Sekali lagi dengan penuh rendah diri, saya merayu kepada rakan-rakan serta keluarga dari ATM dan PDRM yang akan tunai tanggungjawab selaku pengundi awal esok untuk memberikan dukungan kepada calon-calon HARAPAN.
Kepada Allah SWT kita berserah.
#KekalHARAPAN#UndiHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
Ramai juga yang tanya, โPMX, ada tak tiket MADANI?โ ๐
Insya-Allah kita usahakan. Tapi jangan minta duduk depan starting grid atau paddock. ๐
Tak kira la duduk dekat mana, yang penting kita sama-sama dapat tengok Formula 1 di Sepang. ๐๏ธ๐๐ฒ๐พ
Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.
Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.
Kepada Allah SWT kita berserah.
โ...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Maโidah: 2)
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Alhamdulillah. Menghadiri Majlis Penutup Konvensyen Wakaf Dakwah Antarabangsa 2026 bersama Premier Sarawak merangkap Yang Dipertua PERKIM, saya menzahirkan penghargaan atas usaha berterusan memperkasa gerakan dakwah yang membawa nilai kasih sayang, ilmu dan kemanusiaan sejagat.
Mesej saya antaranya mengingatkan semua bahawa kita tidak boleh berundur daripada perubahan. Setelah berdekad-dekad berlalu, pendekatan dakwah perlu terus diperkasa agar kekal dekat dengan masyarakat dan mampu menjawab cabaran semasa dan mesti disampaikan dengan kebijaksanaan, penuh hikmah serta memanfaatkan kemajuan teknologi sebagai wahana menyebarkan mesej kebaikan, rahmah dan nilai kemanusiaan.
Dalam dunia yang berdepan pelbagai cabaran, pendekatan dakwah yang berhikmah, inklusif dan berteraskan nilai murni amat penting agar Islam terus dizahirkan sebagai agama yang membawa kedamaian, keadilan dan kesejahteraan.
Semoga segala usaha wakaf dan gerakan dakwah ini terus berkembang, menjadi amal jariah yang memberi manfaat kepada umat serta menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak dan penyayang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
Dalam soal Tabung Haji, pendirian saya jelas bahawa setiap tindakan hendaklah berasaskan undang-undang, fakta dan proses yang betul. Tiada siapa boleh mengatasi prinsip kedaulatan undang-undang, termasuk saya sendiri.
Apa jua keputusan yang dibuat nanti, matlamatnya adalah memastikan amanah rakyat dipelihara dengan penuh tanggungjawab, ketelusan dan integriti.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
Saya mengikuti perkembangan berkaitan sekumpulan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Kuala Lumpur.
Malaysia ialah sebuah negara yang berdaulat. Justeru, setiap individu yang berada di negara ini wajib mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.
Saya telah mengarahkan PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia serta semua agensi berkaitan mengambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang bagi mengawal keadaan dan memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.
Mana-mana individu yang didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau permit yang sah akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang, termasuk ditempatkan di Depot Imigresen sementara proses selanjutnya dilaksanakan.
Saya seterusnya luang waktu bersama-sama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan di Lukut, Port Dickson.
Saya titipkan pesanan bahawa amanah memimpin bukanlah ruang untuk mengejar kemewahan atau terpukau dengan godaan kuasa dan kekayaan yang akhirnya menjerat sehingga melahirkan budaya sakau-menyakau.
Keutamaan kita adalah untuk terus membina kepimpinan yang berintegriti, mengangkat tatakelola yang baik, menjunjung prinsip bersih dan telus, serta kekal tawaduk dalam menggalas amanah berkhidmat kepada rakyat.
Saya turut menekankan bahawa sinergi yang kukuh antara JPKK dan pimpinan negeri amat penting bagi memastikan setiap dasar serta ikhtiar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.
