Hobi/Kreativiti: "Bosannya buat aktiviti yang sama je? Jom tengok hobi baru yang korang boleh cuba dan seronok gila!" ini hanyalah sekadar contoh untuk korang faham apa itu HOOK,nak tips apa lagi? comment kat bawah, bubyeee!
Dengan mengikuti tips ini, korang akan lebih mudah memilih topik yang sesuai dan menarik untuk audiens korang. Ingat, memahami audiens adalah kunci untuk menghasilkan konten yang berkesan! Kalau korang ada tips lain atau soalan, jangan malu, share je kat komen!
Konsisten: Pilih topik yang korang sendiri minat dan konsisten dengan mesej dan nilai yang korang ingin sampaikan.real perosonaliti korang akan menarik audiens yang betul dan setia.
Pantau Aktiviti Competitor: Tengok apa yang Competitor korang buat dan lihat apa yang berkesan untuk mereka. Jangan tiru bulat-bulat, tapi ambil inspirasi dan buat lebih baik!
Try And Error: Jangan takut untuk cuba pelbagai jenis konten video, korang kena try and error, Dan tengok content jenis macam mana yang audience korang suka. Jangan malu untuk tanya audiens korang secara langsung tentang apa yang mereka minat dengan content korang.
Analisis Konten yang Berjaya: Tengok balik konten yang sebelum ini mendapat banyak likes, komen, dan share. Analisis balik apa yang membuat konten tersebut berjaya dan cuba ulangi formula tersebut.
Gunakan platform Kata Kunci: Guna platform seperti Google Trends atau Keyword Planner untuk mencari kata kunci yang popular dan relevan. Ini membantu korang memahami apa yang orang cari berkaitan dengan niche korang.
Soalan dan Masalah Audiens: Tengok komen, mesej, atau soalan yang sering diajukan oleh audiens korang. Gunakan maklumat ini untuk buat konten yang menjawab soalan atau menyelesaikan masalah mereka.
Gunakan Topik yang Sedang Trending: Sentiasa peka dengan apa yang sedang trending di media sosial. Topik yang panas boleh menarik lebih banyak perhatian dan engagement.