๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ญ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐จ, ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i. Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โbail-outโ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii. Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv. Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v. โBail outโ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โbail outโ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a) Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b) Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c) Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐:
๐ญ๐ฌ ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐๐๐ฅ๐๐๐๐จ, ๐ฑ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐๐๐ข
Pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji telah mengembalikan perhatian orang ramai kepada pelbagai isu yang berlaku di Tabung Haji sejak 2014 lagi.
Kes Tabung Haji adalah sesuatu yang peribadi kepada saya kerana saya adalah ahli politik yang pertama yang mendedahkan kedudukan rizab Tabung Haji yang negatif bermula dari tahun kewangan 2015.
Saya bawa perkara ini ke parlimen seawal Mac 2016, diikuti dengan 34 pendedahan lain di antara 2016 ke 2018 mengenai salah laku, pelaburan yang lesap dan keterlibatan Tabung Haji dalam skandal 1MDB sepanjang pentadbiran Datoโ Seri Najib Razak dahulu.
Saya telah ditangkap, didakwa dan hampir dipenjarakan. Selama sedekad saya menjadi bahan fitnah kononnya saya menghasut orang Islam untuk memusnahkan Tabung Haji.
Hasil dari pendedahan-pendedahan ini juga telah menjadi modal politik kepada PKR dan Pakatan Harapan selama sedekad.
Malah, isu laporan RCI Tabung Haji kali ini pun timbul akibat dari ucapan-ucapan saya di PRN Johor sebulan lalu yang mengkritik kompromi politik Datoโ Seri Anwar Ibrahim dengan UMNO, sehingga laporan RCI itu diperam selama lebih tiga tahun.
Apa pun, saya bersyukur laporan ini telah didedahkan untuk memberi peluang kepada orang ramai membaca dan menilai sendiri, selain dari membersihkan nama saya dari fitnah lawan politik terhadap saya mengenai Tabung Haji.
Laporan yang panjang itu mengesahkan 5 perkara pokok:
i.Pelbagai transaksi yang mencurigakan dan yang menyembunyikan maklumat telah berlaku sehingga menyebabkan kerugian berbilion ringgit;
ii.Rizab Tabung Haji telah menjadi negatif sejak dari tahun kewangan 2015 dan memuncak dalam tahun kewangan 2017, sehingga memaksa kerajaan PH ketika itu di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad meluluskan satu โbail-outโ bernilai RM19.9 bilion (nilai akhir sekitar RM27.8 bilion pada tarikh matang pada keuntungan 4.05% ke 4.10% setahun);
iii.Hibah (atau keuntungan) tetap diagihkan kepada pendeposit antara tahun 2014 hingga 2017 walaupun rizab Tabung Haji telah menjadi negatif demi populariti politik UMNO/BN, yang menjadikan Tabung Haji beroperasi sebagai skim cepat kaya (menggunakan simpanan pendeposit baru untuk dipusing modal membayar dividen kepada pendeposit lain);
iv.Tabung Haji telah mencipta peraturan perakaunan dalaman untuk membolehkan hibah dibayar semasa rizab negatif, walaupun itu bertentangan dengan akta dan peraturan-peraturan pelaporan kewangan Malaysia dan antarabangsa; dan
v.โBail outโ Tabung Haji berjumlah RM27.8 bilion (pada nilai akhir semasa matang) melalui UJSB hanyalah satu tindakan sementara yang bergantung kepada kemampuan Kerajaan Persekutuan melunaskan komitmen โbail outโ itu pada tarikh matang.
Saya bersetuju dengan hampir semua saranan-saranan yang dibuat ahli-ahli RCI. Ini termasuklah:
a)Semua Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan anak-anak syarikat Tabung Haji, pegawai-pegawai kanan yang membuat keputusan perlu dipertanggungjawabkan;
b)Siasatan perakaunan forensik perlu dibuat bersama-sama dengan siasatan jenayah oleh SPRM, SC, PDRM, BNM dan mana-mana agensi penguatkuasaan dan penyelia; dan
c)Kerajaan perlu memutuskan dengan telus dan berterus terang mengenai model pembiayaan haji untuk memastikan beban subsidi haji tidak terus meningkat hingga mengancam kelangsungan Tabung Haji.
Malah, ada beberapa perkara yang saya rasa tindakan yang perlu dibuat itu mesti lebih keras.
Contohnya, Malaysia perlu mengkanunkan secara undang-undang satu bentuk kesalahan kepada pembuat keputusan (baik menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan, ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan) apabila berlaku penyelewengan di bawah seliaan mereka, walaupun mereka mengaku tidak mendapat laba dari penyelewengan itu.
Ini adalah kenyataan pertama dari saya dan BERSAMA mengenai RCI Tabung Haji.
Dalam minggu-minggu akan datang, saya akan membentangkan analisis dan pendedahan mengenai banyak lagi perkara-perkara yang disentuh di dalam laporan RCI ini.
Harapan saya supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar Tabung Haji yang sebenarnya masih terdedah kepada risiko kelangsungan, walaupun Datoโ Seri Anwar Ibrahim mendabik dada kononnya laporan RCI hanya didedahkan kini (setelah diperam selama 3 tahun) kerana pentadbirannya telah berjaya memulihkan Tabung Haji.
Saya juga akan mengupas laporan RCI ini secara terperinci dalam Podcast YBM Episod 57 malam ini, jam 9 malam.
๐ฏ๐ญ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
๐ฆ๐๐ก๐จ๐ฆ๐'๐ฆ ๐ฆ๐ฃ๐๐๐๐: "๐ง๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐๐ก๐, ๐ง๐๐ ๐๐ก๐๐๐๐ก๐ฆ ๐๐๐ฉ๐ ๐๐ก๐๐๐, ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ ๐๐๐ฉ๐ ๐ข๐ก๐๐ฌ ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ ๐๐๐ก๐."
