“Crisis is here, but we don’t feel crisis.”
Ayat Dr Muhammed A Khalid ni tepat.
Sebab krisis subsidi bukan berlaku di pam minyak.
Di pam, rakyat masih nampak RM1.99 seliter.
Kereta masih penuh atas jalan.
Jem masih macam biasa.
Tak ada catuan.
Tak ada WFH wajib.
Tak ada rasa negara sedang emergency.
Tapi dalam akaun kerajaan, ceritanya lain.
Dulu kerajaan bayar sekitar RM700 juta sebulan.
Sekarang, kata Dr Muhammed, mencecah RM7 bilion.
Itu bukan kenaikan biasa.
Itu hampir 10 kali ganda.
Masalahnya, rakyat tak hidup dalam spreadsheet kerajaan.
Rakyat hidup di pam minyak, di jalan jem, di meja makan, di bil rumah.
Sebab itu bila kerajaan tiba-tiba sebut penyasaran, rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi, rakyat dengar satu benda saja:
harga nak naik.
Bukan sebab rakyat tak faham ekonomi.
Tapi sebab krisis itu tak pernah dirasa sebelum bilnya sampai.
Di sinilah komunikasi kerajaan gagal.
Krisis fiskal berlaku di atas kertas.
Krisis rakyat bermula bila dompet terasa.
Krisis memang ada.
Cuma asapnya di akaun kerajaan.
Bilnya nanti sampai ke rakyat.
🇮🇱 Netanyahu — “EU, you better back us against Iran or you are gonna lose your identity.”
🇪🇸 Pedro Sánchez 🔥 — “Get Lost. We are not supporting Israel. I am getting the EU together to talk about boycotting Israel completely and cutting all ties.”
The Bravest Leader in Europe 🔥👏
Dia tetap datang paling awal ke rumah Allah.
Dia sempurnakan dengan penuh tenang.
Dia tak tahu itu kali terakhir dia membuka cahaya rumah Allah, utk menerangi orang lain.
Dia tidak tahu itu bacaan Al-Quran terakhirnya.
Kematian yang dicemburui.
Sistem ini lebih prestij dari sistem Presiden yang sesetengah liberal nak.
Betul, sistem ini kuno, tak demokratik, berlebihan.
Tapi sebab tak demokratik sistem ini boleh berada di atas politik.
Kalau sistem ini tak ada, malam 9 Mei dan pagi 10 Mei 2018 kaum minoriti kena sembelih atas jalan sebab tumbangkan kerajaan kaum majoriti.
Begitu juga masa Langkah Sheraton, sistem ini "memerintah" negara beberapa ketika sebelum PM baru naik. Kalau sistem Presiden, tentera dan polis dah ambil alih negara.
Begitu juga Pasca PRU 15, kena kahwin paksa untuk uruskan negara. Masuk dalam istana dah kena bedal.
"3 hari negara tak ada kerajaan, nak bergaduh lagi?"
Trivia : sistem ini memang direka untuk berlebihan dalam pewaris takhta. Kalau ada 10 anak lelaki, semua ada gelaran.
Tengku Mahkota, Bendahara, Temenggung, Panglima, Syahbandar, Dan lain-lain. Itu belum rekod ayah saudara lelaki, sepupu lelaki, atuk saudara lelaki, sampai 50 senarai.
Kalau liberal nak hapuskan sistem ini, kena hapuskan seluruh keturunan lelaki yang jauh juga.
Kena cari 1 per 1 senarai lelaki.
UK pun simpan senarai 50 pewaris takhta kalau jadi apa-apa pada keluarga pusat.
Aku sempat hidup dalam satu Malaysia yang budak hari ini susah nak bayang.
Tiada handphone.
Tiada social media.
Tiada KLCC.
Tiada Mutiara Damansara.
Tun Mahathir dan BN pula berkuasa macam takkan tumbang.
Sekitar 1994, aku dah tembus internet. Masa itu Malaysia pun belum benar-benar ada internet macam hari ini. Guna faxline dial-up ke Hong Kong, login Compuserve, browser pakai Spry Mosaic. Lepas itu baru masuk era Jaring, TMNet, dan email UUCP.
KL masa itu pun belum jadi KL yang orang muda hari ini kenal. KLCC belum wujud. Kawasan itu dulu aku lalu hari-hari ulang-alik sekolah, satu bas dengan budak St John dan VI. Mutiara Damansara pun belum ada. IKEA masih belum masuk dalam kepala orang.
