TERKINI
Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan 5 orang terbunuh dan 28 Cedera dalam keganasan Israel dalam 24 Jam terakhir
Sejak 11 Oktober 2025. Jumlah yang gugur ialah 1,386 orang dan 4,784 Cedera. Jenazah ditemui ialah 831 org
Jumlah korban naik dari 73,821 orang kepada 174,897 orang sejak 7 Oktober 2023
Seramai 61 orang disahkan Terbunuh kerana bangunan runtuh setakat ini
Berita buruk gais
Nampaknya lagi sebulan lebih rakyat Malaysia kena hadap jerebu
Indonesia baru umum yang hutan diorang akan terus terbakar sehingga awal November tahun ni sebab El Nino
TERKINI
21 disahkan Terbunuh dan 14 cedera kerana bangunan Al-Saada runtuh di Kejiranan Al-Sabra, Bandar Gaza
Pasukan Pertahanan Awam Gaza berjaya mendapatkan jenazah mereka selepas operasi selama 15 Jam tanpa henti
Daripada jumlah itu, 12 adalah kanak-kanak manakala lima lagi wanita.
Bangunan enam tingkat itu sebelum ini mengalami kerosakan akibat serangan Israel, menyebabkan strukturnya menjadi tidak stabil sebelum runtuh pada awal pagi 16 September.
Anggaran menunjukkan kira-kira 100 orang berada di dalam bangunan berkenaan ketika kejadian berlaku.
TERKINI
WHO BERHENTI BANTU GAZA SEBAB KURANG DUIT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO dijangka akan berhenti membekalkan bahan api kepada 20 hospital dan pusat perubatan bermula 19 September susulan kekurangan dana.
Ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza , Dr Munir Al Batsh
Jika bantuan ini dihentikan. Pesakit Gaza hanya akan menunggu mati kerana mereka tidak lagi dapat dirawat
Beliau merayu agar WHO, penderma dan komuniti antarabangsa menghalang perkara ini dengan menyumbang segera
TERKINI
Yaman melancarkan serangan antara yang terbesar ke atas Arab Saudi dalam beberapa tahun terakhir malam tadi
Serangan itu ialah ke atas
- Lapangan Terbang Antarabangsa Abha
- Loji Penapisan Minyak ARAMCO di Abha
- Pangkalan Udara King Khalid di Khamis Mushait
- Loji Penapisan Minyak ARAMCO di Najran dan Jizan
- 73 orang disahkan cedera termasuk kanak kanak dan wanita. Riyadh merancang hendak membalas serangan Houthi Yaman.
TERKINI
3 rakyat Palestin disahkan Terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah dalam pembinaan di Harash I Saada Barat Jenin Tebing Barat
Identiti yang terbunuh dikenali sebagai Qais al-Baytawi, Ahmad Yaqub Krozou dan Basel Turkman.
TERKINI
Senarai serangan Israel ke atas Gaza semalam Jumaat 28 Ogos 2026. Seramai 5 orang terbunuh
- Serangan dron di Al Qarara Khan Younis membunuh Lafi Fayez Lafi Abdeen, 42; Taysir Fayez Lafi Abdeen, 28 dan Abdul Hamid Mohammad Abd Abdeen, 42.
- Satu serangan dron ke atas Rumah Keluarga Abu Sharia di Kejiranan Al Sabra membunuh seorang dan mencederakan beberapa yang lain
- Seorang disahkan terbunuh dalam serangan ke atas khemah di Kejiranan Al Tuffah Bandar Gaza
- IDF terus melancarkan serangan bertubi-tubi dari darat dan laut . Ini termasuk serangan kereta kebal dan artileri di Bureij, Deir al-Balah, Zeitoun, Khan Younis dan Rafah.