Mudah-mudahan segala ikhtiar baik yang telah dimulakan akan terus diperkukuh demi menjamin masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur, sejahtera dan berdaya saing, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Alhamdulillah, saya dan Azizah berkesempatan bersama-sama keluarga besar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Syed Sirajuddin, Gemas.
Saya tekankan bahawa keamanan negara yang kita kecapi hari ini lahir daripada pengorbanan yang tidak pernah terhenti oleh warga Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta seluruh pasukan keselamatan. Jasa dan pengorbanan merekalah yang menjadi asas kepada kestabilan, kemakmuran serta keyakinan dunia terhadap Malaysia.
Dalam negara yang majmuk, Perlembagaan Persekutuan kekal menjadi asas perpaduan dengan menjamin kedudukan Islam, hak orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu serta institusi Raja-Raja Melayu. Inilah asas yang wajib terus kita pertahankan demi masa depan negara.
Saya mengingatkan agar kita tidak sesekali membiarkan fitnah, kebencian atau sentimen yang memecah-belahkan rakyat mengatasi semangat kebersamaan yang sekian lama menjadi kekuatan Malaysia.
Marilah kita terus pertahan kestabilan, memperkukuh perpaduan dan memastikan usaha membangunkan negara dapat diteruskan demi mewariskan sebuah Malaysia yang aman, bersatu, makmur serta dihormati kepada generasi mendatang.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Meninjau beberapa unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Markas Garison Gemas, Kem Syed Sirajuddin, Gemas yang sedang jalani kerja-kerja senggaraan.
Kerja-kerja baik pulih meliputi pembaikan kemudahan asas sedang dijalankan, dan ini penting bagi memastikan anggota dan keluarga mereka dapat mendiami rumah yang lebih selesa dan kondusif.
Kebajikan dan keselesaan keluarga Angkatan Tentera Malaysia akan terus menjadi keutamaan saya dan jentera MADANI.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#YakinMADANI
Hubungan akrab antara KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, dan Raja Bahrain, Raja Hamad bin Isa Al Khalifa telah membuka lembaran baharu dalam hubungan Malaysia dan Bahrain apabila negara kita dipilih sebagai tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix.
Saya menjunjung kasih atas kepimpinan, kebijaksanaan dan pandangan jauh Tuanku Agong dalam mencadangkan agar Malaysia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Bahrain berhubung penganjuran perlumbaan ini.
Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Raja Bahrain atas kepercayaan yang diberikan kepada Malaysia, yang kemudiannya dimuktamadkan menerusi perbincangan bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain.
Pemilihan Malaysia mencerminkan keyakinan dunia terhadap keamanan, kestabilan, kecekapan dan keupayaan negara kita. Semoga kerjasama ini terus memperkukuh persahabatan Malaysia dan Bahrain serta membawa manfaat kepada kedua-dua negara.
Daulat Tuanku!
๐ฒ๐พ๐ง๐ญ
#YakinMADANI
#F1
Sekitar kunjungan ke Pulau Pinang. Saya berpeluang bertemu anak-anak pelajar serta menyantuni usahawan dan pemain industri, termasuk meluncurkan ikhtiar meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam industri semikonduktor.
Insya-Allah semua usaha ini akan membuka lebih banyak ruang kepada bakat tempatan untuk mengisi sektor strategik yang akan mencorak masa depan ekonomi negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.
Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.
Kepada Allah SWT kita berserah.
โ...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Maโidah: 2)
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Tahniah Mohamad Aniq atas kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama kepada Malaysia di Glasgow! Seluruh negara berbangga dengan kejayaan saudara mengharumkan nama Malaysia.
Semoga detik bermakna ini membakar semangat atlet kita di Sukan Komanwel Glasgow untuk terus memburu kejayaan dan membawa pulang lebih banyak pingat. Doa seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjuangan kalian.
๐ฒ๐พ๐๏ธ
#kitasemuateamMAS
Had the opportunity to speak with His Royal Highness Prince Salman bin Hamad Al Khalifa, Crown Prince and Prime Minister of the Kingdom of Bahrain, as well as Stefano Domenicali, President and CEO of Formula 1.