Some supporters of Pakatan Harapan have criticised me for supposedly remaining silent over the recent speech by Kedah Menteri Besar Dato' Seri Sanusi Md Nor, which has sparked widespread controversy and is now under police investigation.
This is not the first time that the Kedah Menteri Besar's speeches, many of which have carried strong racial undertones, have generated public outrage and attracted police scrutiny.
His latest speech, delivered during the Negeri Sembilan state election campaign, has also created friction between Barisan Nasional and Perikatan Nasional. In fact, UMNO President Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi openly signalled that Sanusi was no longer welcome to campaign in Negeri Sembilan.
As the backlash intensified, Sanusi and his supporters began offering various explanations.
One of the familiar defences often used by politicians was that his words had supposedly been taken out of context or distorted by the media.
He has also threatened legal action against numerous individuals and organisations. At the same time, he published a lengthy statement in English, citing historical British politicians whom he claimed shared similar views in an attempt to justify his position.
I will be discussing this issue in much greater depth in YBM Podcast Episode 57, airing this Friday, 31 July, at 9:00 p.m.
For now, however, I would like to introduce one important perspective regarding the doctrine that lies beneath speeches like these.
But before we go any further, what exactly did Sanusi say?
This is the relevant excerpt from his speech in Jempol, beginning at around the 14-minute mark:
"The Malays no longer have any land. The Malays only have this Malay land. The Indians have India. The Chinese have China..."
Those defending Sanusi argue that he was merely stating a historical or factual reality, that this is the homeland of the Malays.
Those offended by his remarks argue that the real message goes far beyond the literal words. They believe the underlying implication is that non-Malays are merely immigrants who will always have another homeland besides Malaysia.
Whether one agrees with either interpretation often depends on one's own political instincts and emotional inclinations.
My analysis, however, takes a somewhat different direction.
I am less interested in debating the literal or implied meaning of the speech itself.
Instead, I am interested in examining the much deeper question that is rarely discussed openly, the underlying doctrine that continues to produce politicians like Sanusi Md Nor, and speeches like these, generation after generation.
At its core, this is a question about the kind of society we have chosen to build, and the kind of Malaysian society we want to become in the future.
Many of the political campaigns we have witnessed over the years, whether under slogans such as Penyatuan Ummah, Muafakat Nasional, or claims that "the Malays only have this land", ultimately stem from the very same political doctrine.
That doctrine can be summarised quite simply.
It says that the Malays are the rightful masters of this country.
If you are a Malaysian citizen who is not Malay, you are welcome to live here, but ultimately you should accept whatever decisions the Malays make.
Those decisions are to be determined by Malay political leaders, acting on behalf of the Malay community.
Under this doctrine, non-Malay political leaders who choose to cooperate with these Malay-led parties are viewed as acceptable because they are seen as respecting and submitting to this framework.
On the other hand, non-Malay leaders who contest elections against them are portrayed as being disrespectful, challenging Malay authority, and threatening Malay political dominance.
When a majority of non-Malay voters support parties outside this political coalition, the contest is no longer framed as one political party competing against another.
Instead, it is portrayed as non-Malays confronting Malays.
Surprisingly few people have examined the long-term political consequences of organising an entire nation around such a doctrine.
Several important questions naturally arise.
First, has this doctrine succeeded in creating genuine harmony within Malaysian society?
So far, the answer appears to be no.
As long as this doctrine exists, there will always be those who believe that the Federal Constitution guarantees equal rights to every Malaysian regardless of race, while simultaneously protecting the special position and legitimate rights of the Bumiputera community.
This means the doctrine can only deliver temporary political victories.
Over time, the political pendulum will continue swinging from one extreme to the other.
The greatest beneficiaries of this cycle are political leaders, both Malay and non-Malay, who obtain positions of power, salaries, and influence.
Meanwhile, the everyday lives of ordinary Malaysians, regardless of race, remain largely unchanged.
Second, has this doctrine succeeded in elevating the economic standing of the Malays?
Again, the evidence suggests otherwise.
The statistics tell a remarkably consistent story.
Even when governments were overwhelmingly Malay, such as during the long years of UMNO rule, when roughly 80 percent of the Cabinet was Malay and the government commanded a two-thirds parliamentary majority, Bumiputera equity ownership remained stubbornly around 17 to 18 percent.
Governments have changed.
Political coalitions have changed.
Prime ministers have come and gone.
Yet Bumiputera equity ownership has barely moved.
Whenever a new generation of leaders embracing this doctrine comes to power, they publicly champion Malay political supremacy.
But behind closed doors, they shake hands with many of the very same Chinese and Indian business tycoons whom they criticised while they were in opposition.
That is why governments may change, yet the underlying structure of the economy rarely does.
The only thing that changes is which group of politically connected elites, Malay, Chinese, or Indian gets to share in the nation's wealth.
Third, has this doctrine succeeded in eliminating corruption?
In reality, it has often contributed to the very problem it claims to oppose.
A political doctrine built upon ethnic dominance inevitably concentrates enormous discretionary power in the hands of those controlling the government.
They decide who receives licences.
They decide who wins government contracts.
They decide who enjoys monopolies.
Governments may change, but those licences, contracts, and monopolies continue to circulate within a relatively small circle of well-connected individuals.
Within that circle are Malays, Chinese, and Indians alike, many of whom eventually become close allies of those who previously campaigned most aggressively under this doctrine.
As long as this doctrine remains unchallenged, insufficiently examined, and poorly understood, Malaysia's political pendulum will continue swinging back and forth.
