๐๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ฌ๐จ๐ ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐ก๐
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti pengumuman hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi hari ini - baik yang hadir ke PJ Pac ataupun yang menonton secara langsung di saluran media sosial.
Bermula dari saat ini, BERSAMA menjemput orang ramai yang hadir, semua yang menonton, dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mendaftar sebagai ahli BERSAMA.
Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman https://t.co/4xO9KSPe24
Saya juga menjemput orang ramai untuk menyumbang secara crowdfunding kepada BERSAMA, yang boleh dibuat secara online di laman https://t.co/4xO9KSPe24 atau secara manual ke bank akaun BERSAMA.
Maklumat sumbangan online dan maklumat bank boleh diperolehi di laman web yang sama.
Saya juga telah menerima makluman awal berkenaan beberapa isu teknikal yang dihadapi oleh beberapa pengguna semasa pendaftaran ahli. Isu-isu teknikal ini sedang diselesaikan oleh pasukan teknikal. Jikalau anda menghadapi isu-isu teknikal ini, boleh ikuti beberapa langkah:
๐๐๐ ๐๐ฎ๐ด๐ฎ๐น ๐ ๐ฒ๐น๐ฒ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ฝ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ฎ๐ณ๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ ๐ง๐ฒ๐น๐ฎ๐ต ๐๐ถ๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป (๐๐ฎ๐ธ๐ฒ๐ป)
Pengguna yang mengalami isu ini akan menerima satu emel khas daripada BERSAMA mengandungi satu pautan untuk menyambung dan melengkapkan pendaftaran.
๐๐๐ ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ผ๐น๐ฒ๐ต ๐ ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ต ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป
Isu ini terjadi kepada pelayar Safari di iOS dan isu ini telah diselesaikan. Sekiranya masalah yang sama masih berulang, pohon menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome untuk mendaftar.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir hari ini. Makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke masa selepas ini.
@myadlan i haven't self hosted my LLM tuan.. current just spend around $10 per month for it, honestly more than enough to cover my works..
here's my setup kalau tuan adlan nk try baca
https://t.co/XjDbXJEw3K
In life, an ally or most importantly a genuine friend like @WongChen_MY is rare and hard to come by.
Mari lah ribut, mari lah taufan, mari lah ugutan apa sekalipun, tetap bersama di belakang sahabat seperjuangan.
TNG bakal hilang monopoli.
Kehilangan fungsi auto debit ni menunjukan ada perubahan besar dalam sistem pembayaran tol kita nanti.
Kemungkinan besar, bank 100% tempatan akan masuk campur untuk membantu sistem baru iaitu JustGo.
Sistem JustGo dilancarkan pada bulan Januari hari tu tapi ramai tak terbaca berita tu.
JustGo ada abiliti untuk baca nombor plet dan banyak lagi.
Kita dah boleh download aplikasi ni untuk cuba.
๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ ๐ข ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฃ ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐๐
Ucapan di demo perlu pendek.
Saya diminta memberi ucapan yang terakhir di demo Tangkap Azam Baki hari ini.
Tidak banyak yang boleh disebut dalam 10 minit.
Hanya perkara pokok kenapa kita perlu terus bersuara.
Yang paling penting, kenapa perjalanan kita membuang barah rasuah dalam masyarakat masih panjang.
Sebab sistem negara dan masyarakat kita masih berteraskan wang dan kedudukan. Ia saling berkait.
Orang mengejar kedudukan untuk mendapatkan wang, dengan wang boleh mendapatkan kedudukan.
Dengan wang dan kedudukan, semuanya boleh dibeli.
Jika rasuah berleluasa, peraturan kepada rakyat biasa tidak sama dengan peraturan kepada orang yang ada wang dan kedudukan.
Sebab itu kita kena lawan rasuah, supaya masyarakat kita tidak tewas kepada godaan wang bila mereka diberi kedudukan yang ada amanah.
Selagi kita tidak dapat lakukan ini, demo hari ini hanyalah satu episod dari episod yang panjang.
Ini video yang disoalsiasat. Di mana berita palsunya?
Saya tengok dari awal sampai hujung. Semuanya fakta yang telah pun dikongsikan pada umum.
Apa yang galak sangat nak lindungi Azam Baki, nak bazirkan masa pegawai penyiasat, nak takutkan rakyat.
Aku walaupun bergaji tetap, aku pernah try part time FnB dan courier. Apa aku nampak?
Budakยฒ tempatan kita komited buat kerja. Stop bagi alasan anakยฒ tempatan tak suka kerja renyah
Isu lambakan warga asing ni punca dia adalah majikan yang nak tenaga kerja murah + politicians ๐๐ปโโ๏ธ
Saya telah menerima surat tunjuk sebab yang terbaru daripada PKR bertarikh 9 April 2026.
