'Ikat tangan, kaki pengawal keselamatan' - Geng Rohingya lakukan rompakan berkumpulan, larikan barangan bernilai RM200,000
Enam lelaki Rohingya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan.
BACA: https://t.co/b3VdNKqckZ
Hantar Etnik Rohingya ke Negara Tandatangani Konvensyen Pelarian – ADUN Duyong
Oleh Mynewshub
KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem mencadangkan supaya pelarian etnik Rohingya dihantar ke negara yang menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian atau Protokol 1967.
Beliau ketika dihubungi Mynewshub hari ini menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menandatangani konvensyen tersebut seperti negara-negara lain, namun ramai pelarian Rohingya memasuki negara ini.
Mohd Noor Helmy turut menegaskan pendiriannya agar etnik Rohingya ditempatkan di kawasan khas sekiranya mereka tidak dapat dihantar ke negara terbabit susulan peningkatan jumlah pelarian itu yang didakwa menimbulkan pelbagai isu.
“Hantar ke negara yang tandatangani (dengan) UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian). Kita (Malaysia) tak tandatangani. Pasal dia dah masuk negara kita atas dasar kemanusiaan yang makan diri. Dulu asas utamanya adalah kerana agama.
"Macam sekarang mereka ini duduk berselerak. Macam di Duyung dua lorong saja yang ada. Dia mula datang ke lorong lain kita dah pastikan tuan rumah kita 'susahkan'. Dari dua lorong ini kita senang pandang (pantau)," katanya.
Terdapat 149 buah negara di seluruh dunia yang merupakan pihak penandatangan kepada Konvensyen Pelarian 1951, Protokol 1967 atau kedua-duanya sekali.
Perjanjian antarabangsa itu dikendalikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan antara negara terlibat Jerman, Perancis, United Kingdom, Itali, Sweden, Sepanyol, Uganda, Sudan, Kenya, Kanada, Brazil, Turki, Pakistan, Iran, Yaman, Kemboja dan Filipina.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen
Status Pelarian 1951 atau Protokol 1967, namun UNHCR dibenarkan beroperasi atas dasar kemanusiaan bagi menguruskan pelarian dan pencari suaka yang berada di dalam negara dan membantu memindahkan mereka ke negara ketiga.
Terdahulu, Mohd Noor Helmy menegaskan beliau masih berpegang kepada pendirian bahawa isu pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani melalui kawalan berpusat serta usaha mendapatkan penempatan di negara ketiga.
Mengulas kenyataan lamanya yang kembali tular di media sosial, beliau berkata cadangan itu dibuat kerana kerajaan berdepan pelbagai kekangan dalam menguruskan pelarian Rohingya yang tidak boleh dihantar pulang.
“Kita faham kerajaan menghadapi masalah untuk menghantar mereka pulang. Tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak dibenarkan bekerja dan berniaga. Jadi, kita perlu mencari satu kaedah untuk menguruskan mereka,” katanya.
Menurut beliau, antara cabaran utama adalah aspek penguatkuasaan undang-undang kerana pelarian yang melakukan kesalahan akan menjalani hukuman, namun tidak dapat dihantar pulang seperti pendatang asing tanpa izin (PATI)
Katanya, Kementerian Dalam Negeri juga sedang melaksanakan projek perintis bagi mendaftarkan semula pelarian Rohingya melalui sistem yang lebih tersusun, namun persoalan yang timbul apakah dasar seterusnya.
Beliau turut mendakwa terdapat isu berkaitan etnik Rohingya yang didakwa boleh mendapatkan kad UNHCR baharu menggunakan identiti lain dengan bayaran sekitar RM450.
"Contoh (pernah) ada kes cabul di Duyong. Lepas tiga tahun dia keluar. Dia keluar esok, dia boleh tukar kad pelarian dia.Tukar kad lain nama lain. Berbanding PATI, kita boleh menempatkan mereka di depot tahanan dan menghantar mereka pulang,” katanya..
Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan mekanisme pekerjaan yang sah dan terkawal sekiranya pelarian Rohingya dibenarkan bekerja.
“Kalau kita setuju untuk membenarkan mereka bekerja, biarlah mengikut undang-undang sepenuhnya. Kita perlu pantau. Begitu juga jika mereka berniaga, ia perlu dipantau dengan betul.
