TAJAAN BAJU SUKAN RASMI KONTINJEN MRSM GERIK
Baju Sukan kontinjen MRSM Gerik sedia ada kini telah berusia lebih 16 tahun. Bagi meningkatkan kembali imej dan semangat juang atlet wakil maktab,
pihak MRSM Gerik memohon sumbangan penajaan daripada Ansara Gerik.
Logo akan dipaparkan pada Set Baju Sukan ini nanti.
Ayuh bersama-sama kita bantu melengkapkan keperluan adik-adik maktab demi kelangsungan prestasi sukan MRSM Gerik!
Terima kasih atas sumbangan anda.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus kepada - 0165113434 Erzo
Kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah dan kita doakan supaya Cikgu Siti Meriam dimasuk dalam golongan orang-orang yang beruntung di sana.
Al-Fatihah.
Kredit poster dan gambar: @Saba_Alias#ansaragerik#mrsmgerik
Assalamualaikum semua.
Pada 29/1/2026, warga ANSARA Gerik digemparkan dengan berita pemergian seorang guru bernama Puan Siti Meriam Binti Abdullah atau lebih dikenali sebagai Cikgu Meriam/Cikgu Siti Merry, seorang guru subjek Sejarah di MRSM Taiping dan MRSM Gerik.
Dimaklumkan bahawa beliau meninggal dunia pada pukul 6.30 petang.
Selepas uruskan jenazah di Hospital Parit Buntar pada 30/1/2026, Cikgu Meriam disembahyangkan pada pukul 10 pagi dan diakhiri dengan urusan pengebumian di Kampung Padang, Gerik sekitar pukul 10.56 pagi.
Gerbang gah tersergam indah ini sedia menanti kepulangan anda ke Gerik
9 hari lagi untuk saat dan tika kita jejakkan kaki kembali ke Bukit Nasah!
#30YearsBukitNasah#JubliMutiaraMRSMGerik
Kali ni kita naik maktab lalu jalan landai. Cuma memori naik bukit ni pasti masih berada dalam ingatan.
10 hari lagi untuk kita pulang ke Bukit Nasah tercinta!
Min scroll pulak group Facebook AnSaRa Gerik. Eh terjumpa pula gambar tahun 1995 masa hari raya Aidiladha. Meriah juga eh time ni. Min pun kat alam roh lagi๐.
Mana batch '95? Like sikit.