JANGAN BERI MAKAN KELUARGA DENGAN BELANJA BER-AKAD BATHIL
Sumber: FB Kisah Zakat Malaysia
Emak² : " Ayam sekilo berapa Man?"
Penjual : "8 ringgit je makcik..!"
Emak² : "Alaa 7 ringgit dah la ye..!"
Penjual: "hurmm bolehla makcik 😫"
Emak² : "Hati ayam ni sekilo berapa?"
Penjual: "4 ringgit je.."
Emak² : "Minta 3 kilo ye. Sama kaki ayam setengah kilo ya.."
Penjual : "kaki ayam setengah kilo 2 ringgit je makcik.."
Emak² : "10 ringgit dah la ye. 3kilo hati ayam dengan setengah kilo kaki ayam tu..!"
Penjual : "😔bolehla makcik.."
Emak² : "Jadi total berapa bang semua..?"
Penjual : "Ayam sekilo 7ringgit + hati ayam + kaki ayam 10ringgit. Jadi semuanya 17 ringgit je makcik”
Emak² : "Alah 15 ringgit dah la ye.. beli untuk anak balik kampung je ni. Nah 20 ringgit. Meh baki dia.!" Sambil hulur tangan.
Penjual : 😭😫..
Emak²: Acik ambil pedal ini 2 ketul yaa (sambil masukkan pedal ayam dalam beg plastik)
Penjual: 😭😭😩😩
..............
✳ Wahai emak2 yg kusayangi, dalam jual beli ada 3 rukun yg perlu kita tahu iaitu:
1. Al Aqidan (penjual & pembeli)
2. Al Ma'qud alaih (wang & barang)
3. Shigat beli
▶ Shigat Akad adalah bentuk isyarat dari penjual dan pembeli yg melakukan transaksi tanpa paksaan.
Sudah ikhlaskah penjual tadi melepaskan barang jualannya ?
Jangan sampai tidak ikhlas penjual itu melepas barang jualannya menjadikan barang yg kita beli menjadi tidak diredhai kerana dilakukan dengan bathil atau memaksa penjual.
✴ “Hai orang² yg beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dgn cara yg Bathil, kecuali dgn jalan perniagaan yg berlaku dengan suka sama suka di antara kamu"
(QS.An-Nisaa:29)
Wang yg kita dapat halal, untuk beli barang yg juga halal jangan sampai rosak karena transaksinya yg tak diredhai Allah..
Semoga bermanfaat untuk bersama 🤗
Kat South Korea sekarang ada kes orang tikam random strangers kat train station/mall/any random places. Rasanya around 10 victims dah. Murderers pun orang yang berlainan. And latest was yesterday. Tp I only see people are raising awareness on Tiktok.
"Sihat alhamdulillah."
"Aku okay je."
"I'm fine, thank you."
Agaknya berapa ramai dalam kalangan kita yang jawab begini, walhal dalaman kita berkata sebaliknya.
90% orang stress dekat tempat kerja bukan kerana tugas yang digalas tetapi kerana perangai setan orang dekat tempat kerja tu sendiri. boleh dijadikan seseorang tu berhenti kerja disebabkan stress dengan orang sekeliling.
Jangan rush, take it easy. Allah tahu apa yang terbaik. Dia akan bagi when the right timing comes. In the meantime, tahan sikit. Work hard, betulkan niat. Be kind to yourself and the people around you. All these struggles will be worth it one day.
Sesiapa yang suka membuli semoga stoking & kasut dia selalu basah, internet dia selalu E, buka MySejahtera & kamera selalu lag, selalu tak jumpa parking.
Rindunya nak travel dan driving jauh2 merentas negeri.
• Bertolak awal pagi lepas subuh.
• Singgah petrol station highway.
• Sembang lama-lama dalam kereta.
• Makan jajan dalam kereta.
• Singgah makan kat R&R.
• Tukar-tukar driver.
Perjalanan tu je merupakan keseronokan.