I extend my deepest appreciation to His Royal Highness, as well as the Government and people of Bahrain, for the trust and confidence they have placed in Malaysia. We are honoured to support the Kingdom of Bahrain, Formula 1 and the FIA in hosting the Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix at Sepang International Circuit this year.
This collaboration is more than the staging of a world-class sporting event. It reflects the enduring friendship, mutual trust and close partnership between Malaysia and the Kingdom of Bahrain, while reaffirming Malaysiaโs readiness and capability to host major international events.
Malaysia stands ready to welcome Formula 1, the FIA, the teams and fans from around the world back to Sepang. We look forward to showcasing our world-class infrastructure, operational excellence and warm hospitality, while further strengthening the bonds between our two nations through this special occasion.
Dengan penuh rendah diri, saya merayu kepada rakan-rakan serta keluarga dari Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal untuk terus memberikan kepercayaan kepada calon-calon HARAPAN.
Setiap undi yang diberikan bukan sekadar menentukan hala tuju negeri, sebaliknya menjadi amanah yang perlu kami galas untuk terus memperkukuh kebajikan anggota keselamatan serta keluarga mereka.
Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, dan saya tidak pernah menganggap segala yang telah dilakukan itu sudah memadai. Namun, dengan sokongan dan mandat berterusan, Insya-Allah kami akan terus bekerja lebih kuat demi mengangkat martabat negara, membela kebajikan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan seluruh warga pasukan keselamatan.
Kepada Allah SWT kita berserah.
#KekalHARAPAN
#UndiHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
Saya dan Azizah berdukacita menerima berita nahas ini. Takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa, moga diberikan kekuatan dan ketabahan, manakala yang cedera dikurniakan kesembuhan segera.
Tragedi ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa keselamatan di jalan raya tidak boleh dipandang ringan.
Enam sahabat yang maut dalam kemalangan di Jalan Karak Lama di Bentong awal pagi tadi dikatakan keluar makan bersama selepas selesai menghadiri upacara sembahyang di Sungai Kawang bersama ahli keluarga.
https://t.co/kxomv4nOYC
Selesai meluangkan waktu bersama keluarga besar FELDA, saya ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan Citrawarna 2026, sebuah acara seni dan budaya yang menghimpunkan kepelbagaian tradisi serta warisan dari seluruh negara dalam satu pertunjukan penuh warna-warni.
Selepas kali terakhir dianjurkan tujuh tahun lalu, Kerajaan MADANI kembali menghidupkan Citrawarna bagi mempergiat usaha memelihara warisan budaya yang menjadi tunjang identiti negara, selain memperkenalkan keunikan Malaysia kepada dunia bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Teruja menyaksikan persembahan dari setiap negeri yang dibawakan dengan penuh semangat, termasuk randai dan tari piring, zapin dan samrah, dondang sayang serta tarian canggung. Setiap persembahan bukan sahaja menghiburkan, malah mengangkat sejarah dan kisah di sebalik seni tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun.
Lebih menggembirakan apabila acara yang berakar pada sejarah dan identiti kita ini berjaya menghimpunkan rakyat pelbagai kaum untuk bersama-sama menikmati keindahan budaya Malaysia, sekali gus menyuburkan rasa saling menghargai dan memperkukuh semangat perpaduan.
Semoga lebih banyak acara yang mengetengahkan kekayaan seni, budaya dan warisan negara terus diraikan serta mendapat dukungan semua pihak, termasuk sektor swasta agar khazanah ini terus hidup dan diwarisi generasi mendatang.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#Citrawarna2026
#VisitMalaysia2026
Tiba ke ibu negara usai berakhir acara-acara di Pulau Pinang, dan langsung ke Jalan Semarak untuk bersama anak-anak perantau dan seluruh keluarga besar FELDA yang berhimpun sempena 70 Tahun FELDA. Seronok dapat bertemu, bersalaman dan berbual santai dengan mereka yang datang dari pelbagai pelosok tanah air.
