Terdengar Live Mejar Fitri(Bersara) di Tiktok
Dia kata ragging ni bukan budaya Tentera UK pun. Diorang biasa je. Diorang je sengaja latih tentera negara negara yang dia pernah jajah ni dengan budaya ragging, robot waktu jamuan sedangkan waktu jamuan Tentera UK ceria borak borak semua dan Tentera UK takda pun budaya ragging itu. Diorang latih begitu supaya tentera kita kekal ada minda hamba abdi dan merosakkan kita.
The problem ialah Senior suruh panggil tuan padahal pangkat sama dan hanya beza tempoh perkhidmatan dan kena ragging dengan sama pangkat kat bilik bujang. Padahal kat pusat latihan dah kena dah barai. Ada rekrut terbaik akhirnya THTC(Tidak Hadir Tanpa Cuti) lepas masuk pasukan sebab kes ragging ni
Beliau menyatakan Protokol yang menyusahkan harus dibuang. Ragging juga harus dihentikan. Kena Ubah polisi dan ikut cara kita
Kalau time latihan tak mengapalah latihan keras, berat dan sbgnya. Sbb itu latihan. Untuk kekalkan kemahiran dan kekuatan tentera kita. Kat New Zealand. Time training berat dan kena belasah cam nak mati. Lepas habis training. Selamba borak JL dgn anggota takda hal
Sudah tiba masanya Tentera Malaysia ikut acuan sendiri. Hentikan budaya budaya camni dalam tentera kita. Latih ikut zaman sekarang bukan cara dulu
P/s Ha siapa backup hari tu skrg anggota tentera bersara pun cakap bantah benda ni
Mejar Fitri(Bersara) merupakan bekas Jurulatih Sniper Tentera Darat dan pernah melatih Tunku Makhota Johor(TMJ). Ayah dia merupakan RSM kanan