Kalau owner Oriental Kopi datang approach kau waktu awal dulu...
"Bro, jom join aku buka kedai kopi. Letak RM10,000 je untuk 1% share dalam syarikat ni."
Mesti masa tu ramai fikir, "RM10,000 untuk 1% je? Kecik sangat. Tak berbaloi lah."
Baik beli iphone baru waktu PKP kan?
"Hentikan Keganasan Ini!"
Apa dah jadi dengan negara kita ni? Macam mana boleh sampai tahap ni? Sampai anak kecil pun jadi mangsa kejahatan yang tak masuk akal?
Nuraina Humaira, budak perempuan Orang Asli hanya berumur 10 tahun. Apa salah insan tak berdosa ni?
AJARAN SESAT MILLAH ABRAHAM
Sebenarnya aku takut dan sangat risau dengan trend ajaran sesat Millah Abraham yang berkembang pesat kebelakangan ni.
Ajaran ni makin berkembang semula sebab ramai aktif retrut orang secara rahsia dan underground. Ini betul-betul serius dan menakutkan.
MACAM MANA NAK KENAL?
Kalau korang ada ahli keluarga dan kawan yang ada ciri-ciri ini, mereka sebenarnya telah terpengaruh dengan Millah Abraham ni.
1. Tak Solat Fardhu 5 waktu dan Solat Jumaat. Ada 'ritual' khusus sebagai ganti.
2. Percaya ada rasul lain turun selepas Rasulullah. Mamat gila dari Indonesia tu dakwa Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad jumpa dia ketika bertapa atas gunung. Dia mewakili ketiga-tiga agama.
3. Tak percaya Hari Kiamat. Qiam (kiamat) bagi mereka adalah Kebangkitan Daulah Khalifah. Ini je dah jatuh Kufur.
4. Rajin cerita pasal timeline. Kononnya macam dakwah Nabi. Dakwah secara sembunyi (sir), dakwah terbuka, berhijrah, perang, kuasai kerajaan dan tertegak kerajaan Khalifah menurut mereka. Sekarang masih fasa dakwah sembunyi-sembunyi.
5. Setiap minggu ada perjumpaan 'rahsia'. Dengar ceramah dari leader mereka. Baca Al-Quran, bible dan zabur ikut tafsiran mereka sendiri.
6. Jarang guna "Ya Allah" bila cakap tentang Allah. Mereka guna istilah "Tuhan Semesta Alam".
7. Selalu guna perkataan "Damai Sejahtera" untuk perkara kebaikan. "Panji Gemilang" untuk guru mereka.
8. Nak taubat dari dosa kena bayar duit kat leader mereka. Macam bayaran Kaffarah. Kaya raya leader.
9. Mereka tak makan sembelihan orang muslim lain. Sebab mereka dianggap kafir (kemuncak). Jadi kalau nak makan ayam, mereka akan sembelih sendiri.
Nampak mengarut. Tapi semakin ramai dah terpengaruh. Terutama orang muda. Kat Twitter ni pun aku dah perasan beberapa akaun pengikutnya.
SIAPA PENGIKUT MILLAH ABRAHAM
Anggota ajaran sesat Millah Abraham ni bukan semua tak berpelajaran. Ada yang owner bisnes, profesional, ahli politik, VVIP, artis dll.
Tapi majoriti mereka memang kongsi satu ciri - jahil basic agama. Jenis yang dulu pun culas solat, asas agamanya lemah, tak reti arabic tapi tafsir Al-Quran, selalu buat dosa tapi suka kebaikan/taubat, jenis Islam ikut-ikutan.
Mereka ni kuat Taqiyyah (berpura-pura). Depananak isteri/suami dan kawan takkan tunjuk. Pura-pura solat. Sebab ada pegang sumpah dan janji dengan leader mereka.
MODUS OPERANDI AJARAN SESAT MILLA ABRAHAM.
1. Mereka mesej nak jumpa dan belanja makan kat kedai makan. Target golongan muda (budak universiti, mat rempit dll). Biasanya bawa iPad dan Al-Quran bagitau tentang tafsir Al-Quran.