- IDF mengepung keluarga di Jalan Toutah memaksa mereka tinggal dalam rumah dan jentolak meruntuhkan sekeliling kawasan mereka
TERKINI
Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan 298 buah trak sahaja memasuki Gaza pada hari Khamis lalu atau bersamaan 49.6 peratus daripada jumlah yang dipersetujui dalam perjanjian damai
Daripada 298 buah trak. 92 trak membawa bantuan kemanusiaan,192 buah trak komersial dan 14 buah trak bahan api. Sejak gencatan senjata bermula hanya 67,915 trak dibawa masuk atau 35.3 peratus daripada jumlah yang dipersetujui
Purata trak masuk ialah 212.2 trak sehari berbanding 600 buah trak yang patut masuk. Trak bawa bahan api ialah 15.6 peratus sahaja daripada jumlah yang patut masuk
DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH.
Rasulullah ﷺ wafat pada Hari Isnin tetapi DIKEBUMIKAN pada malam Rabu.
Nak kongsi detail apa yang berlaku pada hari-hari terakhir tersebut dari Kitab Rahiqul Maqtum:
4 HARI SEBELUM WAFAT (HARI KHAMIS)
• Itulah hari terakhir baginda mengimami solat berjemaah bersama sahabat.
• Pada waktu Soalt Maghrib baginda membaca Surah Al-Mursalat. Menjelang Solat Isya' sakit baginda bertambah parah dan baginda telah pengsan sebanyak 3 kali. Abu Bakar menggantikan selepas kali ketiga Rasulullah ﷺ pengsan.
• Dalam riwayat, Abu Bakar mengimami sebanyak 17 solat fardhu ketika Rasulullah ﷺ masih hidup.
----
2 HARI SEBELUM WAFAT (HARI SABTU)
• Sakit baginda berkurangan. Baginda ﷺ dipapah 2 orang pembantu lelaki untuk hadir Solat Zohor.
• Ketika itu Abu Bakar sedang mengimami solat. Bila perasan Rasulullah hadir, Abu Bakar menganjak ke belakang sedikit bagi beri ruang Rasulullah jadi Imam.
• Namun Rasulullah beri isyarat kepada Abu Bakar untuk teruskan solat. Baginda duduk di sisi kiri Abu Bakar.
• Lalu Abu Bakar solat mengikuti solat Rasulullah (duduk) dan kuatkan bacaan takbir agar didengari orang ramai.
• Syariat ini hanya berlaku sekali sahaja.
----
SEHARI SEBELUM WAFAT (HARI AHAD)
• Rasulullah ﷺ merdekakan pembantu lelakinya. Kemudian sedekahkan 7 dinar dari harta baginda.
• Kemudian berikan senjata milik baginda kepada orang Islam. Baju besi baginda digadaikan kepada seorang Yahudi dengan harga 30 Sha' gandum.
----
HARI KEWAFATAN (HARI ISNIN)
• Anas Ibn Malik riwayatkan, ketika Abu Bakar mengimami Solat Subuh, Rasulullah ﷺ menyelak langsir bilik Aisyah dan memandang sahabat dalam saf, kemudian baginda tersenyum.
• Abu Bakar hendak mundur kebelakang kerana jangka Rasulullah hendak imami solat.
• Diriwayatkan, ada sahabat yang hendak berhentikan solat kerana gembira dan merasakan Rasulullah telah bertambah sihat.
• Namun Rasulullah ﷺ beri isyarat agar solat diteruskan. Kemudian Rasulullah masuk ke dalam rumah dan turunkan langsir.
• Menjelang waktu DHUHA, sakit baginda bertambah berat. Rasulullah ﷺ sempat berjumpa dengan Fatimah, Hasan dan Husain, isteri-isteri baginda.
• Kesakitan itu ditambah dengan pengaruh racun yang diberikan wanita Yahudi dalam daging yang Rasulullah makan ketika baginda di Khaibar.
----
DETIK-DETIK TERAKHIR KEWAFATAN 😭
• Aisyah r.a memangku Rasulullah ﷺ dan bantu Rasulullah bersiwak.
• Rasulullah celup kedua-dua tangan dalam bekas air, lalu diusapkan ke wajah baginda, sambil bersabda,
"Tiada TUHAN selain ALLAH. Sesungguhnya kematian itu ada penderitaannya."
• Kemudian, Rasulullah angkat tangan dan jari mengarah ke langit-langit rumah dan bersabda;
"Allahumma ar-Rafiq al-A'la"
(Temukan aku dengan Kakasih yang Maha Tinggi)
sebanyak 3 kali.
