Sebagai manusia biasa, hendaklah kita selalu memohon perlindungan Allah SWT bukan hanya untuk keselamatan dan kebaikan hidup di dunia sahaja, bahkan mohonlah segala kebaikan dan keselamatan di akhirat kelak.
PELIHARALAH KEMULIAAN AL-QURAN
Al-Quran, kalam Allah yang wajib dimuliakan, dihayati dan dijadikan pedoman kehidupan.
Jangan sesekali menjadikan ayat-ayat suci al-Quran sebagai bahan gurauan, sindiran atau kandungan yang merendah-rendahkan kesuciannya.
Marilah kita memohon keampunan dan rahmat Allah SWT atas segala dosa dan kesilapan yang dilakukan.
Semoga Allah menerima taubat kita, mengampuni dosa-dosa kita dan membimbing kita agar sentiasa berada di jalan yang diredhai-Nya.
#JAKIMuntukUmmah#SebarkanSalam
Setiap hari kita melakukan kesilapan, jika mungkin kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa besar, dosa kecil sentiasa berlaku sama ada secara sedar atau tidak.
Perasaan hasad dengki, iri hati, cemburu melihat kejayaan dan kebahagiaan orang lain merupakan sifat mazmumah yang perlu kita hindari. Ini merupakan penyakit hati yang kadang kala kita tidak sedar menular dan merebak dalam diri.
Syurga adalah sebaik-baik tempat kembali, manakala neraka merupakan tempat yang kita mohon perlindungan daripada-Nya.
Marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan doa ini, memohon kepada Allah SWT agar dikurniakan syurga-Nya serta dijauhkan daripada azab neraka.
Setiap hari kita memohon petunjuk Allah agar sentiasa berada di jalan yang benar. Namun, dalam perjalanan itu, kita juga perlu memohon perlindungan daripada dorongan nafsu yang boleh menyesatkan.
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa antara ciri Islam yang terbaik ialah memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kita kenal mahupun yang tidak kita kenal.
💬 senyum dan salam, kunci akhlak insan.
#JAKIMuntukUmmah#SebarkanSalam#MadaniMembantu#Madanibekerja
Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT dan selamat daripada segala bentuk ancaman, bahaya dan keburukan, Amin Ya Rabbal 'Alamin.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiaMADANI#MADANIMembantu
Dalam kesibukan, seringkali hati kita tidak khusyuk dalam beribadah, terumbang-ambing oleh fikiran yang terganggu.
Berdoalah agar kita dilindungi dari lemahnya tumpuan dalam beribadah. Mudah-mudahan kita menemui ketenangan dalam setiap sujud & hadir sepenuh hati di hadapan-Nya.
Doa ini dibaca pada setiap pagi supaya kita mendapat kebaikan sepanjang hari dan dijauhkan daripada keburukan serta terhindar daripada azab kubur dan azab api neraka. Insya-Allah.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiMADANI#MADANIMembantu
Ya Allah, kurniakan kami rahmat, hidayah dan rezeki yang halal lagi baik serta jauhkan kami dari fitnah, keburukan, kejahatan, selamatkanlah kami dari azab neraka. Amin Ya Razzaq Ya Ghaffar.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiaMADANI#MADANIMembantu
Sentiasalah memohon kepada Allah SWT agar petunjuk iman tidak akan terpesong atau luntur. Berdoalah disertai dengan azam untuk meningkatkan lagi amalan kita kepada-Nya serta teguh meninggalkan segala larangan.
#JAWI#SentiasaDicontohi#Doa#MalaysiaMADANI#MADANIMembantu
Zulhijah hadir membawa sinar keampunan dan peluang melipatgandakan pahala.
Jangan biarkan hari-hari terbaik ini berlalu tanpa ibadah. Rebut peluang berpuasa sunat, memperbanyakkan doa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Semoga setiap amalan menjadi asbab rahmat-Nya.
Ibu, walau di mana berada, kami kirimkan doa agar di dalam pemeliharaan Allah sentiasa. Buat ibu yang telah pergi dulu meninggalkan kami, moga Allah ampuni dan rahmati.
Dalam menghadapi setiap musibah dan ujian kehidupan, Islam mengajarkan kita untuk kembali kepada Allah SWT dengan penuh keimanan dan ketenangan.
Saat musibah menimpa, jangan biarkan hati terus terhanyut, bacalah doa ini dengan penuh keikhlasan.
Kesungguhan Rasulullah SAW di 10 Malam Terakhir Ramadan
Apabila tiba sepuluh malam terakhir Ramadan, Rasulullah SAW mempertingkatkan ibadah dengan penuh kesungguhan. Baginda SAW menghidupkan malam dengan solat, zikir, doa dan tilawah al-Quran, melebihi malam-malam yang lain.