Kerajaan mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara menerusi pelaksanaan lebih banyak projek tenaga boleh diperbaharui, termasuk kemungkinan melaksanakan Projek Solar Berskala Besar 7 (LSS7) seawal tahun ini susulan krisis tenaga di Asia Barat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata langkah itu selari dengan usaha mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional, selain memperkukuh keselamatan tenaga negara berikutan ketidaktentuan pasaran tenaga global. https://t.co/KKhEr5Gu8E