Disusuli dengan tangan baginda lemah. Baginda ﷺ tercinta telah pun WAFAT menemui Kekasih-Nya.
• Peristiwa ini berlaku pada Waktu DHUHA, HARI ISNIN, 12 Rabiulawal 11 Hijrah. Ketika Rasulullah berusia 63 tahun 4 hari.
• Ramai sahabat dan orang-orang di Madinah seperti tidak percaya. Banyak riwayat ceritakan tentang Umar dan Abu Bakar. Akhirnya semua menerima berita ini.
----
PENGURUSAN JENAZAH RASULULLAH ﷺ.
• Terjadi perselisihan di kalangan Muhajirin dan Ansar di Kampung Bani Saidah pada Hari Isnin tersebut.
• Ringkasnya, selepas perbincangan kedua-dua kaum Muhajirin dan Ansar BERSEPAKAT melantik Abu Bakar menggantikan Rasulullah ﷺ.
• Dalam masa sama ahli keluarga baginda, sibuk membuat persiapan pengurusan jenazah Rasulullah ﷺ sehinggalah menjelang Subuh pada Hari Selasa.
• Selepas wafat, tubuh Rasulullah ﷺ diselubungi sehelai kain hitam. Pintu rumah ditutup dan hanya boleh dimasuki ahli keluarganya sahaja.
----
1 HARI SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH (HARI SELASA)
• Ahli Keluarga Rasulullah memandikan jenazah baginda ﷺ.
• Sahabat yang mandikan adalah, Al-Abbas (pakcik), Ali (menantu), Fadhl & Qutsam (anak Abbas), Syaqran (pembantu Rasulullah), Usamah dan Aus Khauly.
• Mereka kafankan baginda dengan 3 lembar kain kapas berwarna putih tanpa menyertakan pakaian ataupun penutup kepala.
• Kemudian, ada perbincangan di kalangan sahabat, lokasi jasad baginda ﷺ ingin dikebumikan. Abu Bakar bacakan satu Hadis:
"Tidaklah seorang nabi meninggal dunia melainkan dia dikuburkan ditempat dia meninggal dunia."
• Lalu Abu Talhah mengalihkan tempat tidur ketika Rasulullah wafat dan mula menggali liang lahad di situ. Lokasi tersebut KEKAL sehingga hari ini di Masjid Nabawi.
• Orang ramai masuk ke dalam rumah Rasulullah bergilir-gilir 10 orang, 10 orang, untuk solatkan jenazah Rasulullah ﷺ tanpa seorang pun menjadi imam.
• Giliran pertama dari ahli keluarga dahulu. Kemudian orang Muhajiran & Ansar. Selesai orang lelaki, giliran perempuan dan kanak-kanak juga mensolatkan Baginda ﷺ.
----
2 HARI SELEPAS KEWAFATAN (HARI RABU)
• Urusan Solat Jenazah tersebut berlangsung selama sehari penuh iaitu sepanjang Hari Selasa.
• Ia berakhir pada malam Rabu (Selasa malam Rabu)
• Dalam satu hadis disebutkan, Aisyah berkata,
"Kami tidak mengetahui penguburan Rasulullah ﷺ hingga kami mendengar bunyi cangkul (dikebumikan Rasulullah dalam lahad di tengah malam Rabu".
----
Demikian detik-detik terakhir kehidupan Rasulullah ﷺ yang diceritakan dalam beberapa hadis sahih.
Beruntung sangat kita jadi umat Islam. Semoga kita semua dapat berjumpa bersemuka dengan Rasulullah ﷺ bila kita semua masuk Syurga kelak 😭😭.
Mari kita banyakkan berselawat atas junjungan besar Rasulullah ﷺ. Terutama cuti Maulidur Rasul ini.
Solluu A'laa Nabi.
Wallahua'lam.
