the doctor's consultation macam sial. i minta mc bc i obviously didn't go to work today sbb im fucking dying
me: kalau saya nak mc for today boleh?
dr: kalau nak mc kenapa tak datang awal kenapa now baru dtg?
me: sebab sy tak larat dr, pagi td sy takboleh bangun
dr: sekarang -
Cerita paling mind blown . Plot twist dia bapak banyak. Naik turun. And otak kena ligat connect semua scene sbb dia tak ada tulis 15 years later, 15 year before. 100000/10 β¨
RAMAI TAK FAHAM CERITA INI. MEH SAYA TERANGKAN SECARA SIMPLE.
(SPOILER ALERT!)
1. Ada 3 orang perompak yang suka pecah masuk rumah orang. Dah la rompak, mereka juga rogol dan bunuh. Amat kejam. Perompak ini diketuai oleh Selvam.
2. Selvam suka collect barang-barang dari rumah yang dirompaknya. Barang tu dijadikan hadiah untuk anaknya, Ammu. Di sebalik diri dia sebagai seorang penjenayah, Selvam rupanya seorang Family Man. Sangat sayang isteri dan anaknya Ammu itu.
3. Satu hari, Selvam nak hadiahkan kalung emas untuk anaknya Ammu itu. Selvam dah plan nak buat majlis kenduri khas untuk anaknya itu. Dia ajak kawan-kawan dan jirannya semua rewang.
4. Bini Selvam suruh Selvam trim sikit jambang, misai, janggut. Sebab Selvam nampak serabut. Lalu, Selvam pun pergi la ke kedai saloon yang diuruskan oleh Maharaja. Di saloon itu, mesin gunting rambut Maharaja habis bateri. Selvam suruh la Maharaja pergi beli bateri baru.
5. Masa tu, Selvam dapat call dari kawan dia. Rompakan yang mereka buat tu, masuk berita semua. Jadi, kawan dia panik. Selvam pun suruh bertenang, nanti dia kasi settle. Perbualan ini didengari secara tak sengaja oleh Maharaja.
6. Selvam pun balik ke rumah. Hati dia tak sedap. Lepas tu, kalung emas yang dia belikan tu tiba-tiba tak ada.
7. Rupa-rupanya, kalung emas tu tertinggal di saloon Maharaja. Maharaja pun berniat nak pulangkan balik kalung emas tu kepada Selvam.
8. Secara kebetulan, masa Maharaja datang ke rumah Selvam, polis pun datang sekali, nak tangkap Selvam dan konco-konconya. Kantoi segala jenayah Selvam pada isterinya. Isteri Selvam malu. Isteri Selvam rela suaminya masuk penjara.
9. Selvam masuk penjara. Maharaja, isteri, dan anak nya, melawat la isteri Selvam dan anak Selvam di rumah Selvam. Niat Maharaja, nak pulangkan kalung emas yang sepatutnya jadi hadiah untuk anak Selvam tu. Tapi, isteri Selvam enggan terima, sebab malu dan kesal dengan perbuatan jenayah Selvam.
10. Isteri Maharaja suruh Maharaja beli hadiah lain, untuk bagi ole ole pada anak Selvam si Ammu tu. Maharaja pun pergi kedai depan. Tiba-tiba, ada lori langgar rumah Selvam. Semua mati kecuali sorang budak yang terselamat dilindungi oleh tong sampah logam. Budak itu adalah Ammu (anak Selvam)!
15 TAHUN KEMUDIAN...
Ammu bukan sekadar anak angkat Maharaja, tetapi dah macam anak kandung Maharaja dah. Ammu dinamakan sebagai Jothi. Punya sayang giler Maharaja pada Jothi. Kasih bapa mengatasi segalanya.
Selvam keluar penjara. Selvam aim nak balas dendam kat Maharaja. Dia bawak 2 konco dia, pecah masuk rumah Maharaja. Tetapi, Jothi baru balik dari acara olahraga. Jothi diserang oleh Selvam dan 2 konco tersebut! Separuh mati dikerjakan! Sebab Selvam pukul Jothi dengan sangat brutal! Malah, yang ada lekuk di belakang badan, telah rogol Jothi.
Maharaja yang baru balik dari beli kasut sukan Jothi, amat sedih dengan tragedi ini. Dia bawak Jothi ke hospital, dapatkan rawatan. Tong sampah bernama Lakshmi juga menemani Jothi di wad.
Dan bermulalah misi di mana Maharaja nak cari 3 Jahanam tersebut. Tu yang Maharaja buat laporan polis palsu, konon konon nak cari Lakshmi yang hilang. Sebenarnya, dia cuma nak hint dari polis supaya dia dapat jejak 3 Jahanam itu je.