2. Mereka dah ready semua soalan yang bakal kita tanya. Persis macam ejen takaful yang sedang convince prospek. Orang yang kurang ilmu agama akan mudah terpedaya dengan konsep Millah Abraham ni.
3. Akan ada beberapa siri perjumpaan rahsia. Contoh, kumpul kat Masjid Puchong hari Sabtu, lepas tu nanti ada orang bawa ke rumah leader dia dengar ceramah (brainwash). Lokasi bertukar-tukar.
4. Reveal sikit-sikit ajaran mereka. Ada certain level mereka sampai tahap tak solat dan kena percaya ada Rasul baru. Disuruh agar pegang sumpah tidak sebarkan kepada orang awam.
TINDAKAN KALAU JUMPA MEREKA.
Mereka ini AJARAN SESAT dan dah difatwakan menyeleweng dari ajaran Islam oleh Majlis Agama sejak 2014 lagi. Kalau jumpa mereka ni, report Polis dan Penguatkuasa Agama.
Mereka memang berada bawah perhatian PDRM. Sebab ada unsur perang (dakwah senjata) dalam timeline gila mereka. Tanah Melayu mungkin dijadikan platform untuk jatuhkan kerajaan melalui 'perang' mereka. Ia isu Keselamatan negara.
Ramai dah kena tangkap kat Johor dan Negeri Sembilan. Ada yang bertudung labuh, pakai kopiah, usia dekat 70 tahun pun terpengaruh.
KESIMPULAN.
Ketika geng-geng agama sibuk berdebat bab wahabi-asyairah tak berkesudahan, ramai orang awam yang minat agama, masuk dalam ajaran sesat sebab mudah dan menarik bagi mereka.
Solusi hidup tanpa solat, boleh tebus dosa-dosa lama dengan duit, masuk syurga dengan cara mereka, ia meyakinkan.
Kalau anda sayangkan akidah ahli keluarga dan umat Islam, kena sama-sama banteras ajaran sesat begini.
Sedih sangat jemaah kariah yang baik pun boleh terpengaruh dengan benda ni.
Akidah kalau dah terpesong, kalau mati sebelum mereka sempat bertaubat, kekal selamanya dalam neraka.
Nauzubillah.
Sebaik-baik doa adalah doa yg pernah dilafazkan oleh para Nabi, apatah lagi jika doa-doa tersebut termaktub di dalam al-Quran sudah pasti lebih cepat untuk dikabulkan sekiranya seseorang berdoa dengan doa-doa tersebut.
Thread doa-doa para Nabi yang tertulis di dalam al-Quran 👇🏻
My first collab dengan @sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia.
Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉
Pernah juga sebut dalam kuliah, ibuayah kena usaha sungguh-sungguh ajarkan anak-anak untuk ucapkan sekurang-kurangnya 3 perkara supaya jariyah pahalanya tak putus pada ibuayah walaupun selepas meninggal dunia.Jangan biar cikgu atau ustaz/ah yang ajar.
Apa dia 3 tu?
i hate to be that halal police but just a reminder to fellow sisters sebab ramai yang promote scrunchies la apa la nak bg nampak bonggol.
ada ayat khas dalam quran ya pakai tudung bersanggul berlebihan ni. dia nampak mcm harmless tapi mmg specifically penghuni neraka ya.
Ini adalah Zumi, sukarelawan World Central Kitchen yang datang jauh dari Australia untuk memberi makan kepada mangsa perang di Gaza. Dia dibunuh beberapa jam yang lalu oleh rejim Zionis.
INI SITUASI SEBENAR YANG BERLAKU SEKARANG.
org nak jemaah awak nak jemaah tapi jahil n keras kepala.Bende basic kak..kau jemaah,kau rapatkan saf bukan ikut kepala otak sendiri.Sebelah kanan kau kosong kau gerak ke kanan.Kau nampak depan kosong kau gerak lah kedepan.
Kuliah mlm ni tajuk:Golongan yg rugi dalam Ramadan
1)Orang yang tidak bangun sahur,rugi sebab terlepas doa malaikat,dan terlepas waktu barakah)
2)Orang yg solat tarawih tidak bersama dgn imam sampai witir(rugi sebab terlepas pahala menghidupkan satu malam)