Finally, setelah 3 bulan terabai 😂 renew Lesen Memandu online jer sekarang gais 😂
1. Masuk je web; .public.jpj.gov.my (buang . dulu depan public tu, X ni tak bagi letak link website JPJ)
2. Login pakai ic and password yang korang dah register kt apps MYJPJ
3. Pergi ke Lesen Memandu
4. Pergi ke Pembaharuan Lesen Memandu
5. Jenis Lesen pilih - Lesen Memandu Kompeten, tempoh tu korang pilih la untuk berapa tahun.
6. Pastu akan ada keluar jumlah berapa korang perlu bayar dan payment online macam biasa.
Takyah dah pergi JPJ nak renew lesen, tapi kalau nak perbaharui gambar baru, kena pergi JPJ la. Okay itu saja. Senang jer 🫶🏻
P/s : Wajib install apps MYJPJ dulu yaa
Credit : FB Ezah Majidi
Jom recap HAK PEKERJA sebab masih ramai DM tanya:
1. Waktu bekerja seminggu MAKSIMUM 45 jam (Termasuk waktu rehat) Tak kira kerja 12 jam, shift siang/malam.
2. Terima gaji paling lewat 7 hari selepas hari gaji.
3. MC berbayar termasuk kuarantin Covid19.
4. Disuruh resign tapi majikan kena bayar pampasan yang setimpal.
5. AL berbayar.
6. Gaji rugi notis untuk yang berkhidmat <2 tahun adalah sebulan, 2 tahun ke 5 tahun adalah 2 bulan dan kalau >5 tahun adalah 3 bulan.
7. Cuti bersalin 98 hari tak kira tangga gaji dan tak kisah melalui perkahwinan sah atau tak.
8. Pekerja Wanita tak boleh kerja dari 10 malam - 5 pagi bagi sektor pertanian/perusahaan.
9. OT berbayar.
- Kerja hari biasa 1.5x/perjam
- Kerja hari cuti biasa 2x/perjam
- Kerja Hari Kelepasan Am 3x/perjam
10. Gaji minimum RM1,500 bagi bilangan pekerja >5 orang.
Jom check gaji jawatan korang ikut harga market sekarang. Mana tahu underpaid: https://t.co/CT53kRuMvT
Dah nak masuk 2024 dah ni, hak korang sebagai pekerja pun taknak amik tahu. ACANE
Takutnya tengok. Akak ni tunjuk satu2 apa yang berlaku malam banjir di Hulu Langat tu.
What a scary experience. Moga dipermudahkan untuk keluarga akak ni dan mangsa-mangsa banjir lain 🥺
Credit: Facebook Hayaatie Yatt
Masih ingat Moratorium (Penangguhan Bayaran) yang Muhyiddin umumkan bulan lepas?
Tiba-tiba tadi BNM kata kena bayar juga?
Apa benda ni?
ini thread untuk kita semua