Gen Z ni ada empat.
1. Gen Z yang menduduki UPSR > PMR > SPM
2. Gen Z yang menduduki UPSR > PBS+PT3 > SPM
3. Gen Z yang menduduki UPSR > SPM, tiada peperiksaan utama Tingkatan 3.
4. Gen Z yang menduduki SPM sahaja.
Jadi jangan samakan semua
Gen Z ya.
Kongsi kuliah maghrib sikit.
Kata ustaz, manusia ni dari dulu ada sikap suka membandingkan-bandingkan harta kekayaan, anak-anak, dan pencapaian hidup.
Kemudian suka menunjuk-nunjuk dan bermegah atas apa yang mereka ada.
Allah larang perbuatan ini dalam Al-Quran.
Zaman sosial media, walaupun hidup dah rasa bahagia dan cukup, tapi bila lihat orang bercuti lagi best, kereta lagi mewah, rumah deco lagi cantik, anak lagi ramai, dia dah mula ada rasa kekurangan dalam hidupnya.
Lagi teruk generasi muda sekarang yang dah mula buat perbandingan sejak usia mereka kecil.
Dahulu sebelum sosial media, kita tak tahu sangat kehidupan orang lain. Kehidupan orang kaya, jiran, kawan sekolah/ofis bagaimana.
Sekarang, boleh nampak sampai bilik tidur, dapur, pakaian, hatta makanan yang mereka makan semua kita nampak sebab ramai yang tunjuk.
Ia jadikan ramai manusia makin kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah beri sebab merasakan diri sentiasa rasa kekurangan.
WA.
Logik segelintir muslim hari ini:
Takut kahwin, takut salah pilih pasangan.
Solusi: couple dengan bermacam jenis orang untuk test compatibility.
Sibuk mencari pasangan yang terbaik tapi tiada usaha untuk perbaiki diri. Semua tentang "apa aku akan dapat" bukan "apa aku boleh beri."
Bagi bermacam tips memilih pasangan, tapi kebanyakannya tidak berlandaskan agama. Paksi utamanya: perasaan sendiri.
Bila tak bahagia, pasangan bermasalah, hukum semua lelaki/wanita tu sama. Nasihat pulak all men/women are trash.
Trauma dengan hubungan sendiri, hasut orang lain untuk ada prasangka dengan pasangan mereka.
Banyak lagi nak tulis tapi cukuplah ini.
Bagi la bang.. bagi lagi.. cakap elok-elok tak mau dengar.. bagi nada keras macamni baru ada akai sikit.. walaupun keras, tapi inilah hakikatnya.
Ni kalau geng-geng terpaling hiking dengar ni sakit telinga dia 😭
Paling takut apabila Allah akan uji dengan kata-kata kita sendiri. Tak sanggup nak hadap. Semoga kita tergolong dengan orang yang pulang kepada Allah dengan sifat serta amalan yang baik.
I love that we, as hamba, can berdoa to Allah directly. No middleman. No appointment. No fee
Bayangkan, sekecil-kecil kita ini pun boleh mengadu, meminta, berharap, pada bila-bila masa. Tanpa syarat. Tanpa alat. Hanya hati yang menghadap.
Oh I love being a muslim
I pernah jumpa org gini. Nak tahu tak how to fix orang macamni? Yg selalu tanya benda2 kecik. Senang je, u kena stop micromanage /complain/ pertikai apa dia buat.
Mungkin punca dia jadi macam ni sbb u pernah complain kat dia “kenapa ambik bawang besar?” “Kenapa ambik yg tak elok” “U ni tak pandai pilih bawang la, tak elok” etc.
So dia akan rasa apa yg dia buat semua salah dimata u, and in the future ended up jadi apa? Jadi mcm dlm gambar kat bawah ni la. Dia akan suruh you yg buat keputusan sebab nanti you confirm takkan complain dah.
Samala macam memasak, or tolong arrangekan perabot, or bila orang tolong belikan u makanan. Kalau u banyak complain itu ini salah, ended up orang tu akan tak berminat untuk tolong u dah. Kalau tolong pun, dia akan bagi u yg buat decision, sebab dia malas nk kena judge
Kalau org tu buat silap sikit, or benda yg dia buat tu tk kena tekak you. U tutup mata and redakan je. Just nasihat softly and move on. Tak perlu ungkit, tak perlu pertikai lebih2 or pergi malukan dia dekat socmed or kawan2.
Lama2 orang tu akan adjust and learn sendiri.
U nak dorang fikir sendiri, tapi bila dorang fikir sendiri, u tak suka. Nk ikut telunjuk u jugak, lepastu penat sebab asyik jadi “decision maker”. Faham tak maksud i😅