Polis yang tolong Maharaja pun, akhirnya sama sama komplot dengan Maharaja dalam misi balas dendam nya itu. Sehingga membawa kepada konfrontasi antara Maharaja Vs Selvam.
Sehingga lah penyesalan Selvam tak berkesudahan di mana selama ini dia tak tahu pun yang Maharaja lah yang jaga dan membesarkan Ammu (anak dia sendiri) sepanjang dia di penjara 15 tahun tu!
Yes, Ammu Vs Selvam. Kita ingat Jothi tu anak Maharaja. Tetapi, Jothi adalah Ammu! Ammu pulangkan kalung emas, dan dia menyesal ada bapak bernama Selvam. Selvam pun mati dalam penuh penyesalan!
Sekian. βοΈπͺπ―
Ditulis oleh:
Faiz Akmal Mfa
Peminat filem India.
Ini senarai air cond harga mampu milik, bawah 900 je.. Yang masih buntu nak kira hp air cond? Ni haa cara kira..
Faktor kuasa=80
9000 btu/h=1 hp
Jadi jika bilik korang saiznya 10kaki X 10 kaki, ni cara kiranya..
10x10=100
100x80=8000
8000/9000=0.89hp
Thread
Kalau isteri teringin nak makanan Korea, kami tak pergi Itaewon sebab tiket flight mahal, sebaliknya akan ke Tae Yang Island di Shaftbury Cyber @Twt_Cyberjaya
5 sebab saya pilih Tae Yang Island:
1. Ada Halal jakim. Jadi senang nak bawa emak saya dan family yang particular bab penyediaan makanan
2. Unlimited free flow kimchi, raddish dan green tea (refill). Ambil sendiri jadi anda tak malu sangat minta banyak kali dengan waiter. Kimchi dia tk masam sangat dan masuk bila makan dengan nasi
3. Harganya affordable dengan apa yang diberi. Rasa dia sedap dan mengenyangkan. Mungkin antara tersedap di Cyberjaya. Bukanlah murah macam yg orang jual di carboot sales namun berbaloi
4. Kedai dia tak perlu beratur sebab tak pernah lagi tak dapat seat. Saya selalu ke sini time dinner. Lunch hour tk pasti sebab office saya bukan di sini. Saya berani claim kedai ni underrated
5. Sup dia favourite saya. Sup kosong isi daun apa tak tahu, mungkin seaweed. Kena dengan favourite saya. Bingsu dia rasa biasa sahaja sebab saya bukan peminat.
Next tweet saya paparkan pautan order online utk tahu range harga.
Oh ada hadis pasal ni rupanya
Semenjak tak ambil port benda remeh orang gaduh,orang becerai lah apa lah kat sini
Then buat sales pun santai tak hard selling, orang tak beli produk kita tak apa kita continue je cari customer.
Tidur tenang, Tak stress
Lain kali tak payah bertekak dengan Developer klu Developer berdegil tak nak repair Defect rumah kita, buat sakit anak tekak jer. Klu rumah kita masih under Defect Liability Period (DLP) lagi mudah kita nak ambil tindakan.
Klu mereka tak nak repair defect. Buat ikut step ni.
Step 1. Hantar formal letter ke developer dan cc ke peguam S&P kita. hantar guna pos berdaftar (supaya ada record)
Step 2. Tiada tindakan after 30 hari, hantar surat kedua untuk peringatan dan akan report ke Tribunal. Surat mesti cc ke peguam S&P.
Step 3. Tiada tindakan juga selepas 14 hari, bawak 2 surat ni dan pergi ke Tribunal. Tribunal memang akan memihak pada Pembeli.
Nota:
1. Kenapa kene cc ke peguam S&P kita?
Sebab duit loan dari Bank pinjaman kita, peguam kita yang control. Kebiasaan nya peguam & bank tak kan lepas kan duit 100%, mereka hanya release 95% sahaja dan akan simpan 5% retention sum.
Contractor mesti kene settlekan semua kecacatan baru boleh terima 5% retention sum after DLP.
2. Bila peguam dan bank akan release 5% retention sum?
Bank akan release retention sum after end defects liability period (DLP). DLP adalah 24 bulan.
