KIFARAH
Tahun 1998, bila Gerakan Reformasi bermula, saya di Tingkatan 5. Menunggu nak ambil SPM.
Berita di TV dan media arus perdana, tonjolkan betapa jahatnya mereka yang melawan polis dan FRU. “Mereka ini perosak keamanan negara. Kacau ganggu PM kita. Kesian dia”.
Kita pun naik marah. “Kuang Asem punya Anwar. Mereka ni memalukan Malaysia!”
Lepas dah masuk uni. Masuk law school lagi, baru tersedar. Hak bersuara dan berdemonstrasi tu termaktub dalam Perlembagaan. Kita pun mula bertanya, awatnya FRU dan Polis guna kekerasan?
**************
Dan kini, tak boleh disangkal, PM yang ada ialah otai demonstrasi.
📌 Bermula dari Baling tahun 70-an → dipenjarakan di Kemunting bawah ISA.
📌 Dipecat tahun 1998, melawan “Naga” dan segala “Maha”, dihumban sekali lagi ke penjara.
📌 30 tahun atas jalanan — akhirnya, naik juga menjadi Perdana Menteri.
Dan kerana dia pendemonstrasi tegar…
He knows the tricks. He knows the stakes.
**************
Makanya, hari ni Malaysia bersedia.
Menonton satu lagi demonstrasi awam.
Ketua Pembangkang kata ini akan jadi tertinggi dalam sejarah. Sejuta orang akan melaungkan “turun Anwar”.
Tapi yang menarik:
✅PM tak sekat. Dia kata: berdemo-lah.
✅Menteri pun galakkan: “naik public transport ya”
**************
Bila kifarah datang menjelma…
Yang dulu berkuasa punya gah di Putrajaya, kini di jalanan.
Yang dulu di jalanan, kini pegang tampuk negara.
Itulah dunia politik kita, lawan dan kawan seperti tukar diaper. Most of the time diaper yang perlu dikitar semula.
Case on point: HINDRAF, LTTE dan DAP. Ini momok2 yang selalu diguna. Bila mereka nak naikkan amarah kita.
Hari ini HINDRAF dan penyokong LTTE ini, turun sama berdemonstrasi bersama puak yang dulu membenci.
Apa pun, selamat meraikan demokrasi.
Moga Abam FRU bersabar menahan guna gas pemedih mata.
Dan para demonstrasi tidak pecahkan kereta dan berguling2 ganas di jalanraya.
Yang lain, boleh bergumbira berhujung minggu bersama keluarga. Gaji pun dah masuk jua.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Setia kita kepada negara. Bukan parti atau pemimpin berhala.
Bila akhbar Cina nombor satu Malaysia buat kesilapan fatal. Bendera Malaysia pun salah, wajib dan harus kita hentam dan kritik mereka.
Katanya tak sengaja dan sudah minta maaf.
Saya tak boleh brain, bila mana syarikat akhbar yang berusia hampir seratus tahun, boleh buat kesilapan sebegini. Apa jadi pada SOP dan QC?
You’re feeding it to the rightist. Dihilangkan gambar bulan yang simboliknya agama Islam. Apa alasan?
Yang terpaling kiri atau kanan jangan melompat ya. Ini bukan isu kaum, bukan isu agama, bukan isu politik. Ini isu kesetiaan kepada negara. Tambah yang buatnya sebuah akhbar senior.
Ahli politik jangan cepat jump the gun dan defend melampau. Yang salah katakan salah. Minta mereka perbaiki segera.
Tidak cukup hanya pohon maaf. Siapa yang bertanggungjawab harus digantung tugas pending siasatan.
Biar ia jadi pengajaran. When it comes to negara dan kedaulatan, siapa sahaja kita persoalkan.
Kena juga ingat, ini bukan hanya isu cuai. İsu ni boleh bawa mudarat lebih luas, diperguna untuk pecah keharmonian.
Naratif yang ada di luar sana, akhbar ini berpaksi negara China. Makanya kalau dah isu sebegini, orang lebih senang percaya.
Harap Kerajaan pertimbangkan. Ambil tindakan dan jangan kompromi bab kedaulatan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
FAKTA RINGKAS AL-QURAN.
• Al-Quran ada 114 Surah. 6,236 Ayat. 77,439 perkataan. 604 muka surat.
• Diturunkan selama 23 tahun. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
• Terdapat 4,475 Ayat Al-Quran dan 86 Surah yang turun di Makkah. Di Madinah pula diturunkan sebanyak 1,761 Ayat Al-Quran dalam 28 Surah.
• Ayat Pertama turun : Surah Al-'Alaq (Ayat 1-5). Surah ke-96.
• Ayat Terakhir turun : Surah Al-Baqara (Ayat 281). Surah ke-2.
"Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun."
--
• Surah Terpanjang : Al-Baqarah
• Surah Terpendek : Al-Khauthar
• Ayat Terpanjang : Al-Baqarah (ayat 282) tentang hutang.
• Jumlah Ayat Sajadah : 15 tempat.
• Surah yang ada 2 Ayat Sajadah : Al-Hajj (18 dan 77)
--
• Ketua Proses Pengumpulan Al-Quran : Zaid bin Thabit.
• Proses penulisan Al-Quran dilakukan zaman Saidina Uthman. Dikenali sebagai Resm Uthmani.
• Pertama kali guna khat Nasakh tahun 1694.
--
• Surah yang nilainya 1/3 Al-Quran : Surah Al-Ikhlas
• Nama Nabi yang dijadikan nama Surah dalam Al-Quran. Yusuf, Ibrahim, Yunus, Hub, Muhammad, Nuh
• Nama Haiwan yang dijadikan nama Surah dalam Al-Quran. Al-Baqarah (lembu betina), Al-An'am (haiwan ternakan), An-Nahl (lebah), An-Naml (semut), Al-Ankabut (labah-labah), Al-Fiil (gajah)
• Hari yang disebut dalam Al-Quran. Jumaat (Surah Jumu'ah) dan Sabtu (Surah An-Nahl).
• Nama Sahabat yang disebut dalam Al-Quran. Zaid bin Harithah (Surah Al-Ahzab : 37)
• Manusia yang dijanjikan azab api neraka dalam satu surah. Abu Lahab dan isterinya (Surah Al-Masad).
-
• Ada 4 cara bacaan Al-Quran.
- Riwayat Hafs (Imam Asim). Diamalkan majoriti negara Muslim.
- Riwayat Warsy. Diamalkan di Asia Tengah
- Riwayat Ad-Duri. Diamalkan di Sudan
- Riwayat Qalun. Diamalkan di Asia Tengah.
Tips dari peguam kalau kereta korang dilanggar dari belakang:
1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik & bawa bertenang.
2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini utk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.
Antara usaha #RekayasaKESUMA, buat kali pertamanya, @MyKESUMA telah membangunkan sistem UP_TVET sebagai saluran tunggal permohonan kursus2 TVET seluruh negara. Dia macam sistem UPU tapi untuk TVET!
Anak2 lepasan SPM (dan siapa2 yg berminat dengan TVET) boleh layari: https://t.co/HMuCc0cgFS
Sistem ini dibangunkan secara dalaman oleh penjawat awam KESUMA.