TERKINI
Seorang disahkan terbunuh selepas jenazah dijumpai bawah runtuhan. 2 lagi cedera dalam 24 Jam terakhir di Gaza
Sejak 11 Oktober 2025. 1,259 orang terbunuh dan 4,148 cedera. 806 jenazah dijumpai
73,388 orang terbunuh dan 174,259 cedera sejak 7 Oktober 2023
TERKINI
Serangan terbaru Israel ke atas Selatan Lubnan. Semua Waktu Malaysia
- Jam 6.34 Pagi. IDF meletupkan bom di Bandar Mays Al Jabal
- 6.49 Pagi. IDF melancarkan serangan artileri ke atas Lembah Ali Al Taher
- 8 Pagi. IDF melancarkan serangan artileri dan operasi menentang Hizbullah di Ali Al Taher
- Jam 1.56 Petang. IDF mara bersama 2 Kereta Kebal Merkava ke atas Shamis di Kfar Shuba. Mereka juga melancarkan operasi membersihkan Hizbullah di sebuah hutan yang dibakar mereka dua hari lepas
- Jam 1.57. IDF melepaskan tembakan mesingan ke atas Bandar Shebaa
- Jam 2.01 petang. Serangan artileri ke atas Lembah Ali Al Taher, Bukit Dabsha dan Dawhat Kfar Rumman
- Jam 2.35 Petang. IDF melancarkan serangan ke atas Zawtar Al Gharbiya. Serangan dron turut berlaku di sana
- Jam 3.36 petang. IDF melancarkan serangan artileri ke atas Bandar Mansouri
TERKINI
Hari ini berlangsung pengebumian serentak terbesar dalam sejarah Gaza
Apabila 112 orang Keluarga Abu Hassouna dan Abu Sharia terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza. Junlah yang hilang keseluruhan ialah 308 orang dan dipercayai baki jenazah hancur berkecai
Pasukan Pertahanan Awam Gaza melaksanakan operasi mencari jenazah mereka dari 14 Julai sampai 1 Ogos 2026
Untuk makluman Jenazah ini telah tertimbus di bawah runtuhan selama 2 Tahun setengah. Mereka antara yang terawal terbunuh dalam serangan udara Israel di Kejiranan Sabra Bandar Gaza pada Februari 2024
Disebabkan itu ada jenazah yang sudah hilang
Dan ribuan lagi jenazah yang masih tertimbus di bawah runtuhan tidak dapat dijumpai
Nampaknya hari ini kita dapat laporan yang Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICJ memecat Pendakwa Raya yang mengeluarkan waran tangkap kepada PM Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant kerana Genosid di Gaza
Mereka juga menyambung penggal kedua untuk Persuruhjaya Hak Asasi Manusia PBB yang selama ni banyak melindungi Netanyahu
TERKINI
Pemerintah Tengah Tentera US mengumumkan 2 ekor anggotanya mampus dan 4 cedera. Seorang disahkan hilang dalam serangan misil Iran ke atas Pangkalan Udara Muwafffaq Al Salti Jordan
Jumlah korban Tentera US kini ialah 16 orang dan 430 cedera sepanjang Perang US Iran
KEMASKINI
FUH IRAN MENGAMUK
IRAN BERJAYA SERANG PANGKALAN US DI JORDAN DALAM 5 HARI
New York Times melaporkan bahawa Iran berjaya melancarkan serangan mengena pangkalan tentera US di Jordan sebanyak 4 kali dalam masa 5 hari
- Serangan pertama mengenai kawasan perumahan Tentera US di Pangkalan Udara Prince Faisal menyebabkan 5 anggota Tentera US cedera
- Serangan kedua mengena beberapa buah Helikopter Black Hawk di sebuah markas Tentera US di Timur Jordan
- Serangan ketiga menyebabkan 20 anggota Tentera US cedera dalam serangan ke atas Pangkalan Tentera US di Al Tanf Jordan
- Serangan keempat ialah dua anggota Tentera US terbunuh dan 4 cedera dalam serangan ke atas Pangkalan Udara Muwafffaq Al Salti Jordan
Nogori Den dah Bubar
4 Jun 2026
Ini ialah Rajutan Pencapaian Kerajaan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dari 2022-2026
1) Berjaya membasmi Kemiskinan Tegar sepenuhnya pada 2023. Negeri pertama di Malaysia berjaya melaksanakan perkara demikian. Kemiskinan Tegar ialah orang miskin berpendapatan RM 2,402 dan ke bawah dan tidak boleh membeli langsung keperluan asas untuk hidup
2) Pelaburan Tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan iaitu RM 19.1 Bilion pada 2025. Ini lebih tinggi dari RM 8.2 Bilion pada 2022 dan RM 2.8 Bilion pada 2018. Membuka 3,845 peluang pekerjaan melibatkan lebih 200 projek
3) KDNK Negeri Sembilan naik 3 tahun berturut-turut kepada RM 55.8 Bilion pada 2025 dari RM 51.9 Bilion pada 2022
4) Pendapatan Kerajaan Negeri Sembilan buat kali pertama melebihi perbelanjaan selama 2 tahun berturut turut. Pada 2025 Kerajaan NS mempunyai lebihan pendapatan sebanyak RM 83.02 Juta berbanding hutang RM 35 Juta pada 2022.
