Saya teringat akan satu hadith yang mana Imam at-Tirmizi riwayatkan dalam Jami'nya dalam Kitab Huraian Tentang Hari Kiamat, ar-Riqaq dan al-Wara' (hadith no 2429) kata ianya gharib (bermakna dhaif), dan Syeikh al-Albaani menghukumnya sebagai maudhu’ iaitu:
من عير أخاه بذنب لم يمت حتى يعمله
“Sesiapa yang mengejek saudara seagamanya atas dosa yang dilakukannya, maka ia tidak akan meninggal dunia kecuali mengamalkan dosa tersebut.”
Namun pun begitu, para ulama tetap menyebut hadith ini kerana maksudnya yang memberi peringatan agar jangan kita bermudah-mudahan mengejek insan yang telah bertaubat daripada dosa.
Kata Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfatul Ahwazi syarah kepada Jami' at-Tirmizi (7/173) ketika mensyarahkan maksudnya;
( مَنْ عَيَّرَ ) مِنْ التَّعْيِيرِ أَيْ عَابَ ( أَخَاهُ ) أَيْ فِي الدِّينِ ( بِذَنْبٍ ) أَيْ قَدْ تَابَ مِنْهُ عَلَى مَا فَسَّرَ بِهِ الإِمَامُ أَحْمَدُ ( لَمْ يَمُتْ ) الضَّمِيرُ لِمَنْ ( حَتَّى يَعْمَلَهُ ) أَيْ الذَّنْبَ الَّذِي عَيَّرَ بِهِ أَخَاهُ , وَكَأَنَّ مَنْ عَيَّرَ أَخَاهُ أَيْ عَابَهُ مِنْ الْعَارِ , وَهُوَ كُلُّ شَيْءٍ لَزِمَ بِهِ عَيْبٌ كَمَا فِي الْقَامُوسِ يُجَازَى بِسَلْبِ التَّوْفِيقِ حَتَّى يَرْتَكِبَ مَا عَيَّرَ أَخَاهُ بِهِ وَذَاكَ إِذَا صَحِبَهُ إِعْجَابُهُ بِنَفْسِهِ لِسَلامَتِهِ مِمَّا عَيَّرَ بِهِ أَخَاهُ .
“(Sesiapa yang mencela), yakni daripada kata ta’yir (mencela), ertinya mencela/mengaibkan saudaranya — yang seagama — dengan sesuatu dosa, iaitu yang pelaku tersebut telah pun bertaubat daripadanya, sebagaimana yang ditafsirkan oleh Imam Ahmad. Dia tidak akan mati — kata ganti nama (dhomir) di sini merujuk kepada pencela tersebut — sehinggalah dia sendiri melakukannya, yakni dosa yang dengannya dia mencela saudaranya.
Seakan-akan orang yang mencela saudaranya, yakni mengaibkannya, berasal daripada kata al-'aar (aib), (al-'aar—dan ia adalah setiap perkara yang mendatangkan aib seperti yang disebut dalam al-Qamus). Maka dia akan dibalas dengan hilangnya taufik, sehingga dia sendiri terjatuh ke dalam perbuatan yang dengannya dia mencela saudaranya. Perkara itu berlaku apabila celaan tersebut disertai dengan rasa ujub (bangga dan kagum) pada diri sendiri kerana terselamat daripada dosa yang dicelanya pada saudaranya itu”.
Imam Ibn al-Qayyim juga berkata dalam Madarijus Salikin (1/176):
وَكُلُّ مَعْصِيَةٍ عُيِّرَتْ بِهَا أَخَاكَ فَهِيَ إِلَيْكَ يَحْتَمِلُ أَنْ يُرِيْدَ بِهِ أَنَّهَا صَائِرَةٌ إِلَيْكَ وَلاَ بُدَّ أَنْ تَعْمَلَهَا
“Setiap maksiat yang diejekkan pada saudaramu, maka itu akan kembali padamu. Maksudnya, maksiat tersebut akan berpindah kepadamu, dan sudah pasti engkau lambat-laun akan melakukannya”.
Inilah peringatan yang telah diberikan oleh para ulama kita, agar kita jangan sesekali berasa sombong, hinggakan kita rasa bersih dari dosa atau tidak akan terjerumus pada dosa yang dilakukan pada orang lain.
Alangkah baik kita mendoakan hidayah kepada sesama kita, dan usaha untuk menutup aib mereka yang telah bertaubat. Mudah-mudahan Allah akan bantu kita dan tutup aib kita di akhirat kelak sebagaimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya,
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
“Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat”.
Orang-orang yang telah bertaubat, Allah juga telah janji dan berikan khabar baik dalam al-Quran dalam Surah al-Maidah ayat 39:
فَمَن تَابَ مِن بَعْدِ ظُلْمِهِ وَأَصْلَحَ فَإِنَّ اللَّهَ يَتُوبُ عَلَيْهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Sesiapa yang bertaubat dari kezaliman yang telah dia lakukan lalu dia berbuat baik, Sesungguhnya Allah menerima taubat hambaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
✍️ Muhammad S
- Shah Alam
This tradition in Kosovo where a rural village has only one mosque, children wait outside for the mosque's light to turn on so they can race home and tell their families it is time for iftar.
Betapa membahagiakannya
melihat seorang ayah sejati yang.
meskipun mengetahui kehilangan itu,
menyadari bahwa harta terbesarnya
dan yang paling berharga telah
terlindungi... Memberi mereka
pelukan pengampunan yang nilainya
lebih dari apa pun.
Selepas kejadian itu, dia wajibkan semua MPV yg keluar wajib guna beacon light.
Pakai beacon light supaya org tengah buat jenayah nampak lampu biru boleh angkat kaki dulu.
Habislah semua pegawai2 wanita dlm JIPS selepas ini !! Ha3
Ini lah sebabnya kenapa jalan menuju ke Selatan sentiasa "JEM" . Disebabkan mangkuk2 yang bawa kereta macam bersiar siar. Masuk kelas memandu suruh belajar, bukan tidur.
Dengkil-Nilai- Ainsdale-Seremban-Melaka-Tangkak
You dumb idiots.
Your mothers, mothers-in-law, and aunties…your female family members…are supposed to help you through postpartum. That is why women historically had communities.
Postpartum care was never meant to be handled by a woman alone or placed entirely on the man.
This support system existed for a reason, and ignoring it while blaming men for not knowing what they have never experienced makes no sense.
Postpartum is new to both the woman and the man. Yet men are blamed for not knowing how to handle something they have never experienced and were never biologically meant to experience. Men are not women, and they are not doctors.
Expecting men to fully understand periods, hormonal changes, and postpartum recovery is unrealistic. This mindset…placing every emotional and physical struggle on men to fix…is one reason marriages fail.
Support does not mean total responsibility. When men are expected to know everything about a woman’s body, resentment grows and relationships break down.