Aku baru tau nasi goreng USA tu sebenarnya nasi goreng
Udang Sotong Ayam. Tapi kenapa selama ni dapat daging merah + telur?? Hidup ini penuh dengan penipuan
Wanita haid mendapat pahala di bulan Ramadan dengan :
1. Senyum
2. Berzikir
3. Berselawat
4. Bersedekah
5. Membantu orang
6. Memohon keampunan Allah
7. Mendengar bacaan Al-Quran
8. Mendengar tazkirah
9. Beri makan orang berpuasa
10. Beri peringatan kepada orang
Polis siasat anggota terima duit dari orang awam
PETALING JAYA – Polis akan menyiasat satu video tular melibatkan anggota menerima duit daripada orang awam dalam kejadian berlaku di Sandakan, Sabah.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung video berkenaan.
Katanya, siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh anggota berkenaan.
“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pihak pemberi,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Abdul Fuad meminta agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239. – KOSMO! ONLINE
Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD
29 Mac 2023, 6:08 pm