5) Mencatatkan kutipan hasil negeri sebanyak RM 655.8 Juta iaitu 111 peratus mengatasi sasaran iaitu RM 590 Juta
6) Bonus 3 bulan gaji kepada semua penjawat awam bawah Kerajaan Negeri Sembilan pada 2026 dan bantuan RM 300 kepada semua penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri Sembilan
7) Bantuan terus kepada mereka yang baru terlepas dari kemiskinan tegar seramai 2,969 orang isi rumah
8) Membawa masuk 300 Peluang pekerjaan baru melalui Projek F&N di Gemas Negeri Sembilan. Apabila beroperasi sepenuhnya ia akan membuka 600 peluang pekerjaan baru
9) Audit Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan lulus tanpa kesilapan oleh Jabatan Audit Negara pada 2024. Mengekalkan prestasi Audit lulus tanpa kesilapan sejak 2017.
10) Berjaya melaksanakan selenggara sepanjang 8,016.49 km dari 10,166.31 km sejak 2019 termasuk jalan luar bandar, perindustrian, dan bandar
11) Berjaya membaiki 170 buah jambatan sebanyak RM 78.51 Juta
12) Berjaya membaik pulih cerun dengan kos RM 244 Juta
13) Berjaya membaiki peparitan dan longkang dengan kos RM 388 Juta di seluruh NS.
14) Sejak 2020-2025. Sebanyak 4,665 projek membaiki jalan raya dijalankan dengan kos RM 453 Juta
15) RM 12.98 Juta dibelanjakan memberi manfaat kepada 58,000 orang dan keluarga di seluruh NS.
16) 48,611 warga emas menerima manfaat bantuan warga Emas RM 200 secara one off. Bantuan ini untuk mereka berusia 70 tahun ke atas
17) 5,367 ibu tunggal miskin dan miskin tegar mendapat bantuan one off RM 200 melalui Program Care 4 U
18) 1,832 orang berusia 18 hingga 35 tahun mendapat manfaat bantuan RM 500 One off untuk Insentif Perkahwinan Belia Kali Pertama
19) 171 bayi dan kanak kanak mendapat manfaat bantuan Skim One Off Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN
20) Bantuan kelengkapan persekolahan kepada 1,659 pelajar sekolah rendah yang miskin dan miskin tegar
21) 1,599 pelajar sekolah menengah menerima biasiswa kecemerlangan Anak Negeri
22) 2,287 pelajar siswa siswi NS mendapat bantuan di peringkat IPT
23) Simpanan Rizab tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan iaitu RM 1.3 Bilion
24) 120 peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana PMKS mendapat manfaat bantuan dana dan kepakaran melalui Program NS Choice
25) 102 PMKS mendapat status sijil halal dengan teratur melalui Program Halal Kotej Go Global
26) Penggali Kubur mendapat bayaran RM 1,000 secara one off
27) 500 orang pelajar isi rumah berpendapatan RM 5,000 ke bawah mendapat manfaat Bantuan Asrama Penuh sebanyak RM 300