Pertemuan secara santai pada malam ini terasa seperti pertemuan sebuah keluarga besar, dapat berkongsi mendengar kisah, pengalaman serta harapan mereka untuk masa depan FELDA.
Dalam pertemuan ini, saya memaklumkan komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan segera tujuh perkara yang diumumkan pada Sambutan Hari Peneroka tempoh hari, dan kemajuannya mesti dilaporkan setiap bulan.
Keutamaan ketika ini termasuk pembinaan perumahan Generasi Kedua, serta isu bekalan elektrik dan air. Bekalan elektrik sedang disegerakan, manakala penyelesaian isu air akan terus diselaraskan bersama kerajaan negeri, termasuk dengan bantuan Kementerian Kewangan jika diperlukan. Pindaan Akta FELDA juga akan dipercepat, dan saya telah arahkan supaya ia dibentangkan di Parlimen sebelum akhir tahun ini.
FELDA pernah menjadi antara model pembangunan luar bandar terbaik di dunia. Amanah ini akan kita pikul dan pelihara dengan integriti, tatakelola yang baik serta penuh tanggungjawab demi masa depan peneroka dan generasi FELDA seterusnya, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.
Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.
Kepada Allah SWT kita berserah.
โ...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Maโidah: 2)
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
Mengakhiri kunjungan ke Pulau Pinang dengan merasmikan pembukaan semula Fort Cornwallis, yang memberi makna mendalam bukan sahaja kepada rakyat Pulau Pinang, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia. Usaha memulihara warisan seperti Fort Cornwallis bukan sekadar mengindahkan sebuah kota, tetapi mengembalikan sejarah yang membentuk negara ini.
Seperti diungkapkan Mark Twain, sebuah kota boleh maju dan moden, tetapi akan menjadi gersang jika kehilangan budaya. Kerana itu pembangunan harus berjalan seiring dengan usaha memelihara warisan serta memahami sejarah yang membentuk jati diri negara.
Kita tidak memulihara Fort Cornwallis untuk mengagungkan penjajahan. Sebaliknya, kita memeliharanya supaya generasi hari ini memahami bahawa suatu ketika dahulu, nasib negara pernah ditentukan oleh kuasa asing, bukan oleh rakyatnya sendiri. Sejarah yang pahit dan getir ini harus menjadi pengajaran agar kita tidak mengulanginya.
We must not erase history, nor deny historical facts. But our history must not be dictated by the narrative of our former colonial masters. It must be reclaimed and reconstructed by our own people, to give meaning to the sacrifices, suffering and devotion that shaped this nation, and to make it relevant to our society and our future.
Pengajaran sejarah itu cukup jelas. Tanpa perpaduan, pembangunan, keamanan dan kekuatan pertahanan, orang lain akan menentukan nasib kita. Sebab itu kita harus membina kekuatan dalaman melalui kesatuan dan semangat perpaduan semua kaum, dengan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan sempit perkauman dan pelampau agama.
Sejak awal pembentukan negara, para pemimpin terdahulu memahami hakikat bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang rencam. Justeru Tunku Abdul Rahman memilih moto โBersekutu Bertambah Mutuโ, kerana hanya dengan bersatu kita mampu mengangkat mutu dan martabat negara serta menjamin keadilan untuk setiap rakyat.
Semoga Fort Cornwallis terus menjadi ruang untuk generasi muda memahami harga sebuah perpaduan, harga negara yang bebas dan merdeka, serta bencana apabila kita dijajah. Sejarah bukan sekadar tinggalan batu-bata atau rentetan peristiwa, tetapi coretan pengalaman yang harus mendidik kita tentang tanggungjawab mempertahankan keamanan, kemerdekaan dan masa depan negara.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI