PENEMUAN BERSEJARAH DI MALAYSIA!
Buat julung kalinya, bukti fosil gajah purba Stegodon telah ditemui di Semenanjung Malaysia!
Satu pasukan penyelidik dari Jabatan Geologi Universiti Malaya, Naturalis (Belanda) dan Macquarie University (Australia) telah menemui fosil gigi susu Stegodon. Penemuan luar biasa ini dibuat ditemui di sebuah gua batu kapur di yang terletak di Gopeng, Perak.
Mengapa Penemuan Ini Sangat Penting?
โณ Usia Purba: Kajian saintifik menggunakan kaedah pentarikhan pIR-IRSL dan U-series menganggarkan fosil ini berusia antara 199,000 hingga 233,000 tahun dahulu! Ini meletakkannya dalam zaman Pleistosen Tengah Akhir.
๐ฌ Teknologi Canggih: Fosil itu ditemui terbenam separa pada dinding gua. Penyelidik menggunakan imbasan micro-CT (ยตCT) untuk mengkaji dan membina semula model 3D gigi tersebut tanpa perlu mengeluarkannya dari dinding gua batu kapur batu breksia
๐งฌ Ciri-ciri Unik: Gigi (dikenali sebagai PRK_SC_P.01) ini menunjukkan beberapa perbezaan saiz dan morfologi berbanding spesies Stegodon lain yang ditemui di rantau ini (seperti S. orientalis dan S. trigonocephalus).
Penemuan ini memberi gambaran baharu bahawa kawasan tropika Asia Tenggara suatu ketika dahulu menjadi habitat utama mamalia besar.
Satu lagi penemuan bertaraf dunia dari bumi Malaysia! Tahniah kepada semua penyelidik yang terlibat! ๐ฒ๐พ
Rujukan :
Amiruddin, Amir Hakim, Lim, Tze Tshen, van der Geer, Alexandra, Westaway, Kira E., Hongwei, Chiang, Smith, Ru,
Hasnan, Hijaz K., Ibrahim, Norliza, Razak, Mohd Azmi Abdul, Nguyen, Thi Mai Huong, Nguyen, Anh Tuan, and Muhammad, Ros
Fatihah. 2025. The first late middle Pleistocene Stegodon (Proboscidea, Stegodontidae) evidence found in Peninsular Malaysia.
Palaeontologia Electronica, 28(3):a43.
https://t.co/I3hxnj5TbD
Pautan ke kertas kajian https://t.co/McT9RHaa5A
Sebenarnya kalau korang nak tahu
Semua 3 Kuasa Besar Dunia ada Dosa masing masing
US- Sokong Israel. Bagi senjata kat Israel bunuh orang Gaza. Bunuh ramai orang Islam Afghanistan dan Iraq. Serta jenayah perang lain lain di berbagai negara.
China- Nak ambik kawasan ZEE Sarawak milik Malaysia jadi milik dia. Pemusnahan Etnik Uyghur Islam di Xinjiang.
Rusia- Membunuh dan Menzalimi ramai Kaum Tatar Islam di Crimea dan Kaum Chechnya Islam di Rusia. Menyokong Presiden Bashar Assad Membunuh ramai rakyat Sunni Syria. Membunuh 43 rakyat Malaysia dalam Kes MH17.
Sebab tu dalam menilai Geopolitik ni kan. Bersederhana dalam menyokong.
Hanya kerana US buat hal bangang dekat Gaza. Tak semestinya kita kena over gila Sokong China atau Rusia. Diorang ada dosa diorang. US ada bangang dia. China ada Bangang dia Rusia ada bangang dia. Cuma US ni dia lebih bangang sebab dia sokong benda jahat yang memang terang terangan berlaku di mata dunia.
Setiap apa yang dilakukan Malaysia ada kepentingannya. Kita tak boleh menumbuk tapi kita boleh mengatur langkah
Kita tak boleh lawan mereka secara berhadapan. Tapi akan ada kepentingan bersama di mana kita boleh bergantung kepada salah satu dari 3 kuasa besar ini untuk kepentingan Malaysia. Kalau US buat hal. Kita ada China. Kalau China buat hal kita ada US. Kalau China dan US buat hal kita ada Rusia.
Senang cerita Malaysia Negara Kecik kena pandai main 3 Kolam
Malaysia kena Kuatkan Ekonomi dan Teknologi. InsyaAllah suatu masa kita boleh lakukan lebih dari apa kita lakukan sekarang. Tapi buat masa skrg. Kita lakukan apa yang termampu