At one point, this doctrine dominates public discourse, and the parties promoting it win power.
Once in government, many of them repeat the same old practices while hiding behind the rhetoric of protecting Malay rights.
Over time, however, the public begins to witness corruption, administrative failures, abuse of power, and growing displays of wealth among the political elite.
The pendulum then swings in the opposite direction, and they lose power.
But if the new government fails to challenge this doctrine by governing better and delivering meaningful reform, it unintentionally breathes new life into the very doctrine it defeated.
Before long, the political pendulum begins swinging back once again.
That, in my view, is precisely where Malaysian politics stands today.
What I have shared here is only the beginning of a much broader discussion.
I hope you will join me for YBM Podcast Episode 57 this Friday, 31 July, where I will explore these ideas in much greater depth.
LAPORAN RCI TABUNG HAJI
Saya seorang pembaca yang perlahan.
Ambil masa nak baca dan semak angka satu-satu, kemudian semak kembali dengan 54 artikel mengenai analisa Tabung Haji yang saya tulis antara 2015 ke 2018.
Insya-Allah saya akan nyatakan beberapa pandangan awal dalam satu kenyataan media tengah hari ini.
Selebihnya saya akan kupas dengan mendalam semasa Podcast YBM Episod 57 malam esok, Jumaat 31 Julai 9 malam.
Laporan RCI ini mengesahkan perkara yang telah berlaku dalam satu institusi.
Orang-orang politik sibuk menuding jari.
Yang lebih penting ialah bagaimana kita mengelakkan musibah yang sama berlaku di masa akan datang, dalam institusi rakyat yang lain.
๐จ๐๐๐ฃ๐๐ก ๐ฆ๐๐ก๐จ๐ฆ๐ ๐ ๐ ๐๐๐๐๐: ๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐, ๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ก๐๐๐, ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ ๐๐๐ก๐ฌ๐ ๐๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐จ
Ada penyokong PH yang marah saya kerana kononnya saya tidak komen mengenai ucapan Datoโ Seri Sanusi Md Nor baru-baru ini, yang telah menimbulkan kontroversi dan kini menjadi siasatan polis.
Dan ini bukan kali pertama ucapan-ucapan MB Kedah ini yang selalu berbaur perkauman menimbulkan kontroversi hingga disiasat polis.
Ucapan di Negeri Sembilan itu juga mewujudkan ketegangan dalam hubungan BN dan PN, sehingga Presiden UMNO secara terbuka memberi isyarat Sanusi tidak dialu-alukan untuk berkempen di Negeri Sembilan.
Selepas menjadi kontroversi, pihak Sanusi cuba memberi alasan-alasan. Antaranya alasan biasa ahli politik konon ucapannya telah diputar belitkan pihak media.
Beliau juga ingin mengambil tindakan mahkamah kepada banyak pihak, selain dari menulis panjang lebar dalam bahasa Inggeris dengan memetik ahli-ahli politik Britain di masa lalu yang kononnya bersetuju dengannya.
Saya akan komen panjang lebar mengenai doktrin yang ingin dibawa melalui ucapan-ucapan seperti ini dalam podcast YBM Episod 57 minggu ini, hari Jumaat 31 Julai jam 9 malam.
Sekarang saya nak lontarkan dahulu satu pandangan mengenai doktrin yang menjadi asas kepada ucapan-ucapan seperti ini.
Tetapi sebelum itu, apa yang Sanusi cakap sebenarnya?
Ini transkrip ucapan Sanusi di Jempol yang dipertikaikan, bermula dari minit 14:
โMelayu tak dak dah tanah. Melayu ada tanah Melayu ni saja. Orang India ada India, orang Cina ada China..โ
Mereka yang membela Sanusi akan berhujah itu satu pernyataan fakta, bahawa ini tanah untuk orang Melayu.
Mereka yang tersinggung dengan Sanusi akan berhujah maksud tersirat dari ayat dan keseluruhan ucapan Sanusi ialah orang bukan Melayu adalah pendatang, yang akan sentiasa ada tanah air lain selain dari Malaysia.
Bersetuju atau tidak dengan ucapan tersurat dan tersirat yang dibuat Sanusi itu bergantung kepada kecenderungan emosi masing-masing.
Kupasan saya berbeza sedikit dari pelbagai pandangan yang ada.
Saya lebih berminat kepada persoalan pokok yang tidak dinyatakan secara terbuka, yang akan terus menghasilkan tokoh-tokoh seperti Sanusi Md Nor dan ucapan-ucapan begini di masa akan datang.
Persoalan pokoknya ialah model masyarakat yang kita ada dan bagaimana kita ingin membentuk sebuah masyarakat Malaysia kini dan di masa akan datang.
Segala isu yang membawa kepada kempen politik seperti penyatuan ummah, muafakat nasional, Melayu hanya ada tanah ini sebenarnya kembali kepada satu doktrin.
Doktrin ini adalah begini:
Melayu adalah tuan di negara ini. Jika ada rakyat Malaysia yang bukan Melayu, anda boleh duduk disini tetapi perlulah ikut saja apa yang Melayu putuskan.
Keputusan orang Melayu ini dibuat oleh pimpinan Melayu di kalangan mereka, bagi pihak orang Melayu.
Mengikut doktrin ini, pimpinan bukan Melayu yang bergabung dengan mereka, melalui parti-parti politik yang menyokong mereka, adalah bukan Melayu yang sanggup tunduk kepada doktrin ini dan boleh diterima.
Pimpinan bukan Melayu yang melawan mereka dalam pilihan raya, menjadi bukan Melayu yang biadab dan mencabar kuasa Melayu.
