In my younger and more vulnerable years I heard some advice that I’ve been turning over in my mind ever since:
“Tak perlu kau berlari, mengejar mimpi yang tak pasti. Hari ini juga mimpi, maka biarkan ia datang di hatimu.”
Pengumuman (Jangan terkejut!)
Pengasas & Pengarah Urusan Buku Fixi Sdn Bhd Amir Muhammad (@amirmu) (nombor 3 dari kanan) mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan semua pegangan saham dalam syarikat selepas #KembaraFixiPBAKL2026. Jun 2026 adalah tempoh khidmatnya yang terakhir.
Pengarah Urusan baru ialah Muhammad Iqbal Abu Bakar (@ringoabubakar) (2 dari kanan).
Semua novelis Fixi dah diberitau minggu lepas; yang penting, royalti tetap jalan dan kami akan sentiasa hargai anda.
Langkah ini diambil untuk memastikan Buku Fixi terus bugar dalam zaman yang kian berubah. Kami akan melantik seorang Pengarah Kreatif untuk menentukan hala tuju syarikat yang seterusnya, dan ini akan diumum pada bulan Julai.
Tapi itu kemudian. Untuk sekarang: Jumpa di PBAKL @klibfmy (lepas Raya)!
MEMPERKENALKAN... KOLEXI ✨📚📤
KOLEXI adalah projek remaja Fixi untuk hasilkan sebuah boxset mini yang mengandungi 15 buku. Ia sesuai untuk bukan sahaja milik peribadi tapi perpustakaan ~ termasuk perpustakaan sekolah.
Setiap buku mini menampilan seorang penulis Malaysia dengan karya yang ditulis abad ini. Setiap buku akan mengandungi beberapa cerpen dengan total jumlah perkataan sekitar 8k-12k.
Penyelenggara: Fiwaz (lahir 2002).
🖋 Genre: Segala jenis fiksyen
🗣 Bahasa: Bahasa Melayu (termasuk terjemahan dari bahasa lain di Malaysia). Cerpen yang pernah diterbitkan dialu-alukan.
��⚖️Disaring dan dinilai oleh panelis remaja (lahir selepas 2006)
📄 Isi borang dan muat-naik manuskrip anda di: https://t.co/PRE9vh9fqx
💰 Penulis terpilih akan menerima royalti pendahuluan
📅 Tarikh akhir penghantaran: 31 Mac 2026
#Kolexi #Kolexi2026
Including my new documentary, TERDEDAH: 7 Artists in Search of a Cover, which screens Saturday night.
It's inspired by a Shahnon Ahmad novel that has been out of print for decades.
Jumpa kat Tanjung!
The 10 finalists & 5 notable mentions for #KumanPicturesChallenge6. As determined by the judge Ananth Subramaniam.
The finalists will also be screened at @miffest_mgga (date TBA). Jumpa sana!
Congrats to ALL 120+ who took part, we received many good entries this year! ❤️🔥🏸
Amir Muhammad pernah hasilkan dokumentari yang diharamkan kerajaan BN. Kini dia lebih fokus kpd menerbitkan buku yg diharamkan kerajaan Madani.
___
Rubathinesh Nair telah menulis dan mengarah lebih drpd 10 filem pendek dlm tempoh 8 tahun dan kini menghasilkan iklan TV & digital.
TEMASYA WAYANG BUDIMAN
Bintang Proofreaderku
Amir Muhammad & Rubathinesh Nair
Ahad, 22.06.2025, 5:00PM
Amir Muhammad akan memberi reaksi terhadap novel "Bintang Bukan Hanya di Langit" karangan terakhir Hamzah Hussin (terbitan 2006) secara monolog ke kamera.
Slot otograp lengkap untuk #kembarafixipbakl2025 ~ sila tandakan kalendar anda untuk sesi ramas mesra bersama penulis kegemaran anda. 😍 Bawak buku lama pun boleh!
KUMAN PICTURES CHALLENGE 6 - kini dengan raket badminton! 🏸
Kuman Pictures sekali lagi menganjurkan pertandingan filem pendek yang bertema seram atau thriller.
Pengisian 'seram" atau 'thrilller' bergantung kepada anda. Tapi kalau boleh sentuh isu semasa, lagi baek.
Penyertaan untuk antologi esei @mataharibooks dibuka!