Berikut merupakan jawapan balas saya:
๐ฆ๐จ๐ฅ๐๐ง ๐ง๐จ๐ก๐๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐ต ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Saya merujuk kepada satu surat tunjuk sebab kedua yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin bertarikh 9 April 2026, dengan rujukan LD2025-2028/TS/030.
2. Berikut adalah penjelasan bertulis saya seperti yang dikehendaki:
๐๐๐ก๐๐๐ฅ ๐ง๐จ ๐ฃ๐ ๐ซ, ๐ก๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐ก๐๐ก:
๐๐๐ก๐๐๐ก ๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
Kecoh Konvensyen PKR Johor bila Naib Presiden PKR, R Ramanan disanggah secara terbuka oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang.
Sebabnya ialah R Ramanan menggunakan pentas konvensyen parti untuk menyerang saya.
Saya tak rasa apa pun. Serangan terhadap saya yang diatur bertali arus ini akan memakan diri. Jadi lagi banyak Ramanan buka mulut, sebenarnya lagi bagus.
Saya juga ucap terima kasih kepada Saudara Hassan Karim. Masih ada lagi beberapa orang dalam PKR sekarang yang faham tentang adab, jasa, sumbangan, perjuangan dan pengorbanan.
Rakyat menonton sendiri bongkaknya Ramanan sehingga boleh menasihati secara terbuka seorang Perdana Menteri supaya jangan salah pilih menteri ekonomi. Maknanya, sebelum ini Perdana Menteri telah buat silap kerana memilih saya menjadi Menteri Ekonomi.
Dia mungkin rasa itu cuit manja dia dengan Anwar Ibrahim, tetapi orang ramai boleh menilai bahawa adab kebiasaannya bukan begitu. Ramanan berkelakuan demikian kerana dia cukup yakin pengaruhnya dengan Anwar Ibrahim.
Dan saya menjadi saksi kepada semua itu.
Di hari-hari terakhir sebelum pengumuman calon untuk PRU15, hanya tinggal satu kerusi yang tidak ada persetujuan antara saya dengan Datoโ Seri Anwar - iaitu Sungai Buloh.
Saya tetap dengan pendirian bahawa antara dua nama iaitu Sivarasa Rasiah (penyandang ketika itu) dan Ramanan, Sivarasa adalah calon yang lebih baik dari segala aspek.
Lagi pun Ramanan berkeras pada ketika itu tidak mahu mengisytiharkan harta, sedangkan calon-calon lain telah menghantar pengisytiharan harta.
Keadaan ini berlanjutan hingga ke hari pengumuman calon dan tidak selesai sehingga jam 6 petang, sedangkan majlis akan bermula jam 8 malam.
Dalam bilik Datoโ Seri Anwar di Bukit Gasing pada ketika itu, ada saya, Anwar Ibrahim dan seorang teman rapat kami. Seboleh yang mungkin, bila berjumpa dengan Datoโ Seri Anwar dari dulu-dulu lagi, saya mahukan ada saksi supaya ceritanya tidak bertukar di kemudian hari.
Maka kejadian ini ada saksi. Saksi itu cukup rapat dengan saya dan Anwar Ibrahim.
Saya tetap tidak berganjak dan menyatakan keputusan Jawatankuasa Calon bahawa Sivarasa adalah calon yang lebih sesuai dari segenap aspek.
Akhirnya, Datoโ Seri Anwar, dalam keadaan kami sama-sama duduk, memegang lutut saya dan merayu untuk lepaskan Ramanan jadi calon.
Saya lihat matanya ada genangan air mata.
Jadi saya sebut kepada beliau:
โYou ada the final say. Iโve done everything I can, tapi kalau you berkeras, thatโs your decision. You donโt have to plead macam niโ
Jawapan Datoโ Seri Anwar:
โSaya tak mahulah nanti you buat kecohโ
Saya jawab balik:
โAkhirnya itโs your decision. Saya hanya minta Datoโ Seri janji that this is as far as Ramanan will go in PKR and politics. You will not appoint him further in the party and kalau menang jadi kerajaan, you will not appoint him into the government.โ
Datoโ Seri Anwar nampak lega dan bersetuju dengan janji-janji itu.
Malam itu, oleh kerana keputusan hanya dicapai di saat akhir, bila nama Ramanan diumumkan sebagai calon PKR di Sungai Buloh, gambarnya masih gambar Sivarasa.
Sebab kami tak sempat tukar gambar Ramanan di saat akhir.
Selepas jadi kerajaan, walaupun semasa pembentukan kerajaan Ramanan tidak dilantik, bila ada saja rombakan pertama Ramanan terus dilantik menjadi Timbalan Menteri.
Itu sekitar akhir 2023.