Apabila majoriti orang bukan Melayu memilih parti-parti yang tidak bergabung dengan mereka, ia diangkat menjadi bukan Melayu lawan Melayu.
Setakat ini, tidak ramai yang mengupas apa kesan politik yang berasaskan doktrin seperti ini kepada negara dan masa depan rakyat.
Saya boleh sebut beberapa perkara.
Adakah doktrin ini berjaya mewujudkan keharmonian dalam masyarakat?
Setakat ini nampaknya tidak - sampai bila-bila akan ada pihak yang merasakan Perlembagaan telah meletakkan hak kepada setiap rakyat tidak kira kaum dan melindungi hak Bumiputera.
Maknanya doktrin ini hanya boleh berjaya buat beberapa ketika dan pendulum politik akan terus berayun dari satu ekstrim ke ekstrim yang satu lagi.
Yang mendapat kuasa dan kelebihan adalah pemimpin politik, baik yang Melayu atau bukan Melayu apabila mereka mendapat jawatan dan gaji, sedangkan kehidupan rakyat, Melayu atau bukan Melayu, kekal sama.
Adakah doktrin ini berjaya mengangkat martabat Melayu dan penguasaan Melayu dalam ekonomi?
Juga tidak.
Angka menunjukkan walaupun kerajaan itu 80% Melayu dan menguasai dua pertiga parlimen seperti di bawah Umno dahulu, pemilikan ekuiti Bumiputera kekal sekitar 17-18% dari dulu hingga sekarang.
Kerajaan bertukar ganti, ekuiti Bumiputera kekal sama.
Bila ada pemimpin Melayu dari doktrin ini yang baru naik, di depan mereka memainkan isu doktrin penguasaan Melayu, di belakang mereka bersalam dengan tauke-tauke Cina dan India yang sama yang ada semasa mereka pembangkang dahulu.
Sebab itu kerajaan bertukar ganti tetapi struktur ekonomi tidak berubah. Yang berubah hanya jenis kroni dan bangsawan Melayu, Cina dan India yang berkongsi kekayaan sesama mereka.
Adakah doktrin ini berjaya menghentikan rasuah?
Sebenarnya doktrin ini juga yang banyak menyumbang kepada rasuah.
Doktrin kuasa politik seperti ini bermakna kuasa memberi lesen, kontrak, dan monopoli dipegang Melayu untuk ditentukan kepada siapa akan diberikan.
Kerajaan bertukar ganti, tetapi lesen, kontrak dan monopoli tetap diberikan kepada kelompok kecil yang sama. Dalam kelompok kecil ini ada Melayu, Cina dan India yang kini menjadi kawan kepada geng terpaling Melayu yang sebelum itu menjaja doktrin ini.
Maka selagi doktrin ini tidak diperjelaskan, dikupas dan dihadam secara waras, pendulum politik akan terus berayun - satu masa doktrin ini menguasai dan parti-parti yang menjajanya akan menang.
Bila menang, mereka buat benda yang sama dan berselindung di sebalik doktrin ini, tetapi rakyat mula nampak rasuah, kegagalan mentadbir, penyelewengan dan kemewahan mereka.
Pendulum politik berayun lagi ke satu ekstrim yang bertentangan dan mereka kalah.
Jika kerajaan yang baru itu tidak berjaya mencabar doktrin ini dengan membuat yang lebih baik, ia memberi nyawa kepada doktrin ini dan pendulum politik mula berayun kembali.
Ini situasi politik sekarang.
Kupasan saya setakat ini hanya permulaan, ikuti podcast YBM Episod 57 Jumaat ini, 31 Julai.
๐๐ฆ๐๐ ๐จ๐ฆ๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐ก๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐
Kita tunggu laporan RCI Tabung Haji didedahkan.
Insya-Allah, sebahagian dari yang ada dalam laporan RCI itu saya dah ulas lama dalam Parlimen, sejak 2016 lagi.
Untuk memudahkan memahami laporan RCI Tabung Haji jika dan bila didedahkan kelak, boleh tonton balik ucapan saya di Parlimen dalam bulan Mac 2016.
Boleh lihat sendiri macam mana ahli-ahli Parlimen Umno beriya tuduh saya konon saya buat-buat cerita.
Klik pautan berikut untuk menonton semula ucapan penuh saya berkenaan Tabung Haji pada tahun 2016:
https://t.co/REM9gXhQ1v
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1)Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2)Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3)Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A.
Pautan Lampiran A:
https://t.co/2DT8NLXCkB
Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Pertama kali aku tengok sebuah parti di Malaysia mengumumkan PENYATA KEWANGAN DAN SUMBER KEWANGAN untuk pilihanraya.
Syabas @partibersamamy! Satu usaha yang patut dijadikan budaya dan teladan.
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฃ๐ฅ๐ก ๐๐ข๐๐ข๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ: ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ช๐๐ก๐๐๐ก
Salah satu budaya baru yang dibawa ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ialah ketelusan dalam pendanaan politik, sebagai usaha untuk memeras rasuah dengan menukar budaya.
๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ percaya bahawa slogan anti-rasuah dan janji-janji perubahan undang-undang untuk membanteras rasuah politik telah bertukar menjadi retorik semata-mata.
Parti-parti bertukar ganti menjadi kerajaan persekutuan dan negeri-negeri tetapi amalan rasuah politik tetap berterusan.
Kebelakangan ini, parti-parti politik tanpa segan silu menggunakan agensi-agensi, aset-aset kerajaan dan dana awam untuk berkempen. Perkara ini diterima oleh majoriti rakyat Malaysia kerana gabungan-gabungan parti besar seperti PH, BN dan PN kesemuanya melakukan kesalahan yang sama.
