Kadang hidup ini terlalu banyak episod yang tak kita faham.
Baru nak rasa tenang, datang pula ujian. Baru nak sembuh, datang lagi kecewa.
Sampai satu tahap, kita penat untuk bercerita dan mula belajar memendam semuanya sendiri.
Tapi dibalik semua yang berlaku, hidup ini sebenarnya sedang mengajar kita bahawa manusia boleh jatuh berkali-kali ; dan tetap mampu bangun walaupun hati retak sana sini.