Politik pula awalnya aku tak ambil port sangat. Kuasa nampak terlalu padu. Terlalu kebal. Tapi bila DSAI kena pecat, suhu negara terus berubah. Waktu itu aku masih di Plaza See Hoy Chan. Buat kali pertama kami ramai-ramai jalan kaki ke Sri Perdana. Dan di situlah aku kena sembur air kuning. Sejak itu, politik bukan lagi cerita surat khabar. Ia kena terus pada tubuh.
Krisis 1998 pula aku tak ingat melalui angka semata-mata. Aku ingat sebab sebulan tak masuk ofis di HSC, hampir tiap malam escort lori tanker hantar air ke seluruh KL, PJ dan Gombak.
Masuk era Y2K, aku pula sibuk buat coding retrofit sistem sedia ada untuk PBT miskin di Selangor... MDKL, MDHS, MDSB, MDKS dan lain-lain. Sedang ramai cemas tunggu tahun 2000, kami di belakang tabir sibuk pastikan sistem lama tak tumbang.
Jadi bila pandang balik, ini bukan sekadar cerita “dulu tak ada handphone”.
Ini kisah satu generasi yang sempat hidup dalam dunia analog, rasa sendiri retak politik dan krisis, lalu menolak sistem lama masuk ke ambang digital.
FELDA and FGV Holdings have introduced B100, a biodiesel made entirely from palm oil, as a potential alternative energy source to reduce fuel costs amid rising prices.
The agency said B100 is among the world’s first biodiesel fuels produced without any fossil fuel blending.
🧵1
HANYA MALAYSIA DAN CHINA SAHAJA BOLEH BERTAHAN DALAM KRISIS MINYAK INI- JP MORGAN
Ketua JP Morgan Asia, Rajiv Batra dalam wawancaranya bersama CNBC International menyatakan dalam kalangan negara Asia. Hanya Ekonomi Malaysia dan China sahaja boleh bertahan dan sangat kukuh dalam hadapi Krisis Minyak susulan Penutupan Selat Hormuz dan Perang US Iran
Malaysia mempunyai beberapa lapisan ekonomi yang kukuh antaranya merupakan Pengeksport Tenaga Bersih kepada dunia. Rajiv juga menyatakan yang dasar kerajaan mengurangkan Defisit kewangan kerajaan membolehkan kewangan Kerajaan Malaysia kukuh dan impak krisis ini boleh dikawal. Harga barangan Malaysia tidak terjejas sangat kerana kerajaan berjaya kawal kadar inflasi ketika ini.
3 faktor ini menyebabkan ia menyokong ekuiti sebagai aset penting Malaysia dan kekuatan Ringgit Malaysia. Disebabkan analisis ini hanya China dan Malaysia sahaja boleh bertahan dalam krisis ini
Untuk Negara Asia yang lain. Rajiv Batra menyatakan ia perlu dilihat dalam cara kerajaan mengendalikan masalah ini. Dan ada negara yang sampai masa perlu korbankan sama ada pertumbuhan ekonomi atau kekuatan kewangan kerajaan jika konflik ini berpanjangan
PROFESSOR'S "CRAZY" 2024 PREDICTIONS ALL COME TRUE
Professor Jiang Xueqin predicted THREE events in 2024:
✅ Trump will win the 2024 election
✅ U.S. will go to war against Iran
⁉️ U.S. will LOSE this war which will change the global order forever. 🤔
Dozens of Malaysians gathered outside the U.S. embassy in Kuala Lumpur on March 1 to protest strikes on Iran that killed the country's Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei.
An activist said the rally was held in solidarity with groups that were resisting U.S. imperialism.
Negara tetangga yg kecil ini menyampaikan Ungkapan Duka Cita, bela sungkawa kepada Negara Iran atas wafatnya pemimpin negara Iran, sebuah sikap yg tulus, beradab, arif, bijak dan adil sebagai negara sahabat.
Negara kecil itu juga tidak mengirimkan tentara ke Palestina, tidak sudi juga bergabung dengan BoP Trump, apalagi memberi sumbangan ke organisasi buatan Trump & Setanyahu.
Negara kecil bernama Malaysia itu hanya mengirimkan 30 kontainer 40 ft (lebih dari 350 ton) bahan makanan dan bahan kebersihan bagi rakyat Palestina.
Semoga negara kecil ini menginspirasi negara tetangganya yg lain agar lebih gagah berani mengambil sikap jujur serta berani berdiri pada posisi kebenaran dan keadilan.
Terima kasih #Malaysia