Begitu juga dengan amalan memberi wang minyak, duit poket atau duit belanja kepada pengundi-pengundi. Ada pengundi yang tidak segan silu lagi memaparkan mereka menerima wang untuk mengundi.
Salah satu punca utama ialah perjalanan parti-parti politik masih bergantung kepada khidmat berbayar. Jentera-jentera dibayar, orang ramai diberikan wang dan hadiah untuk hadir ke program-program kempen dan petugas kira undi dibayar.
Di PRN Johor, ada petugas kira undi (PACA) yang dibayar sehingga RM700 seorang (termasuk belanja minyak dan penginapan). Ada yang dibayar mengikut jam (contoh RM70 setiap jam bertugas).
Selagi gerak kerja kempen dan perjalanan aktiviti parti-parti politik perlu dibayar, selagi itulah amalan rasuah sukar dibendung.
Hakikatnya, sesebuah gabungan politik membelanjakan puluhan juta ringgit, malah mencecah ratusan juta ringgit untuk sesebuah pilihan raya negeri.
Wang rasuah ini didahulukan oleh kumpulan-kumpulan berkepentingan, sama ada ahli-ahli perniagaan atau dari perniagaan haram yang bertentangan dengan undang-undang.
Balasannya kelak ialah kontrak-kontrak besar kerajaan yang nilainya dinaikkan berlipat kali ganda untuk mendapatkan kembali modal yang telah dilaburkan kepada gabungan parti politik besar semasa pilihan raya.
Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan aktiviti haram, tindakan tidak diambil terhadap aktiviti haram seperti perjudian atas talian, penyeludupan dan pelbagai lagi kegiatan haram, sebagai ganti kepada sumbangan dana semasa kempen pilihan raya.
Jika ada satu kekecewaan utama saya sepanjang saya menjadi ahli politik ialah kegagalan saya merubah amalan ini di dalam parti-parti politik yang saya pernah terlibat.
Juga kegagalan saya meyakinkan majoriti rakyat Malaysia untuk membenci amalan rasuah politik seperti ini, yang diberikan atas nama sumbangan atau duit minyak.
Sebab itu, apabila saya dan Nik Nazmi berkesempatan memulakan kembali kerjaya politik kami dari bawah melalui ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐, saya berhasrat melatih aktivis-aktivis politik yang benar-benar benci kepada amalan rasuah seperti ini.
Rasuah seperti ini menyebabkan maruah kita tergadai. Demi wang, kita sanggup menukar pendirian, memberi alasan dan menutup mata kepada kerosakan.
Tetapi ia perlu bermula dengan menukar budaya bagaimana gerak kerja kempen sesebuah parti dijalankan.
Ia bermula dengan kembali kepada asas politik, iaitu keikhlasan untuk menyumbang demi kebaikan masyarakat dengan melakukan sesuatu dengan sukarela.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dilaksanakan oleh ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam PRN Johor yang lepas.
Keseluruhan kempen BERSAMA dilaksanakan secara sukarela tanpa perlu ada bayaran dan apa-apa perbelanjaan kempen yang lain dibiayai sepenuhnya dari tiga (3) sumber orang ramai:
1) Yuran keahlian BERSAMA sebanyak RM20 setiap ahli
2) Kutipan dana dari majlis makan malam mengumpul dana #WeFund untuk PRN Johor
3) Sumbangan peribadi dari penderma dan penyokong dalam jumlah yang kecil, sama ada melalui crowdfunding atau sumbangan peribadi
Hari ini, ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ merintis budaya baru dalam sejarah politik Malaysia dengan membentangkan sepenuhnya penyata perbelanjaan dan sumber kewangan bagi PRN Johor baru-baru ini, seperti yang diperincikan di dalam Lampiran A (boleh rujuk di bahagian gambar).
Amalan ini akan menjadi disiplin ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ untuk semua pilihan raya yang disertai di masa akan datang.
Saya berharap sumbangan kecil ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ dalam membawa budaya politik bersih ini akan membuka hati lebih ramai pengundi untuk bersama kami di masa akan datang.
๐ฎ๐ด ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Apa yang berlaku di Malaysia, berkenaan cabaran demokrasi memuaskan hati rakyat, adalah sebahagian dari trend dunia.
Di mana-mana, pencabar kerajaan jadi popular semasa mereka pembangkang, terutama parti-parti yang memainkan sentimen - sentimen anti-pendatang, sentimen perkauman, sentimen agama, sentimen nasionalis.
Bila mereka ganti kerajaan, rakyat terus tidak puas hati kerana masalah tidak selesai, expectation rakyat tidak dipenuhi.
Kitaran ini berterusan.
Dalam dunia ke arah AI, semua cepat dihujung jari. Semua mesti cepat seperti kehidupan rakyat, jadi semua yang kerajaan buat, kalau tidak berhati-hati dirasakan lambat.
Sebab itu business as usual tidak lagi sesuai.
Cabaran utama ialah hilangnya social and economic mobility - jurang kaya miskin makin melebar.
Parti-parti politik tidak berani mencabar aturan ekonomi yang menentukan soal gaji, jaringan keselamatan sosial, who provides and pays for which public goods.
Selagi ini tidak dirungkai, kitaran ini akan berterusan dan demokrasi jadi tunggangan, bukan dipercayai boleh selesai masalah masyarakat.
๐ฅ๐๐๐๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐
Bila saya timbulkan isu RCI Tabung Haji dalam kempen PRN Johor yang lepas, kemudian tiba-tiba Datoโ Seri Anwar Ibrahim umum akan dedah laporan RCI ini, ada macam-macam komen dan ulasan.
