@ThiruSe86670745@the_pillai@ShahHarlem This land welcomed you to Tanah Melayu.
As of 2024, your ethnic group only makes up 6% of the population, and yet there are still arguments about what Malaysians have supposedly given you.
@ThiruSe86670745@the_pillai@ShahHarlem When you come to someoneโs house, you should respect the host you donโt come to act like a king. When we talk about constitutional acts related to our race, even Tun Sambanthan said thereโs no other country in the world that would so openly accept others the way we did.
TAN SRI KHALID IBRAHIM DALAM KENANGAN..
Masih aku teringat ketika Pak Syaikh PMX datang ke Adelaide, dia betul-betul memuji Tan Sri Khalid. Katanya,
โDi saat saya di dalam penjara, semua ahli korporat meninggalkan saya, kecuali Tan Sri Khalid. Dia datang menziarahi saya. Dia menjaga keluarga saya.โ
โDia boleh bersara, hidup senang, tetapi dia pilih untuk bersama-sama PKR. Isteri dia tak setuju pun. Tapi, dia pejuang.โ
Demikianlah lebih kurang kata-kata Pak Syaikh PMX ketika dia memuji Tan Sri Khalid.
Namun, ketika Tan Sri Khalid menjadi MB Selangor, katanya arwah tidak tolong orang parti. Hanya ikut merit. Ikut merit, orang Umno-lah dapat balik projek negeri. Diorang memang dah ada profil. Orang PKR baru nak mula berniga, mana ada pengalaman dan pengalaman. Cerita pegawa Nik Nazmi, Ahmad Ridhuan.
Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba Langkah Kajang dibuat. Rafizi menjadi tekong. Muhamad Harris Nasril pun dijemput untuk bersama. Ketika itu fitnah ke atas arwah telah mula dimainkan. Katanya arwah korup. Mereka hendak turunkan arwah, nak gantikan Pak Syaikh jadi MB.
Langkah Kajang gagal, Pak Syaikh tidak berjaya jadi MB Selangor. Sultan Selangor murka sampai tarik โdatoโ daripada Pak Syaikh. Selepas kegagalan Langkah Kajang, kegagalan menjadi Kak Zah menjadi MB Selangor, Azmin sailang tepi jadi MB. Bermulalah pula kisah kartel.
Arwah telah menyaman PKR dan meletakkan Saifuddin dan Pak Syaikh sebagai defenden. PKR mengaku salah dan memohon maaf. Arwah tarik saman, malas gaduh-gaduh. Kes selesai. Jadi, maksudnya segala fitnah terhap arwah Tan Sri Khalid adalah tidak benar.
Cumanya Dato Seri Rafizi telah buat hantaran memusingkan fakta kononnya mereka sama-sama minta maaf. Walhal, arwah balas permohonan maaf tu dengan ucapan maaf zahir batin mengambil semangat syawal. Arwah nak minta maaf apa pula? Bukan PKR buat saman balas pun.
Selepas segala-galanya selesai. Arwah Tan Sri Khalid dalam 1 pertemuan menceritakan kenapa PKR memecatnya.
Kata arwah,
"Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat.โ
"Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.โ
"Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar.โ
"Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik," katanya berseloroh.
Dakwaan arwah tidak dibantah dengan saman oleh Pak Syaikh. Makanya, secara teknikal ianya dianggap benar.
Kini arwah telah tiada. Kejayaan dan kecemerlangan dia mentadbir negeri Selangor diakui kawan dan lawan. Dia difitnah, dia melawan dan berjaya membuktikan dia bersih. Daripada seorang sahabat Pak Syaikh, menjadi mangsa kerakusan politik.
Semalam, ada penjilat politikus kata Dato Seri Rafizi diangkat Allah menjadi menteri. Logik ke Allah angkat orang macam tu? Entahlah..
Itu hari aku jumpa seorang saudara rapat arwah, dia kata,
โSotong tu makhluk paling keji. Dah mengaku salah fitnah Tan Sri, tapi dia tak padamkan pun fitnah-fitnah dia dekat arwah dalam blog. Aku harap dia kena balasan yang sangat dahsyat di dunia nanti.โ
Mungkin budak-budak yang lahir sekitar hujung 90an dan selepas itu tidak tahu siapa Tan Sri Khalid Ibrahim dan kisah Langkah Kajang. Hal itu telah menyebabkan pejuang-pejuang reformasi yang berintegriti meninggalkan sokongan terhadap laungan reformasi Pak Syaikh, Anwar Ibrahim.
Semoga Allah merahmati Tan Sri Khalid Ibrahim, bersama-sama dengan orang beriman di dunia sana.
;(