APA YANG KAMI KATAKAN BILA KAMI KATAKAN TENTANG NOVEL RETRO
Kurator: @azrinfauzi
Kami mengalu-alukan esei baharu (belum pernah diterbit) tentang mana-mana novel retro tempatan yang berusia lebih 50 tahun (iaitu terbit sebelum 1975). Apakah kesan novel itu kepada anda?
Nota kurator: “Menjengah semula novel lama bukan sahaja mempertemukan kita dengan momen-momen yang berlaku dalam sesebuah novel, adakalanya juga menendang ingatan kita kepada apa-apa yang berlaku sewaktu membaca sesebuah novel, atau apa-apa yang menyebabkan kita membaca sesebuah novel. Hanya anda dan anda yang mampu memperkatakan tentang ini—tentang novel retro ini.
“Tetapi novel yang dipilih untuk diperkatakan tidak semestinya berbahasa Melayu. Malah kami menyambut baik keinginan anda untuk menulis tentang novel-novel berbahasa Mandarin, Inggeris, Tamil, Iban, dan sebagainya, asal sahaja esei yang kami terima nanti dalam bahasa Melayu.”
1. Had perkataan: Tidak melebihi 3000 patah (termasuk petikan novel asal). Petikan karya asal (baik dalam bahasa asal mahupun telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu) digalakkan.
2. Honorarium: RM200.
3. Hakcipta milik penulis, yang kemudian boleh menjual eseinya ke mana-mana tempat lain.
4. Tarikh tutup: E-mel ke [email protected] selewat-lewatnya 31 Mei 2025.
“’Pendek sangat pun kata, panjang sangat pun kata, jadi yang mana saya hendak buat,’ jawab Kalam kepada Kertas dengan tersenyum-senyum.”
—Ahmad Rashid Talu, Iakah Salmah? (1929)
See less
#KumanPicturesChallenge6 akan kami umumkan pada 15 April 2025 dengan tarikh akhir penyertaan 15 Mei 2025.
Paling istimewa kali ini, kami akan buat tayangan semua finalis dalam pawagam!
Nantikan 15 April untuk tahu terma & syarat.
#kumanpictureschallenge
Here's my latest tier list of all shopping malls in Greater KL (incl. Genting and N9)
C tier and above is doing well
D tier is showing signs of decline
E tier is struggling hard
F tier is basically dead
Sayembara Fixi 5
Ingin menulis buku Fixi? Ini caranya.
1. Emel manuskrip novel lengkap (50k-70k perkataan) bersama sinopsis 1 mukasurat dan biodata ke [email protected] hanya pada 30 Jun 2025. Apa-apa yang dihantar sebelum atau selepas tarikh itu tidak akan dibaca.
2. Terbuka kepada semua penulis.
3. Terbuka kepada semua genre dan tema.
4. Bahasa Melayu dengan campuran mana-mana bahasa lain yang sesuai untuk cerita.
5. Hakim terdiri daripada mereka yang pernah edit beberapa buku Fixi, dengan maklumbalas daripada beberapa pelanggan #FixiSubs terkini.
6. Kami cari 3 hingga 10 pemenang yang setiap seorang akan dapat royalti pendahuluan RM5,000. Buku-buku ini takkan keluar serentak tapi secara berperingkat pada 2026. Tiada sebarang saguhati akan diberikan.
7. Keputusan akan diberitahu pada 30 Disember 2025.
8. Gunakanlah apa jenis font dan spacing yang anda suka. Hantar dengan Microsoft Word.
9. Tiada had untuk jumlah penyertaan novel atau bilangan penulis untuk sesuatu novel.
10. Kaulah satu-satunya di antara berjuta,
insan teristimewa. Patah tak tumbuh lagi, hilang belum berganti, kerana kau tersendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel [email protected]. Terima kasih!
#SayembaraFixi5
#kajang Di sebalik asakan hebat era digital, penerbit dan penjual buku tempatan menyifatkan industri buku yang ramai beranggapan hampir mati sebenarnya masih relevan serta mempunyai masa depan cerah.
https://t.co/SfnnCff19J
We are a few days short of our 1st year anniversary (21 December) but we are pleased to report we have over 4 million views on #PENDATANGmovie on YouTube. Also with about 4k comments.
Tomorrow we will post statistics according to country and subtitles. Thank you!