Jika kalah apa maknanya pula? Kamu tabur janji pembangunan main politik tong babi (pork barrel politics) di gelanggang negeri kamu paling kuat, malah kampung PMX lagi. Dengan segala macam gula-gula, rakyat tetap tolak kamu. Apa maknanya?
Menziarahi negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad @chedetofficial. Saya sampaikan salam daripada Sergei Glazyev, mantan Penasihat Presiden Vladimir Putin yang kini Menteri Integrasi dan Makroekonomi Komisyen Ekonomi Eurasia, kerajaan Russia. Kami berkongsi pentas dalam Dialog Perniagaan ASEAN-Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU) di Saint Petersburg International Economic Forum 2024 baru-baru ini.
Beliau pernah bertemu Tun Mahathir ketika lawatan kerja Tun Mahathir ke Moscow ketika zaman Presiden Boris Yeltsin. Ketika itu Glazyev adalah Menteri Hubungan Ekonomi Luar (Foreign Economic Relations).
Tun Mahathir berkongsi dengan saya bahawa beliau pertama kali ke Saint Petersburg ketika bertemu dengan Presiden Soviet Union, Mikhail Gorbachev yang tengah sibuk ketika itu menjalankan dasar “glasnost” dan “perestroika”.
Tun Mahathir adalah pemimpin Malaysia yang punya hubungan paling rapat dengan Moscow. Masakan tidak kerana hubungan beliau itu kita dapat mulakan program Angkasawan negara dengan menghantar Sheikh Muszaphar ke International Space Station. Ini hasil daripada hubungan dua hala Putrajaya-Moscow melalui program offset selepas kita membeli jet pejuang Sukhoi Su-30MKM.
Saya sempat berbincang dan mendapatkan buah fikiran, nasihat dan pandangan beliau dalam banyak perkara geopolitik seperti BRICS, Kesatuan Ekonomi Eurasia, ASEAN dan sudah tentu keadaan politik-ekonomi semasa.
Semoga Allah memberi kesihatan, dan umur yang panjang agar Tun Mahathir dapat terus menyumbang kepada agama, bangsa dan peradaban.
#Geopolitik #Russia #Malaysia #BRICS #TunMahathir #WanFayhsal
My fb is just fully retrieved. Thanks for the doa. For the last post on 6th June, i had deleted it the next day after knwng the fact that the viral pix was half-truth as of now. The status i posted does not have any kind of questioning the Law, Constitution, even to the Istana.TQ
My fb is just fully retrieved. Thanks for the doa. For the last post on 6th June, i had deleted it the next day after knwng the fact that the viral pix was half-truth as of now. The status i posted does not have any kind of questioning the Law, Constitution, even to the Istana.TQ
🔴🟡
Negeri Selangor bakal diterajui Perikatan Nasional. Malam ini di Tanjung Karang, lebih 10k rakyat hadir memberikan sokongan.
#perikatannasional#selangor
ARMADA BERSATU TIDAK PERNAH GENTAR!!!!
.
Kepada pemimpin2 UMNO yg penting diri, rakyat akan hukum kamu diatas kerakusan kamu utk berkuasa.
.
BERSATU & sahabat2 dlm PN akan kekal bersama & prihatin kepada rakyat.
.
#PerikatanNasional#PrihatinRakyat
.
Vid Source: @MalaysiaGazette
Berdukacita di atas khabar pemergian teman seperjuangan, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah kembali menemui Ilahi. Semoga Allahyarham dikurniakan husnul khatimah, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.