RASMI
14 PERKARA MOU PERJANJIAN DAMAI US IRAN
MOU ini ditandatangani secara dalam talian oleh Presiden US Donald Trump di Istana Versailes Perancis dan Presiden Iran Mahmoud Pezeskhian di sebuah lokasi rahsia dan disaksikan oleh Pakistan
1) US, Iran dan sekutunya akan menamatkan semua perang di semua barisan hadapan termasuk Lubnan
2) US dan Iran akan menghormati kedaulatan negara masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman negara masing-masing
3) US dan Iran akan memberi komitmen berunding dan mencapai perjanjian akhir dalam masa 60 Hari kecuali jika dua belah pihak bersetuju menambah tempoh itu
4) US akan mula mengakhiri sekatan laut ke atas Iran di Selat Hormuz dan ia akan berakhir sepenuhnya dalam masa 30 Hari
5) Iran akan memberi usaha terbaik untuk memastikan laluan kapal komersial selamat melalui Selat Hormuz selama 60 hari tanpa caj
6) US dan rakan sekutu akan membantu membenarkan pelaburan sebanyak 300 Bilion USD memasuki Iran sebagai langkah pembangunan semula ekonomi dan infrastruktur Iran
7) US akan bekerja untuk menamatkan semua sekatan ke atas Iran termasuk dari PBB, IAEA , Sekatan Primer dan Sekunder ke atas Iran
8) Iran tidak akan buat senjata nuklear dan bersetuju untuk memberitahu jumlah Uranium Diperkayakan kepada IAEA
9) Sebelum perjanjian akhir ditandatangani. Iran akan kekal dengan status quo program nuklearnya. US dilarang membuat sekatan baru atau menghantar tambahan tentera menyerang Iran
10) Jabatan Perbendaharaan US akan memberikan pengecualian sekatan kepada jual beli minyak mentah Iran, Produk Petroleum, bahan petrokimia, urusan bank berkaitan, insurans dan perkhidmatan pengangkutan. Pengecualian Sekatan ini turut melibatkan negara yang terlibat membeli barangan berkenaan dari Iran
11) US akan membenarkan semula Iran mengakses aset dan duit yang telah dibekukan sebelum ini
12) US dan Iran akan menubuhkan jawatankuasa bersama memantau pelaksanaan MOU ini dan pematuhan perjanjian akhir nanti
13) Selepas MOU ditandatangani dan gencatan senjata dimulakan, sekatan dihentikan dan aset Iran dibebaskan. US dan Iran akan memulakan rundingan akhir
14) Perjanjian akhir akan disokong oleh satu Resolusi Khas Majlis Keselamatan PBB
Selepas MOU ditandatangani. Bermula 60 Hari proses transisi sebelum perjanjian akhir dimuktamadkan
MALAYSIA AKAN KUASAI TELAGA GAS KEDUA TERBESAR DUNIA
Tumpuan utama lawatan rasmi PM Malaysia ke Turkmenistan hari ini ialah tandatangan perjanjian untuk Petronas meneroka salah satu telaga gas yang dilaporkan kedua terbesar di dunia di Laut Kaspia. Telaga itu juga mempunyai bekalan minyak yang akan menambahkan lagi sumber minyak negata
Ini akan memperkukuhkan lagi Petronas sebagai kuasa Gas Dunia. Selepas Malaysia kini merupakan Pengeksport kelima terbesar Gas dunia
Projek ini akan menambah lagi pendapatan dan keuntungan Petronas. Pendapatan dan keuntungan Petronas disalurkan kepada rakyat melalui dividen kepada Kerajaan Persekutuan setiap tahun
Malaysia juga dijangka turut membincangkan untuk meningkatkan lagi perdagangan dalam industri halal, produk kelapa sawit. Meneroka kerjasama baru dalam perdagangan, pelaburan, pengajian tinggi dan pelancongan
TERKINI
Tentera Hizbullah masih bertempur sengit dengan IDF di Timur Nabatiyeh di mana IDF cuba menawan Kafr Tibnit dan Bukit Ali Taher
Pertempuran di Kafr Tibnit sudah berlangsung lebih sehari
RASMI
PERANG US IRAN BERAKHIR SELEPAS 110 HARI
Presiden US Donald Trump dan Presiden Iran, Mahmoud Pezeskhian menandatangani perjanjian MOU gencatan senjata dan damai antara US dan Iran dengan Pakistan sebagai orang tengah
Ia terdiri daripada 14 Perkara bernama MOU Islamabad dan ini akan memulakan 60 hari perjanjian damai sebelum ia akan dimuktamadkan pasukan delegasi US dan Iran di Geneva Switzerland Jumaat ini