Bulan pertama perkahwinan disulami dengan kebahagiaan. Mana tidaknya, baru berkahwin dengan pilihan hati.
Tapi, jangan disangka semuanya akan berjalan secara automatik menuju kebahagiaan.
Ada perkara yang kena setup secara manual dalam bulan pertama…
Benar lah, istiqāmah seseorang itu lebih besar berbanding 1000 karāmah.
Saya tak terkejut melihat harga rakaman pengajian tersebut, tapi saya sangatlah taʿajub dengan kesungguhan Baba Eil yang mampu khatam membaca syaraḥ ḥadīth empat buah jilid, gaya pondok, selama 24 tahun.
Betapa hebatnya perancangan Allah - Firaun takut akan kedatangan org yg akan jatuhkan dia, arahkan semua bayi lelaki dibunuh.
Ibu kpd Musa a.s. risau akan keselamatan anaknya, hanyutkan bayi yang baru lahir itu di atas sungai.
TAHAJJUD-LAH (06)
Lima (5) Tips Mudah Bangun Tahajjud, Insya-Allah.
(1) Jangan buat perkara tidak elok dan makan terlalu kenyang pada waktu malam.
(2) Niat mesti kuat dan bertekad untuk bangun pada waktu yang ditetapkan. Doa pada Allah untuk bantu.
Alhamdulillah. Suasana orang ramai memenuhi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad menunaikan solat Subuh berjemaah pagi tadi sebelum menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka. Pelihara hubungan dengan Allah setiap masa, itu erti merdeka yang hakiki.
Hari Jumaat nan mulia dan hujan renyai membasahi bumi, marilah kita perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita beroleh syafaat baginda SAW di akhirat nanti.
Setiap anak-anak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Jangan sama sekali bandingkan anak kita dengan anak orang lain atau sesama adik-beradik, itulah kunci kebahagiaan utama dalam mendidik.
Tentang Keberanian.
Ramai orang pada hari ini berbicara tentang keberanian.
Tetapi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan keberanian?
Adakah berani itu dengan berani bergaduh atau berkelahi?
Atau berani itu dengan menjadi tentera dan bertempur di medan perang?
Anak saya dah 3 tahun lebih dan sepanjang lihat dia membesar, antara perkara yang dibuat nampaknya efektif untuk dia dengar cakap:
1. Berikan 2 pilihan apabila nak pilih sesuatu. Contohnya:
Nak mandi ke? ❌
Nak mandi air sejuk ke air suam? ✅
Berabad lamanya ditinggalkan
Tidak pernah bersua muka, jauh sekali bertatap mata
Tapi peribadi baginda selalu menjadi buah mulut para pencinta
Mencintai insan yang lain, boleh jadi berakhir dengan kecewa. Tapi mencintai Nabi, sudah pasti akan menemui bahagia.
Sollu Alan Nabiy