Saya kahwin umur 23
Now umur 58
Marriage gets better with age
But kena ada usaha
Niat kahwin itu ibadah
Jika boleh beri tip:
Apabila mendirikan rumah tangga, kita perlu mempunyai sifat berlapang dada, mampu ketawa bersama & banyak bersabar
10 thn pertama yg paling sukar
Jadi suri rumah ni sebenarnya bukan benda yang mudah. Rutin sama 24 jam dan harus melayan anak setiap masa. Kena kuat mental untuk tepis kata-kata orang sambil risau pasal kewangan.
Namun, alhamdulillah dengan segala nikmat yang Allah berikan. Ada suami yang bertanggungjawab. Ada anak yang comel dan sihat.
Aku rasa kehidupanku sekarang adalah doaku yang dimakbulkan Allah ✨
Dulu world cup aku layan, zaman sekolah pun pepagi buta ayah aku kejut bila Spain punya perlawanan 🤣
Tapi sekarang, suamiku bukan jenis kaki bola, tak minat. Game online pun tak main. Jadinya aku pun tak tengok bola dan dah tak main game.
Dulu aku hantu gak main pubg, cod 😅
Saya dulu berfikir begini. Kemudian ada seorang yg saya hormati ckp "kenapa kita pertikai cara Allah nak selamatkan manusia dari api neraka? Kalau convert semata kerana kahwin pun, apa salahnya? Allah yg tetapkan begitu. Kenapa kita pulak buat orang jadi in doubt?" au kama qal.
Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan
PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara tiga individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67 Jalan Kuantan–Segamat berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, yang bertugas sebagai doktor di Hospital Segamat disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Lebih menyayat hati, anak perempuannya, Dhea Sofia, 2, turut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, isteri mangsa, Hana Ibrahim, 35, yang juga seorang doktor di Hospital Segamat mengalami kecederaan parah.
Turut berada dalam kenderaan sama ialah ibu dan bapa mentua mangsa, Rose Abdullah, 72, serta Ibrahim Mat Taib, 80, yang dilaporkan cedera ringan.
Dalam kemalangan sama, seorang lagi mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, Azaharuddin Mohd Ali, 46.
Menurut polis, mangsa yang merupakan Ketua Penolong Pengarah di Lembaga Hasil Cyberjaya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Isterinya, Siti Fatimah Awing Kechik, 46, mengalami kecederaan ringan manakala anak lelaki mereka, Aiman Faez Al-Amini, 15, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Haji Mohamed Yatim, Rembau dilaporkan parah.
Sementara itu, pemandu kenderaan pelbagai guna jenis Isuzu D-Max, Syed Muhammad Izzat Aiman Syed Ahmad, 31, hanya mengalami kecederaan ringan.
Siasatan awal mendapati Honda Civic dipandu Mohamad Zekry dan Toyota Alphard sedang bergerak dari arah Segamat menuju ke Kuantan manakala Isuzu D-Max datang dari arah bertentangan.
Menurut Mohd Zaidi, pemandu D-Max dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum hilang kawalan selepas terlanggar lopak air lalu terbabas ke laluan bertentangan.
“Akibat kejadian itu, kenderaan berkenaan bertembung dengan kedua-dua kenderaan mangsa yang berada di laluan tersebut,” katanya.
Semua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Pekan untuk proses bedah siasat manakala mangsa yang cedera menerima rawatan lanjut di hospital sama.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-MYNEWSHUB