Jadi pada ketika itu pun saya tahu, ada hubungan istimewa di antara Datoโ Seri Anwar dengan Ramanan, sehingga Perdana Menteri sanggup melanggar janjinya sendiri kepada saya yang disaksikan oleh seorang lagi rakan baik kami berdua.
Saya juga telah sedar pun pada ketika itu bahawa banyak perkara yang kita mulanya ingat tidak menjadi titik perbezaan - contohnya soal Azam Baki, SPRM dan lain-lain - akan terus bermasalah, kerana cerita-cerita mengenai Farhash, Ramanan dan lain-lain mula kedengaran.
Kalau saya kongsi perkara ini sebelum Konvensyen PKR Johor, orang tidak percaya.
Sekarang, saya harap orang ramai boleh nilai sendiri bahawa Datoโ Seri Anwar sudah terikat dengan beberapa orang seperti Ramanan ini.
๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐
Berita wajib tiap-tiap hari kebelakangan ini ialah โRafizi Menteri Paling Gagal, Patut Bersara Dari Politikโ.
Seluruh media; dari media perdana ke media ceplos akan ulang perkara yang sama. Koordinasi berita-berita ini sangat baik.
Sudah tentu serangan dan naratif โmenteri gagalโ ini disusun; ada kumpulan berpengaruh di belakang naratif ini.
Sebabnya individu-individu yang buat serangan dan gesaan ini, orang pun tak kenal. Kalau tidak disusun, saya tak rasa media-media utama di negara ini sudi menghabiskan ruang media mereka melaporkan komen-komen mereka.
Ini antara individu-individu yang disusun untuk mengulangi serangan - cuba tengok mana yang betul-betul anda kenal sebelum ini:
Ng Lum Yong - konon pengasas PKR yang kemudian masuk MCA dan tiap-tiap hari maki Anwar Ibrahim sebelum ini
Faizan Mohd Noor - konon aktivis politik? Eyh aktivis politik senang-senang masuk berita, berlambak lagi menteri yang berhari-hari media tak cover
Mahmud Epah - yang dapat 721 undi sahaja dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lepas
Saya akan jawab tuduhan-tuduhan โmenteri gagalโ ini dalam Podcast YBM #42 hari Jumaat ini.
Saya tidaklah terkejut dengan serangan-serangan ini kerana ia cubaan untuk mengalih perhatian.
Tapi saya juga sedar saya pun ada banyak perkara yang gagal.
Saya gagal berdiam diri bila saya rasa ada rasuah, lagi tinggi pangkat, lagi kuat saya bersuara.
Sebahagian kegagalan saya itu ada kesan kepada masyarakat.
Minggu ini, Datoโ Seri Najib diarahkan membayar lebih RM5 bilion kepada kerajaan akibat penyelewengan yang berlaku dalam 1MDB.
Masa saya mula-mula dedah mengenai SRC dan 1MDB, ramai pencacai yang memaki fitnah, gagal, sotong dan macam-macam. Minggu ini, mahkamah membuktikan kegagalan saya itu ada kebenaran.
Minggu ini juga, kenyataan saya yang menamakan Naib Presiden PKR, R Ramanan sebagai ahli parlimen yang menerima RM9.5 juta dari Victor Chin dalam kes mafia korporat masih tidak dicabar.
Saya juga gagal dalam membodek. Kalau harga tidak membodek itu bermakna saya diserang, dimaki atau dicerca, saya gagal takut dan tidak sekali-kali akan membodek sesiapa pun yang berkuasa.
Saya juga gagal berhenti walau disiasat, disaman, dikenakan tekanan. Jumlah kes dan siasatan yang saya terpaksa lalui sejak 2010 hingga sekarang sudah mencecah 20 kes, sebahagiannya menyebabkan saya dilokap dan dijatuhkan hukuman penjara. Tapi saya tetap gagal berhenti.
Yang paling saya gagal ialah saya gagal meletakkan kepentingan peribadi dan keluarga saya setelah saya pikul amanah jadi ahli parlimen.
Setelah anak saya diserang, isteri saya diugut, sepatutnya saya ikut saja apa yang mereka mahu - saya berhenti dari politik, cium tangan dan membodek, walaupun saya tahu ada perkara yang tidak kena.
Tapi sebab saya sudah setuju untuk pikul amanah, mahu tidak mahu, selagi itulah saya perlu teruskan kegagalan saya.
Biarlah gagal di mata manusia, apatah lagi di mata pencacai berbayar, daripada gagal di mata Allah.
Here's what i do every morning, I dump whatever's in my head into Obsidian.
By evening I have:
โข A finished blog post
โข A drafted social caption
โข Crypto market insights
โข Tomorrow's to-do list
All done without staring a blank page or docs.
While others just save notes, I turn mine into actual output.
If you're a marketer or solopreneur with notes that never get used, this system might be relevant to you.
Wish I found this system 2 years earlier.