Saya akan ulas kemudian alasan Datoโ Seri Anwar konon laporan ini tidak disiarkan lebih awal dalam tahun 2023 untuk mengelakkan penabung panik. Banyak pusing la tu, saya akan tunjukkan angka-angka Tabung Haji.
Yang Umno pulak, banyak yang fokus kepada teguran saya saja mengenai timing laporan ini hendak didedahkan. Mereka buat-buat tak baca pasal ulasan saya bagaimana laporan RCI Tabung Haji ini akan membuktikan pendedahan-pendedahan yang saya buat antara tahun 2015 ke 2018 itu adalah benar.
Yang paling menarik, komen orang PAS.
Mereka marah sebab saya petik nama PAS yang mensucikan Umno dalam kes Tabung Haji sejak ia mula-mula didedahkan lagi.
Mereka tak mengaku selama ini PAS mensucikan Umno dalam hal ini.
Saya akan ulas isu Tabung Haji ini panjang lebar dalam podcast YBM minggu ini.
Tetapi untuk persediaan, terutamanya orang PAS yang buat-buat lupa mengenai peranan PAS mensucikan Umno dalam isu Tabung Haji, kena ingat bahawa internet tidak pernah lupa.
Saya sertakan video saya yang menerangkan perihal Tabung Haji, PAS dan Umno yang pernah saya kongsi dahulu.
Video ini panjang, lebih kurang 10 minit, jadi tahan je lah telinga dengar sampai habis.
๐๐๐๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐
Pilihan raya Negeri Melaka boleh dipanggil bila-bila masa dari sekarang. Cakap-cakap orang politik, sebaik saja PRN Negeri Sembilan berakhir, DUN Melaka pula akan dibubarkan.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, BERSAMA akan menyertai PRN Melaka.
Mesyuarat persediaan untuk PRN Melaka telah bermula sejak minggu lepas. Insya-Allah, dengan masa yang lebih berbanding PRN Johor tempoh hari, persediaan BERSAMA untuk PRN Melaka adalah lebih baik.
Amalan BERSAMA ialah untuk terus mengajak rakyat Malaysia yang ingin menyumbang tampil sebagai calon-calon.
Sasaran kami ialah agihan 50:50 di antara calon-calon yang pernah ada latar belakang politik atau kegiatan masyarakat, dengan calon-calon yang belum pernah menyertai politik.
Kali ini, dengan masa yang lebih, calon-calon akan diumumkan lebih awal dan diberi latihan terlebih dahulu.
Insya-Allah, kempen BERSAMA di PRN Melaka dijangka bermula pada pertengahan Ogos, iaitu kira-kira 2 minggu dari sekarang.
Terima kasih ahli BERSAMA yang telah tampil menawarkan diri untuk dinilai sebagai calon.
Kami akan menghubungi anda minggu ini.
Kepada ahli-ahli BERSAMA yang layak menjadi calon di Melaka, iaitu pengundi di Melaka, anda masih boleh memohon menjadi calon.
Untuk menjadi calon, sila isi borang permohonan dan menjalani temu duga atas talian di https://t.co/6vXmDO7QDX
Klik โSertai Kamiโ atau klik pautan ini https://t.co/ajGJhqo3rO
Jumpa semua di Melaka dalam 2 minggu dari sekarang.
PKR telah menganjurkan satu program khas di PJ Civic Hall dua hari lalu, di mana Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil sendiri untuk menjelaskan keputusan membekukan peruntukan saya dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.
The PJ Civic Hall located in the heart of the Klang Valley, has hosted many historic events over the years, including PKR National Congresses.
Standing on that stage once stood leaders who passionately challenged authoritarianism,calling for reform with words that inspired hope.
RM167 juta wang pencen rakyat lesap dalam kes pelaburan KWAP ke dalam syarikat startup Indonesia, eFishery. Pengasasnya pun sudah dipenjara.
Bukan cerita semalam. Bukan minggu lepas.
Dah lebih setahun.
Satu dunia dah lapor. Pelabur antarabangsa dah bincang. Semua orang tahu.
Tapi di Dewan Rakyat?
Sunyi.
Saya tertanya-tanya. Macam mana perkara sebesar ini boleh tak dibangkitkan?
Pembangkang ada lebih 70 orang Ahli Parlimen. Campur BN, lebih 100 orang.
Setahun.
Seorang pun tak bangun tanya?
Kalau bukan Wong Chen yang bangkitkan pertanyaan, entah sampai bila RM167 juta duit pencen rakyat ini terus berlalu tanpa sesiapa yang meminta penjelasan.
Sebab itu saya selalu kata, kita terlalu taksub pada angka.
Kita fikir lagi ramai Ahli Parlimen, lagi kuat semak imbang.
Hakikatnya belum tentu.
Yang menentukan bukan jumlah kerusi.
Yang menentukan siapa yang buat kerja.
Sebab seorang Ahli Parlimen yang rajin membaca laporan, menyemak angka, dan berani bertanya soalan yang betul boleh memberi lebih banyak tekanan daripada seratus orang yang hanya memenuhi kerusi.
Itulah bezanya.
Sebab itu bila orang tanya kenapa saya masih berkeras hendak bina BERSAMA, walaupun orang kata parti kecil, tak ramai wakil rakyat, tak mungkin menang - jawapan saya mudah:
Kalau ada empat atau lima orang daripada kami yang betul-betul menjalankan amanah mereka, boleh menggegarkan Dewan Rakyat.
Lebih daripada seratus orang yang memilih untuk diam.
Akhirnya politik bukan soal siapa paling ramai.
Politik soal siapa yang sanggup buat kerja.
