Akibat kegagalan MB Negeri Sembilan dlm menguruskan krisis adat ini, kini ada 2 Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Satu disokong oleh Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan.
Satu lagi ditabalkan oleh Undang Nan Berempat.
Kegagalan MB berterusan sampai hari ini.
"Sekarang Dah Raja, Tumpukan Taat Setia" - Rais Yatim
Oleh Mynewshub
MELAKA - Tokoh Budaya dan Adat Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim menyeru semua pihak memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12, Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.
Beliau mendakwa majlis pemasyhuran yang berlangsung hari ini dilaksanakan mengikut lunas adat dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan selain berkait rapat dengan keputusan pemilihan oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu.
"Semua yang hadir hari ini telah mendoakan kesejahteraan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.
"Selepas ini, Duli Yang Maha Mulia Tunku Nadzaruddin bebas melaksanakan segala urusan dan tanggungjawab kedirajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis pemasyhuran di sini hari ini.
Rais berkata, segala proses berkaitan pelantikan telah berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
"Polis telah menjalankan tugas mereka dan kami juga telah melaksanakan tugas kami. Peraturan undang-undang menurut Perlembagaan telah dilakukan, manakala peraturan adat juga telah dipatuhi.
"Peguam telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan para penasihat turut berada di tempat yang sesuai mengikut kehendak undang-undang," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpandangan masih terdapat persoalan undang-undang yang perlu diperhalusi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang diumumkan sebelum ini.
Menurutnya, perkara itu boleh dipersoalkan kerana Tunku Nadzaruddin telah pun dipilih sebagai Yang di-Pertuan Besar oleh Undang Yang Empat pada 19 April lalu.
"Atas sebab itu, pengesahan bahawa DUN telah dibubarkan boleh dipersoalkan dan ia merupakan satu persoalan yang besar.
"Saya berharap para pemikir dan pakar undang-undang memberikan perhatian kepada perkara ini," katanya.
Beliau turut merujuk kepada Perkara 28 Perlembagaan Negeri Sembilan yang menurutnya melibatkan peranan Raja dan Undang, sambil mendakwa proses konsultasi dengan Undang tidak berlaku ketika keputusan pembubaran DUN dibuat.
Mengulas mengenai kedudukan Tunku Nadzaruddin selepas pemasyhuran hari ini, Rais menegaskan bahawa baginda kini adalah Raja yang sah mengikut adat dan undang-undang Negeri Sembilan.
"Bahasanya ialah pemasyhuran. Itu adalah adat-adat lain yang akan dipertemukan dan dilaksanakan. Sekarang dah Raja," katanya. - MYNEWSHUB
UMNO Negeri Sembilan dah beri panduan,
Hal Adat biar Adat selesaikan.
Sekarang bila dah jadi kemelut macam ni, siapa hendak dipersalahkan.
MB sepatutnya bertindak mengikut adat.
Jangan pernah menyebelahi mana-mana pihak dalam pertikaian.
@arman_armani001 Pemecatan Undang Sg Ujong sah ke ?
Kenapa minit mesyuarat DKU disorok hingga terpaksa dibawa ke mahkamah.
Undang mempunyai kuasa menurunkan takhta Yamtuan Besar seperti mana Undang berkuasa memilih & menabalkan Yamtuan
Undang Yang Empat Negeri Sembilan dan YTM Tengku Besar Tampin, melalui peguam mereka, telah menghantar bantahan rasmi terhadap pembubaran DUN Negeri Sembilan yang diumumkan oleh MB Aminuddin Harun pada 4 Jun 2026.
Undang Jelebu berang dihalang jumpa Tunku Nadzaruddin
Undang Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad, berang selepas dihalang daripada menemui Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar di sebuah hotel di Melaka pada Jumaat.
Beliau yang diiringi Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, ke lobi hotel dilihat tidak berpuas hati dan turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa berkenaan.
#SinarHarian #60Saat #NegeriSembilan #TunkuNadzaruddin #UndangJelebu
Terima Kasih YAB PMX Dato Seri @anwaribrahim
Ybhg Datuk Hj Mohd Zaidi Membawa Permasalahan Dan Perancangan Masa Depan Rakyat Permatang Pauh Kepengetahuan PMX.