DOSA PERIBADI vs DOSA NEGARA
Saya selalu percaya, when all fails in politics, tak tahu siapa nak percaya, sentiasa lihat ke atas. Pandanglah ke istana.
9 orang Raja2 Melayu kita adalah pengimbang kuasa.
Minggu ini sahaja Raja2 kita menegur dua orang MB muda. Parti mereka ada yang namakan mereka ini bakal jadi PM Malaysia.
Both pada saya belum cukup bersedia. Raja2 pun boleh nampak seolah bagi hint pada kita. Bagi yang berfikir boleh nampak signal.
Makanya, harus selalu kita rujuk Raja kita. Mereka lebih atas dari dunia politik negara.
****************
Pentaksub politik dangkal selalu mainkan naratif “Raja pun tak boleh pakai. Diaorg pun nak sakau, ada yang tersasar jauh dari Islam”.
Saya tengok yang membantai Raja tu pun, geng2 politik, kaya hasıl makan projek Kerajaan, jadi proksi pemimpin.
Hidup pemimpin politik tupun tak seIslamik mana. Ada cucunya penyokong LGBT, ada juga yang peluk anjing, Krismas pun disambut.
In hidden closet, is an open secret ada bekas PM, Menteri dan pemimpin politik kita juga fine dan dine. Dengan beer dan wine di tangan.
Dan lebih kurang sama dengan lifestyle Raja2 yang mereka bahankan.
Belum lagi cerita, keluarga mereka yang dah kaya raya 7 keturunan. Apa bisness pun tidak sepenuhnya didedahkan. Banyak yang park di luar negara.
Dah macam keluarga raja dulu kala. Lebih kurang sama.
*******************
Pada saya, dalam dunia politik dan kuasa, susah mencari pemimpin yang tiada dosa. Majoriti mesti ada. Tapi dosa jenis yang mana?
Ada pemimpin berserban, tak minum arak dan berjudi, tapi suka sebar fitnah dan mengeji. Pakej perangai gila seksual sekali. Adakah dia ini lebih baik dari yang minum arak tadi? Patutnya dua2 pun kita kira tak baik.
Susah nak jumpa pemimpin baik level Nik Aziz dan Paklah ya. Kalau ada pun macam Paklah tak lama bertahan. Akan dibaham.
Dalam memilih Lesser Evil/ Kurang Mudarat. Kita akan menilai semuanya.
Perlu nilai dosa peribadi vs dosa negara.
Yang mana lebih mudaratnya?
****************
Dalam konteks kekuasaan, dan dunia politik kita sekarang yang makin celaru, harapan kita perlu sandarkan ke Raja2 Melayu.
Mereka masih benteng terakhir kita.
Jangan termakan dakyah politik dangkal, nak buang Raja untuk Ayatollah berkuasa atau nak kita ada Presiden tunggal seperti Singapura.
Dalam politik, kita tidak memilih yang paling suci.
Kita memilih siapa yang paling kurang merosakkan negara.
Dan hari ini, dalam kekalutan politik,
benteng itu masih berdiri di Istana.
Benarlah prinsip Rukun Negara.
Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Dan semestinya bukan kepada parti
atau pemimpin berhala.
Daulat Tuanku!
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Dr.M ni sampai kiamat takkan mengaku pecahbelahkan UMNO dan kemudiannya bubarkan UMNO pada 1988.
Then dia tubuhkan UMNO Baru (pernah tertanya macamana nombor keahlian Dr.M tu #1?).
DNA UMNO Baru = Korupsi.
"Baru" digugurkan so orang lupa.
Macamlah kita tak buleh baca sejarah