukan untuk kita senang sekarang. Tetapi untuk negara dan anak2 kita di masa depan.
Makanya, bila dia berjaya buat semua ini, yang PM terdahulu susah nak commit, dia nescaya takkan dapat kredit.
Politikus lain takkan memuji. Rakyat pun tak paham apa impaknya pada mereka.
Yang kita tahu, itu kerja PM lah.
Siapa suruh nak jadi PM?
Nak reformasi sgt, sekarang hadap la.
**************
Dia pulak cuba jadi Reformis yang populis. Dia turunkan harga petrol subsidi ke RM1.99, tiada yang benar2 kisah.
♦️Yang Melayu marahkan dia isu lambakan kuil dan ladang khinzir. Bila dia cuba menjaga sensitiviti Melayu Islam, Bukan Melayu akan kata dia serupa Taliban.
♦️Yang Bukan Islam marah dia nak batalkan konsert tengah bandar, kata mereka “ini hak kita”. Bila dia benarkan, Melayu pula maki dia kata Liberal.
Politik jongkang jungkit ini yang semua PM kena hadap.
****************
Makanya kita mula lalui lagi saat ini.
Love & Hate dengan Perdana Menteri. Tambah di saat akhir penggal. Perasaan kita meluap2 nak mencantas.
Itu sebab di zaman digital dan cybertroopers. Susah mana2 PM nak bertahan lama. Kecuali anda control media berpuluh tahun jua.
Kita lihat sejarah:
Tun Abdullah- sepenggal
DS Najib- 2 penggal
Tun M- 22 bulan
TS Muhy- 18 bulan
DSIS- 13 bulan
DSAI ni sudah 44 bulan memerintah. Sikit lagi nak habis penggal. Tak tahu apa nasibnya penggal depan.
Kalau layak saya yang marhein ini berikan pandangan.
Just go back to the basic.
Be the reformist you are.
Deliver the promise.
Susah REFORMIS nak jadi POPULIS pada masa yang sama.
Tambah yang orang nampak. Sakau hanya di sana, di sini macam tertutup mata.
******************
Sebelum yang nak naik penggal depan, tak tahu insaf ke tidak, masukkanlah reformasi yang ada. Sekat pemusatan kuasa.
Kalau boleh, PMX buat reformasi politik sekarang.
Dengan gubal Akta Dana Politik & Akta Keharmonian Kaum. Ini sgt crucial. Supaya orang politik tak salah guna dana negara. Atau terlampau mainkan isu kaum dan agama.
Dah alang-alang semua parti membenci anda. Buatlah mana baik untuk negara. Kalau pun mereka cuba gagalkan, sejarah akan mencatit anda mencuba.
Saya rasa kalau pun memerintah sepenggal dan orang membenci anda, generasi masa depan akan berterima kasih jua.
Institusi yang baik melindungi negara walaupun pemimpinnya bertukar.
Contohnya, Mandela pemerintahannya sepenggal sahaja, tetapi sampai sekarang legasinya diketahui seluruh dunia.
Kalau sekiranya tiada rezeki dia untuk sambung penggal kedua, doakan siapapun penggantinya adalah the lesser evil pada negara.
Kalau tak sekali lagi, love and hate relationship kita wujud dengan Perdana Menteri baru. Dan akhirnya kita rasa haru biru.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Antara amalan yg menarik rezeki adalah prg berkerja waktu pagi, Nabi mendoakan supaya Allah memberkati umatnya pada awal pagi, dengan maksud mengkayakan dan menambah harta mrk, Sakhr seorg pedagang beriman dgn berkat hadis ini sering berdagang pd waktu pagi dan dia jd kaya
KOMPETEN
Saya ghisau dan seriau tengokkan cara Pembangkang buat kerja semak dan imbang.
Tambah bila datang dari Presiden sebuah parti yang bercita2 besar memerintah Malaysia.
Parti yang punya kerusi paling banyak di Parliamen dan bermoto Kepimpinan Ulamak.
Semalam beliau keluar kenyataan “Tiada sebab Kerajaan nak naikkan harga minyak, sebab Malaysia tak kena sekat pun”.
Hmmm… Pertama kali saya baca, saya anggap bukan Presiden yang menulis. Mungkin secpol dia salah pantun Roh Roh Neh Neh…
Mereka tak baca berita gamaknya.
Gangguan di Selat Hormuz dan ketegangan geopolitik global memberi tekanan kepada bekalan dan harga tenaga dunia. Banyak negara, termasuk yang tiada sekatan langsung, tetap terkesan.
Hatta Pakistan yang baik dengan Iran dan kapal lepas pun, ada krisis tenaga. Bukan saja minyak mahal, bekalan pun terganggu.
Pada saya, yang lebih membimbangkan bukan kenyataan Presiden, tapi kefahaman ekonomi di sebaliknya.
************
Sebagai perbandingan, tahun 2021 ketika ada krisis minyak sawit, Kerajaan PN naikkan harga dari RM20+ sebotol ke RM50. Walaupun Malaysia ini antara pengeluar utama minyak sawit dunia. Tatap PN naikkan harga. Sekali ganda.
Bukan sahaja minyak masak mahal masa tu, nak cari pun kita tak jumpa. Tambah yang subsidi punya. Rupanya ramai pula yang buat niaga.
Contoh: anak Ketua Pembangkang kita. Didakwa di mahkamah kerana tipu dokumen dan miliki minyak masak subsidi lebih had.
Makanya, bila Tuan Presiden komen tak patut naik harga barang ketika krisis bekalan, kita pun garu kepala.
Macam mana la kalau mereka yang memerintah, solusinya bagaimana? Sebab dah ada sejarah, kita dah boleh bandingkan kompeten nya bagaimana?
Bila diingat kembali, patut lah pun. Sasaran parti beliau golongan “jahil agama dan jahil politik”. Dia sendiri yang kata.
**************
Yang kita harapkan dari Pembangkang untuk semak dan imbang. Bukannya tanya kenapa naik harga, itu dah given ketika perang ya.
Patutnya, persoalkan mekanisme subsidi tersasar, bagaimana nak kembangkan ia agar lebih ramai rakyat dilindungi.
Pada masa yang sama, desak Kerajaan perbanyakkan hasıl dan sumber, agar fiskal terjaga.
Itulah contoh Pembangkang bijaksana. Level Negawaran yang fikirkan negara.
Bukan politikus yang dahaga kuasa.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Kongsi sikit Kuliah Maghrib tadi.
Kata ustaz, manusia ni tidak suka kesedihan. Tapi kesedihan selalu membuatkan manusia kembali dekat dengan Allah.
Jarang manusia jadi dekat dengan agama ketika dia gembira. Ketika semua keperluan hidupnya cukup.
Sebab tu ujian hidup ni, kadangkala memberi hikmah yang kita tidak sangka.
Dengan kesedihan dan ujian itu, ramai manusia bangun malam memohon kepada Allah agar diringankan beban hidupnya dan diluaskan rezekinya.
Mula tadah tangan berdoa dengan lebih lama berbanding biasa.
Sesuatu yang mungkin dah lama dia tak lakukan. Iaitu doa dengan penuh pengharapan dan penuh kusyuk. Diiringi dengan air mata tanpa sedar.
Sebab sebelum ini dilimpahi dengan nikmat.