Waalaikumussalam.
Nama tersebut tidak digalakkan, malah sebahagian ulama menghukumkannya sebagai makruh atau haram.
Ini kerana nama “Mikayla” berasal daripada nama malaikat Mikail (ميكائيل), iaitu malaikat yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah dan ditugaskan menguruskan rezeki serta urusan tertentu dengan izin-Nya.
Sebaiknya pilihlah nama yang jelas dan baik maknanya.
Dalam hal agama, rujuklah kepada orang yang berilmu, bukan sekadar bergantung kepada carian atas talian semata-mata.
Ya, orang berilmu juga mungkin menggunakan Google sebagai rujukan, tetapi mereka mempunyai kaedah penilaian dan disiplin ilmu dalam memahami sesuatu isu.
Boleh DM sahaja untuk apa-apa isu yang saya boleh bantu. Wallahua’lam
Ada seorang youtuber, nama dia Prabhu. Seorang Hindu asal Malaysia
Tapi apa yang menarik pasal konten dia? Dia travel ke negara2 Islam dan cuba dalami dan amalkan cara hidup Muslim
Sepanjang saya menulis dan menyampaikan tentang kisah-kisah al-Quran, ini adalah antara mitos yang sangat susah nak dihapuskan dalam masyarakat.
Mitos bahawa Hawa ialah yang menyebabkan Nabi Adam dan dirinya terkeluar dari syurga.