Ikuti kupasan penuh saya berkenaan pelaburan KWAP dan eFishery di Podcast YBM Episod 56:
https://t.co/yq5UVtVeYp
๐๐๐ก๐ฌ๐๐ง๐๐๐ก ๐ ๐๐๐๐
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐: ๐ฆ๐๐ ๐ข๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก
YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memberi bayangan bahawa laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji akan didedahkan dalam masa terdekat.
Sementara saya mengalu-alukan tindakan ini, saya juga berhak menarik perhatian orang ramai kepada latar belakangnya kenapa isu laporan RCI ini keluar secara tiba-tiba.
Saya timbulkan perkara ini dalam satu ceramah semasa Pilihanraya Negeri Johor dua minggu lepas untuk memberi pemahaman kepada orang ramai bagaimana kompromi politik akhirnya memakan diri, jika kompromi itu bertentangan dengan kepentingan awam.
Contoh yang paling baik ialah mengenai penyelewengan yang berlaku di dalam Tabung Haji sepanjang lebih sedekad akibat kelemahan tadbir urus di bawah Barisan Nasional, yang disucikan oleh PAS atas nama perpaduan ummah.
Walaupun Tabung Haji telah diselamatkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan dalam tahun 2019, harga yang dibayar oleh rakyat adalah sangat tinggi.
Ia melibatkan puluhan bilion duit cukai rakyat untuk menanggung kerugian dari pelaburan-pelaburan Tabung Haji selama lebih sedekad.
Tabung Haji juga akan mengambil masa berdekad lagi untuk kukuh semula, sementara hutang berpuluh bilion itu perlu ditanggung oleh rakyat sekurang-kurangnya sedekad lagi.
Semasa Kerajaan Perpaduan yang ada ini dibentuk, antara keputusan paling awal yang perlu dibuat ialah mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai, sekitar awal tahun 2023.
Apabila sesuatu Suruhanjaya Diraja dibuat, hasil siasatan sepatutnya didedahkan kepada orang ramai kerana hanya isu-isu nasional yang melibatkan kepentingan awam yang disiasat oleh sebuah Suruhanjaya Diraja.
Laporan Suruhanjaya Diraja Tabung Haji adalah terperinci dan saya yakin ia akan menunjukkan bagaimana institusi itu rosak di bawah pentadbiran Umno.
Ia juga membantu rakyat menghadam bagaimana sepak terajang politik, melalui tindakan suci mensuci terutamanya oleh PAS, membawa kekeliruan di kalangan rakyat mengenai apa yang telah terjadi di Tabung Haji.
Sepatutnya, laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan seawal 2023 lagi apabila laporan itu mula-mula siap.
Tetapi pada ketika itu, Datoโ Seri Anwar sangat berhati-hati untuk menjaga hati UMNO, maka keputusan dibuat untuk menanam laporan itu.
Hanya setelah saya bersuara untuk kesekian kali; dan kali ini bersuara dari luar sebagai pengkritik, barulah dengan cepat keputusan hendak dibuat untuk mendedahkan laporan RCI Tabung Haji kepada orang ramai.
Saya adalah orang yang paling gembira apabila laporan RCI Tabung Haji ini didedahkan kerana ia membuktikan semua pendedahan yang saya telah buat antara 2015 hingga 2018 mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji adalah benar.
Saya lebih gembira kalau ia didedahkan dengan niat untuk membawa kebenaran seawal 2023 lagi, namun saya berdoa biarlah ada pengajaran kepada rakyat Malaysia dari episod-episod ini.
๐ฎ๐ฏ ๐๐๐น๐ฎ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Bagi pihak BERSAMA
๐ฅ๐๐๐๐ญ๐ ๐ฅ๐๐ ๐๐
Soalan yang paling banyak saya terima sejak BERSAMA putuskan tak masuk PRN Negeri Sembilan:
"Kenapa BERSAMA tak bertanding di Negeri Sembilan? Sebab Rafizi berkawan dengan Tok Min ke?"
Ya, saya memang berkawan dengan Aminuddin. Semua orang tahu. Kami sudah lama kenal.
Tetapi saya tidak pernah percaya politik boleh dibuat berdasarkan hubungan peribadi.
Dulu orang tanya kenapa saya tidak ajak atau paksa beliau menyertai BERSAMA. Jawapan saya tetap sama. Dia ada tanggungjawab politiknya. Saya ada tanggungjawab politik saya. Masing-masing memilih jalan sendiri.
Kalau hendak ikut logik persahabatan, saya mengenali Anwar Ibrahim sejak berumur 17 tahun. Penubuhan BERSAMA juga bukan kerana hubungan saya dengan sesiapa. Ia lahir daripada kepercayaan bahawa negara memerlukan pilihan politik yang baharu.
Jadi kenapa Negeri Sembilan?
Kerana pertimbangan kami bukan sekadar siapa menang atau kalah di sana. Yang lebih penting ialah apa yang berlaku selepas keputusan PRN diumumkan.
Walau apa pun kenyataan bahawa jangan mengaitkan istana, kita semua tahu perbincangan akhirnya akan kembali kepada persoalan itu. Apa sahaja keputusan PRN Negeri Sembilan akan dinilai dalam konteks perebutan kuasa yang lebih besar.
Kami melihat angka secara realistik.
Di Johor, selepas kempen penuh, BERSAMA memperoleh sekitar 5 hingga 6 peratus undi. Profil pengundi Negeri Sembilan pula tidak jauh berbeza. Dalam tempoh seminggu, mustahil kami boleh mengubah sokongan itu secara mendadak.
Tetapi kalau satu atau dua kerusi berubah kerana kehadiran BERSAMA, dan perubahan itu mencetuskan kesan berantai (knock-on effect) kepada perebutan yang lebih besar.