“Sekarang ini, kita lihat ada syarikat yang menggajikan pekerja Rohingya dengan membayar gaji yang rendah mengikut sesuka hati, tidak perlu membayar caruman KWSP dan Perkeso.
“Isu ini bukan sahaja melibatkan aspek
Petisyen hantar pulang Rohingya raih lebih 195,000 sokongan
Petisyen yang dilancarkan oleh akaun Aku Anak Malaysia pada 29 Mei lalu itu menyasarkan sejuta sokongan, selain menuntut pihak berkuasa mencari penyelesaian alternatif bagi menangani kebanjiran pelarian etnik tersebut.
Artikel: https://t.co/vSCEcPy6pq
#SinarHarian #Threads #BeritaTerkini
Tiga Suspek Samun Bersenjata Di Ipoh, Pulau Pinang Sudah Dikenal Pasti
Oleh Mynewshub
IPOH – Polis sudah mengenal pasti tiga lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dalam dua kejadian samun bersenjata di Perak dan Pulau Pinang yang berlaku Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun di sebuah kedai runcit di Taman Klebang Ria, Chemor sebelum menjalankan siasatan lanjut.
Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati kumpulan sama dipercayai turut terbabit dalam satu lagi kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
“Dalam kejadian di Chemor, tiga suspek memasuki premis dengan membawa parang sebelum melarikan wang tunai serta beberapa barangan milik mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Difahamkan, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia lingkungan 20-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian tersebut turut tular di media sosial selepas rakaman insiden berkenaan dikongsi orang ramai.
Sementara itu, dalam kejadian di Nibong Tebal, suspek dipercayai bertindak lebih agresif apabila menyerang seorang lelaki berusia 27 tahun menggunakan parang sebelum melarikan wang tunai, beberapa kotak rokok dan sebuah beg silang.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan kedua-dua tangan sebelum menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap dan kemudian dirujuk ke Hospital Sunway Pulau Pinang.
Keadaan mangsa dilaporkan stabil.
Polis kini giat mengesan semua suspek yang dipercayai terlibat dalam kedua-dua kejadian tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — Mynewshub
MAHKAMAH | Seorang lelaki etnik Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang, hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, bulan lalu.
#BuletinTV3#BeritaTerkini#Rohingya#mahkamah#dakwa
Pelancong China Mainland tendang pintu autogate imigresen. Kejadian di Thailand.
Harak pihak berkuasa Malaysia ambil tindakan TEGAS kalau ada kes serupa terjadi di Malaysia.
Ni staff saya. Muda lagi awal 20an. Apa yang saya kagum dengan dia? Masuk ja waktu terus ambil wuduk dan terus solat. Kadang saya yang tokey ni pon tak mampu nak “on time” macam staff saya. Allah hantar seseorang untuk mendidik seseorang.
Kredit : amzarabdullah
Terharu betul sebab dia kasi nama wife kat lori. Memang rezeki abang minyak hitam jalanan
Sebabtu rezeki dia tak putus-putus sebab selalu dahulukan wife & family dulu 🥹👏🏻
Mendakwa menjadi mangsa buli....
"Cikgu paksa pun xnk cakap..Sebut nama satu2 budak satu kelas dia baru lah angguk & geleng kepala so dapat tahu la mana satu budak yg buli dia. Mak yg buli budak tu org kuat pibg. Buli yg mcm mana xtahu budak ni bukan nk bukak mulut🤷🏼♀️😭" ....
@dahfollowbelum - tiada lesen pbt, lesen doe, permit bomba, lesen miti
- berniaga barangan perubatan tanpa lesen autoriti
- menipu logo rasmi jabatan perubatan di bawah kementerian kesihatan malaysia
- semak cukai tahunan lhdn untuk el medic sdn bhd
- semak status visa/permit pekerja, pemilik
🔗 Laporan penuh: https://t.co/y27snnI2qr
Bahasa Inggeris kolokial yang sering digunakan rakyat Malaysia dan Singapura kini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beberapa istilah ikonik seperti "agak-agak", "kaypoh", dan "boleh" secara rasmi disenaraikan dalam kemas kini terbaharu Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED).
Menurut pengumuman Oxford Languages pada Selasa, penyertaan kata pinjaman dan slanga serantau itu adalah sebahagian daripada kemas kini suku tahunan mereka yang bertujuan mendokumentasikan evolusi bahasa Inggeris di seluruh dunia.