Tapi developer pun cuba tipu saya, mengatakan DLP just 3 bulan masa ambil kunci, tapi saya pun dari industry pembinaan, so memang tahu 24 bulan. Saya pun ada rakan-rakan dalam industry ni, mudah saya nak double confirm dengan Arkitek, Quantity Surveyor dan Contractor lain
3. Apa guna Bank tahan 5% retention sum tu?
Apabila jadi klu contractor berdegil tak nak repair defect tu masa DLP period. Pemilik boleh baiki sendiri kecacatan tu dan claim balik duit repair tu dengan syarat kita dah hantar surat ke developer seperti step2 di atas.
Developer pun boleh baiki dan deduct dari amount 5% retention sump.
4. Apa jadi keretakan selepas tempoh DLP.
Ada sesetengah kerosakan yang cover selepas DLP period, antara nya keretakan dinding. Masih ada Warranty bangunan, ni saya tak pasti berapa lama,
So apa tindakan yang perlu kita lakukan. Hantar surat ke Developer, dah buat 2nd step masih takde respond dari Developer, pergi Tribunal buat report.
Kawan saya beli rumah subsale kat AntaraGhapi, rumah retak (Major), sebelum masuk rumah dia basuh lantai tapi air boleh meresap ke rumah sebelah. Report ke PKNS, mereka memang baiki, ambik masa sebulan untuk buat strengthening structure balik. Rumah tersebut ada mendapan, tu yang menyebabkan rumah tu rosak teruk.
============
Pengalaman saya
Pengalama PERTAMA
Cermin di balkoni saya tiba-tiba pecah.
Saya isi form defect kat pemaju tapi alasan pemaju Cermin di balkoni tu external (luar rumah) so tu bukan under defect yang contractor perlu baiki. Pemilik kene baiki sendiri. Contractor hanya baiki dalam rumah sahaja.
Kira mereka berdegil tak nak baiki cermin di balik balkoni saya. Hurm, tak perr.
Saya just buat first step. Hantar surat formal, cc ke peguam saya dan hantar by pos berdaftar. Saya pun ada hantar by hand sebab takut pos berdaftar lambat.
Tapi klu guna pos berdaftar lagi kukuh sebagai bukti nak bawak ke mahkamah tribunal.
Hari ketiga tu, wakil developer dan pihak contractor datang kerumah saya untuk periksa dan bersetuju ganti semula.
Kes SELESAI.
..........
Pengalama KEDUA
Leaking dalam bilik air saya betul2 di atas mirror, menyebabkan mirror jadi tompok-tompok hitam.
Mirror tu saya built in, saya tambah selepas dapat kunci.
Saya dah check dengan rakan saya merupakan Quantity Surveyor, mirror saya rosak disebab kecacatan bangunan memang tanggung jawab contractor kene tukar baru.
Contractor tak nak layan, so saya buat sampai second step. Lepas tu contractor sendiri cari kita, mungkin disebabkan 5% retention sum tu peguam kita tahan.
So Contractor kene dapatkan release letter dari pemilik baru peguam kita lepaskan retention sum tu.
Tak sempat pun saya report ke tribunal
Kes SELESAI
Kredit: Wa Aqilah Aq
Aku jumpa satu port baik, dekat Gua Kelam, pekan Kaki Bukit.
Memang terperuk kat bawah bukit Wang Kelian, Perlis.
Sejuk, menghijau dan senyap. Malam bunyik cengkerik fresh krik krik krik.
Swimming pool bersih sejuk ketor gigi mandi.
Ada clubhouse siap karaoke dan meja billiard.
Harga berbaloi pada aku.
Dan ada Unifi, so can do your Zoom meeting or watch Netflix (got smart TV la beb) or Careta TV channel at YouTube!
Nama dia Gua Kelam chalet, belongs to a Chinese businessman. Yang jaga buleh cakap Melayu, dan bersih tempatnya untuk solat dan segalanya.
Perfect untuk family gathering atau healing keluarga (got BBQ pit maa) atau untuk aku yang berjalan sebab kerja.
Time abg tesla punya hal, tak terasa sangat. Tapi aisyah dgn aliff ni sangat terasa and sebak semalam. Sebab follow diorang dari zaman before kahwin lagi, how aliff work hard nak dapatkan aisyah, diorang start hidup dgn myvi je. But now, whyyyy π
Aku ambik insurance dari aku bujang umur 22 tahun sampai la sekarang ni. Anak-anak pun semua lengkap ada insurance.
Ambik insurance nak bagi selesa la kalau tak sihat mestilah nak warded kat swasta.
Tapi tanggapan aku berubah terus ya lepas abah warded kat hospital gomen.
Bila rasa rezeki tak memihak pada diri, jangan salahkan orang lain dan berhenti mengeluh. Cari la jalan keluar dan usaha. Mengeluh tak selesaikan masalah pun.