Saya tidak mahu mengheret BERSAMA ke dalam polemik itu.
Tonton kupasan penuh PRN Negeri Sembilan dan keputusan BERSAMA di Podcast YBM #55 di saluran YouTube saya:
https://t.co/SbuN3tvjxh
๐๐ก๐ ๐ ๐จ๐ฆ๐๐ ๐ง๐จ๐ก๐ง๐จ๐ง ๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก
Kita akan terus dihiburkan dengan siri sketsa politik terbaru yang bertajuk โSila Letak Jawatanโ.
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Salleh minta Nga Kor Ming dari DAP letak jawatan dulu, baru dia letak jawatan.
Datoโ Seri Anwar minta menteri-menteri dan lantikan politik dari UMNO letak jawatan kalau menyerang Kerajaan Persekutuan semasa berkempen di PRN Negeri Sembilan.
Kemudian dijawab Datoโ Seri Mohamad Hassan; kalau PM suruh dia letak jawatan, maka dia akan letak.
Datoโ Seri Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, jawab terbuka kepada Perdana Menteri - tak payah suruh letak jawatan, pecat saja.
Budaya letak jawatan adalah sesuatu yang sangat asing dalam budaya politik Malaysia. Lazim ahli politik kita, kalau boleh bawa jawatan menteri itu masuk kubur, dia bawa sekali. Kalau boleh, dengan meja dan kerusi dari pejabat menteri dia bawa sekali.
Itu budaya kita. Orang kita yang jadi pengundi pun suka budaya macam tu, kalau kita letak jawatan menteri tiba-tiba ada je yang jawab โprinsip saja tidak cukup, perlu kuasaโ.
Saya ingin bercakap dari pengalaman. Saya dan Nik Nazmi adalah hanya beberapa kerat manusia dalam sejarah negara yang pernah meletakkan jawatan secara sukarela.
Bagi saya, apabila kita mengangkat sumpah menjadi menteri, kita bersumpah melakukan yang sebaik mungkin melaksanakan amanah. Matlamatnya ialah untuk berkhidmat, agar buah fikiran dan usaha kita membantu rakyat dan negara.
Itu prinsip dan hala tuju kita.
Maka keputusan kekal atau tidak dalam jawatan itu mesti merujuk kepada prinsip dan hala tuju itu.
Kita hanya boleh melaksanakan amanah kita dengan sebaik mungkin kalau ada kepercayaan dari Perdana Menteri kerana beliau yang mengawal kerajaan.
Kepercayaan itu diterjemahkan menjadi dukungan jabatan-jabatan utama untuk menzahirkan buah fikiran dan usaha kita mengemudi kementerian.
Tanpa kepercayaan dan keyakinan itu, apa saja buah fikiran dan usaha kita akan menemui jalan sukar untuk dilaksanakan kerana tidak akan didukung oleh kerajaan; yang menunggu isyarat dan menerima arahan Perdana Menteri.
Sebab itu saya letak jawatan. Beri ruang kepada orang lain yang ada kepercayaan dan keyakinan dari Perdana Menteri kerana itu memastikan apa yang dirancang oleh kementerian dapat dilaksanakan dengan baik.
Bagi saya, polemik letak jawatan menteri yang berlegar sekarang sepatutnya perlu kembali kepada soal prinsip yang paling utama: apa yang rakyat dapat bila kita ada menteri-menteri dan kerajaan yang sudah jelas saling tidak lagi ada keyakinan dan kepercayaan?
Di pihak UMNO/BN dan PAS/PN, mereka berharap agar mereka boleh tebuk atap dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Tumpuan bukan selesai masalah rakyat tetapi untuk isi jawatan.
Di pihak PH, kalau pun UMNO kekal menyokong Datoโ Seri Anwar sebagai Perdana Menteri, kita ada sebuah kerajaan yang penuh kepura-puraan.
Di depan memuji, di belakang mencemuh.
Malah saya ingat sepanjang saya berada dalam Jemaah Menteri, antara menteri-menteri yang paling mesra dan paling banyak memuji Perdana Menteri adalah menteri-menteri UMNO ini lah.
Yang dari PKR tidak pernah memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Sir. Hanya menteri UMNO yang beriya-iya panggil Datoโ Seri Anwar โYes sir, you are right sir, you are great sirโ.
Datoโ Seri Anwar dan PH sudah tentu akan cuba sedaya upaya mengekalkan kerajaan yang ada ini, tetapi musibah ini berlaku kerana beliau juga yang memberi ruang sepenuhnya dan menjemput UMNO, sehingga ada 8 orang menteri.
Akhirnya, saya tak rasa mana-mana menteri yang ada akan kembali kepada makna angkat sumpah mereka semasa menerima jawatan: iaitu prinsip untuk menjalankan amanah sebaik mungkin kerana fokus ialah tikam menikam dan sepak terajang politik.
Tapi rakyat pun tak boleh mengeluh sangat kerana ini budaya yang kita rai selama ini. Ini budaya politik dan budaya kuasa yang dipertahankan selama ini.
Demi kuasa, ciumlah dan kahwinlah dengan sesiapa, asal puas nafsu.
Demi kuasa, boleh bawa pacar terbaru masuk rumah, tak balik rumah pun tak apa, asal tak lafaz talak lagi.
Yang berputih mata adalah anak-anak. Belanja sekolah entah ke mana, makan minum tak terurus.
Tapi ibu bapa tahu, asalkan sekali sekala beli mainan terbaru untuk anak-anak, mereka akan lupa.
Jadi tak payah layan sangatlah sketsa politik ulangan ini.