KEMASKINI
PEMBUNUHAN BERAMAI RAMAI BARU DI GAZA
Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa rumah di Kem Bureij di Tengah Gaza
Serangan melibatkan Rumah Keluarga Batran, Abu Shoqa, Tartouri, Saada, Abu Said Abu Al-Kas, Abu Ayman Al-Baba.
Dilaporkan semua ahli keluarga Abu Said Abu Al Kas dan Abu Ayman Al Baba terbunuh
50 rakyat Gaza dilaporkan berada di dalam rumah rumah itu dan ketika ini ramai di antara mereka masih terperangkap di bawah runtuhan
Mayat berkecai dalam nahas 7 kenderaan korbankan 2 pemandu lori
IPOH: Seorang daripada dua lelaki yang maut dalam nahas tujuh kenderaan di Kilometer 288.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini pagi tadi, ditemukan dalam keadaan berkecai.
Kemalangan membabitkan tiga lori dan empat kereta di laluan antara Gopeng ke Simpang Pulai, dekat Kampung Tersusun Tekah itu dilaporkan kepada bomba jam 7.46 pagi.
Difahamkan, dua mangsa yang maut di lokasi kejadian, masing-masing pemandu lori gula pasir dan pemandu lori muatan logam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.46 pagi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai serta BBP Gopeng dikejarkan ke lokasi.
"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dipercayai meninggal dunia dilaksanakan bomba sebelum mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Seorang mangsa yang patah tangan dibawa ke hospital untuk rawatan susulan," katanya.
Sementara itu, PLUS menerusi laman X memaklumkan, semua lorong di kedua-dua arah jalan terhalang kerana tumpahan gula dan serpihan badan lori.
"Trafik tidak bergerak. Sila keluar ke Plaza Tol Simpang Pulai (arah ke selatan) dan Plaza tol Gopeng (arah ke utara)," menurut PLUS.
Muhamad Lokman Khairi
Februari 3, 2024 @ 9:56am
[email protected]
Kredit: Berita Harian Online
Video2 lain kejadian di https://t.co/cA6OEBZ8EM