4 senaman ni patut ada dalam UKA Tentera Darat.
-Tire flip
-Sandbag lunges
-Ammo can farmers carry
-Weighted (pakai body armor) pull up
Keupayaan berlari amat penting untuk seorang askar tetapi strength training juga sama penting.
Need to rethink semula SOP team PGA SAR dengan bawa M16 masuk hutan. Alasan “itu standard infantri” macam tak praktikal sebab faktor mobiliti. Bawa P99 +10mags lagi sesuai for protection. Melainkan Combat SAR.
What do you all think?
Malaysia did not have dedicated mountain/high-altitude warfare unit but previously 22KDO was the primary GGK unit tasked to track down communist insurgents in the highlands of Titiwangsa range
2 LANGKAH BARU MODENKAN ATM
Kementerian Pertahanan Malaysia akan memulakan 2 langkah bagi meningkatkan pertahanan dan kebajikan ATM
Pertama. Menteri Pertahanan Malaysia Dato Seri Khaled Nordin mengumumkan akan meningkatkan jumlah tentera simpanan Tentera Darat daripada 30,000 kepada 50,000 orang dalam masa 7 tahun sehingga 2033. Ketika ini Tentera Darat Malaysia punyai 30,000 anggota simpanan. Ia bersamaan 6,000 anggota tentera setahun. Ia untuk mencapai 1:1 dengan anggota Tetap yang ketika ini sekitar 140,000 orang seluruh ATM supaya mempunyai kuasa tempur lebih kukuh dan berganda
Untuk tujuan ini. Tentera Darat akan fokus untuk penyertaan sukarela daripada rakyat biasa, terutama individu berkemahiran.
- Tiada had umur ketat. Yang penting mereka yang perlu sertai itu semangat patriotiknya tinggi, kesihatan yang baik, dan kemahiran yang relevan dan hebat. Ini Selaras dengan konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) dan Whole-of-Government & Whole-of-Society (WoGoS): Melibatkan seluruh masyarakat, bukan hanya ATM. Insentif dan kerjasama industri akan dijalankan membantu mereka yang menyertai anggota simpanan
Kedua. Kementerian Pertahanan mahu tubuhkan Rejimen Pakar Simpanan terdiri daripada individu berkemahiran tinggi dalam sektor kritikal dari luar anggota tentera
SEKTOR YANG DICADANGKAN
- Media dan penyiaran (untuk pengurusan maklumat, propaganda, dan komunikasi strategik semasa konflik).
- Petroleum dan gas (minyak & gas – penting untuk keselamatan tenaga dan logistik tentera).
- Kesihatan (perubatan tentera, sokongan kesihatan kecemasan).
- Geospatial (pemetaan, GIS, analisis ruang – berguna untuk operasi ketenteraan dan risikan).
- Keselamatan (mungkin termasuk cybersecurity, keselamatan fizikal, atau sektor kritikal lain seperti infrastruktur).
Ini supaya Tentera Malaysia dapat menuju ke hadapan dengan cepat dan kos lebih rendah. Kepakaran yang ditumpukan juga selari dengan peperangan semasa. Selain itu nak memastikan ATM bersiap sedia dengan Ancaman seperti perang maklumat (media/penyiaran), gangguan tenaga (petroleum/gas), serangan siber/infrastruktur (keselamatan/geospatial), atau pandemik/wabak (kesihatan) yang tak boleh ditangani tentera biasa sahaja.
→ Rejimen pakar bawa kepakaran mereka secara langsung ke medan perang dan menyiapkan ATM untuk semua jenis ancaman. Selain itu mahu mengajak rakyat untuk sertai misi mempertahankan negara bersama ATM
Langkah kedua ini akan Buka peluang kepada profesional (media, doktor, jurutera minyak, pakar IT) sertai sebagai sukarelawan untuk menyumbang kepada negara. Selain itu menyokong transformasi ATM ke arah "Angkatan Masa Hadapan" yang lebih berasaskan teknologi baru
Bila tengok Pemegang Mohor Besar Raja-Raja semalam, teringat yang dulu Beliau pernah tersalah sebut nama Raja Perlis dalam acara rasmi tahun 2019.
Tapi korang tengok lah cara dia minta maaf, penuh adab dan hikmah.
Semoga Allah panjangkan umur Tuanku Sultan Sultan Melayu