𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜
Saya telah menghantar surat peletakan jawatan dari Jemaah Menteri kepada YAB Perdana Menteri. 𝗣𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝟭𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025.
Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat. Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan.
Seperti mana amalan di negara-negara yang menitikberat prinsip demokrasi, pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti perlu memberi laluan kepada pemimpin yang menang mengambil tempat di dalam kerajaan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan kakitangan Kementerian Ekonomi yang telah memberi dukungan penuh kepada saya sepanjang saya di sini. Saya telah melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini, yang berupaya merangka dasar dan disusuli dengan kerangka program yang berkesan.
Saya yakin program-program untuk membaiki struktur ekonomi negara yang telah dipelopori oleh Kementerian Ekonomi akan terus dilaksanakan dengan jaya oleh penjawat-penjawat awam.
Amanah terakhir saya sebagai Menteri Ekonomi telah disempurnakan dengan penghasilan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang telah dimuktamadkan dan menunggu untuk dibentangkan di Parlimen dalam sidang yang seterusnya.
RMK13 telah digubal untuk memberi penekanan kepada reformasi pendidikan yang lebih menyeluruh, termasuk beberapa reformasi struktur yang melibatkan Kementerian Pendidikan. Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri.
Akhir sekali, saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan penghargaan kepada rakyat Malaysia, penjawat awam, pihak swasta, pihak media dan semua pemegang taruh yang pernah berurusan sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi.
Perjalanan kita untuk merubah struktur ekonomi negara menjadi lebih kukuh dan mencapai status negara berpendapatan tinggi adalah masih jauh. Oleh itu, kita wajar terus mengambil keputusan yang baik untuk jangka panjang, walaupun keputusan itu sukar dan berliku, demi generasi masa hadapan.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
28 Mei 2025
Peragut berjaya ditangkap di Kota Tinggi. Mangsa akak baju biru tu.
Mat dah tau “hobi kami mahal” pergi kerja la anjing, kau gi meragut buat apa??
Lagi respek aku kat brader yang kejar 100 trip tu woi!
Ini bala bencana daripada Allah. Allah murka dengan orang-orang di New York yang tidak mengamalkan ajaran Islam.
Kalau kat Kedah tu ujian Allah sebab Allah sayang. Harap maklum.
Berikutan masalah harga beras naik..
YB Sanusi menjual beras tempatan dgn harga murah iaitu RM7 sekilo..Ini jauh lebih murah berbanding harga beras import di pasaran iaitu RM35-40 10KG..
Terbaik YB Sanusi
Teruk menteri agama kena hentam masa tu. Sana sini orang maki hamun dia kata dh jual aset Tabung Haji pada bukan Islam. Hari ni terbukti semua tu fitnah.
Fitnah tu siapa yang mulakan?
Tak lain tak bukan. Dari pemimpin PAS @UstAhmadDusuki.
Siapa yang sebarkan?
Penyokong-penyokong PAS yang bodoh berpolitik dan tak reti nak tabayyun dulu.
Semua benda buat ikut emosi. Sudahnya jatuh orang yang tak bersalah, yang tukang fitnah kau sanjung macam ulama.
Eleh … baru islamkan sorang dua korang dah heboh . Ada pemimpin tu lagi hebat , dia kapirkan beribu org , selamba je . Itu belum lagi dia bagi pas to heaven …..
😂😂😂
Sorry to say.
Aku malu tengok Syahir dan penyokong tegar PAS. Bersorak dgn point yang tak berkait lansung dgn ekonomi.
Tak sedar ke diri korang ni sebenarnya bodoh? Kalau bahasa arab, orang panggil Jahil Murakkab.
Bermaksud, kau tak sedar yg kau sebenarnya bodoh (baca jahil).
Rafizi ajak debat, syahir bantai storytelling wei. Mampuih la mcmni. Mampuih. Ingat sembang kat warung ka gila. Ni satu negara tengok kat tv ni wei. Masyallahhh
Apa Dasar Ekonomi PN?
"Dasar coming from my heart".
Oh no man...
PAS takyah la berangan nak jadi kerajaan. Jauh mat level professionalism ni.
Kalau Syahir lah paling pandai dalam PAS, maksudnya yang lain tu, tak tahu lah macam mana.