Alhamdulillah, bulan 9 yg lalu kami tlah selamat menunaikan Umrah. Biasanya, saya akan menulis travelog tempat2 yg saya pergi. Tapi kali ini, saya mnulis siri tips di blog sbagai rujukan bagi mereka yg baru kali pertama nk mnunaikan umrah. Jemput baca ; https://t.co/4gE89wmKD9
Sejak RTM siarkan Piala Dunia, ada saja suara yg tak senang dengan siaran mereka. Buat pra-rancangan dlm BM pun jadi isu, letak logo RTM masa perlawanan pun sama.
Terkadang, rasa mcm Malaysia ni tak berhak nikmati benda baik. Puncanya kerana tak bersyukur. Ada tu layan saja la
Walaupun Tuchel dan Ancelotti dedua ex coach Chelsea, tapi aku tak support dan tak rasa England dan Brazil boleh pergi jauh World Cup 2026 ni. Siapa suruh tak panggil Cole Palmer, Joao Pedro, Estevao. 😗 #worldcup#wc#brazil#england
Dah berapa kali asyik kena game. Aku kalau dah commit, akan make sure buat jugak, tak kisah la ada perubahan last minute pun. Aku lagi sanggup aku yang susah, sebab dah bagi harapan kat orang.
CNBC Indonesia laporkan Ringgit Malaysia kini matawang terkuat Asia.
Alhamdulillah, walau dunia dilanda konflik dan harga minyak tidak menentu, negara kita masih di landasan ekonomi yang tepat.
Nota - CNBC adalah media arus perdana di Indonesia, bukan macam Siakap Keli.
Sia-sia belajar universiti kalau bengap begini.
Nak tengok kucar kacir sekarang tak payah terbang jauh, cukup ke Thailand dan Indonesia.
Negara maju seperti Jepun dan Korea Selatan pun terkesan teruk.
Datang UmnoSiswa : ehh janji lain. Lain macam punya bebal.
Kalau aku jadi PM, elok aku tarik je subsidi terus. Bebaloi jugak kena maki. Ini subsidi maintain cuma kurangkan kapasiti liter je pun, tapi ada jugak yang memekak tak paham la aku. Kalau kena tempias perang macam ni pun tak boleh bersatu kejap, mampus la kalau perang.
Media sosial ni, cara penggunaannya mudah. Kalau kau like, kau like, kalau tak, kau swipe. Tak perlu nak serabut. Sesungguhnya dunia maya ini penuh kepalsuan dan manusia yang fake dan insecure.
America killed Bin Laden, what did it offer the people of Afghanistan afterward?
America killed Saddam Hussein, what did it offer the people of Iraq afterward?
America killed Yasser Arafat, what did it offer the people of Palestine afterward?
America killed Muammar Gaddafi, what did it offer the people of Libya afterward?
America killed Ali Abdullah Saleh, what did it offer the people of Yemen afterward?
America overthrew Bashar al-Assad, what did it offer the people of Syria afterward?
America arrested Nicolás Maduro, what did it offer the people of Venezuela?
America cannot be trusted; it is merely a colonial power exploiting peoples and resources.
PN jadi kerajaan, takde isu perkauman.
Kita tahu dalang isu perkauman ni siapa. Kita tahu siapa kuat simbah minyak. Kita tahu...
Masa dia tak jadi kerajaan, kempen BMF kaw-kaw.
Bila jadi kerajaan, BMF? Apa tu? 😂
K-Netz Jadi Trending, Tercetus ‘Perang Siber’ Antara Netizen Asia Tenggara Dan Korea Selatan
KUALA LUMPUR – Satu pertembungan hangat di platform X tercetus antara netizen Asia Tenggara yang digelar “SEAbilings” dan netizen Korea Selatan atau “K-Netz”, sehingga menjadikan istilah Knetz trending sejak beberapa hari lalu.
Memetik laporan portal https://t.co/ERqAqAZvh5, konflik itu dipercayai bermula selepas seorang artis K-pop dari Korea Selatan mengadakan konsert di Malaysia baru-baru ini.
Menurut satu akaun di X, dalam dunia K-pop terdapat istilah “fansite”, iaitu peminat yang mengambil gambar artis di konsert, acara tandatangan dan aktiviti lain sebelum memuat naiknya secara dalam talian.
Difahamkan, ramai pengendali fansite dari Korea hadir ke Malaysia untuk merakam persembahan tersebut.
Bagaimanapun, timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton tempatan apabila sebahagian fansite menggunakan kamera profesional bersaiz besar.
Tindakan mengangkat kamera ketika mengambil gambar didakwa telah menghalang pandangan penonton lain yang ingin menikmati konsert.
Walaupun dikatakan telah diberi teguran, isu tersebut terus berlarutan dan mencetuskan perdebatan di media sosial.
Kritikan terhadap tindakan berkenaan kemudiannya bertukar menjadi perang mulut antara kedua-dua pihak.
Keadaan menjadi lebih tegang apabila beberapa komen berbaur perkauman didakwa dilemparkan terhadap netizen Asia Tenggara.
Antara lain, wujud dakwaan bahawa individu tertentu membuat kenyataan menghina dari segi warna kulit dan latar belakang ekonomi.
Rentetan itu, netizen dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand dilihat bersatu mempertahankan diri dan menggunakan label “SEAbilings” sebagai simbol solidariti serantau.
Pertikaman lidah tersebut terus memuncak di X dengan pelbagai hantaran sindiran dan balas-membalas, sekali gus menjadikan istilah Knetz sebagai topik perbualan hangat.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak penganjur konsert atau artis terlibat berhubung kontroversi berkenaan.
Namun, insiden ini sekali lagi memperlihatkan bagaimana isu kecil di acara hiburan mampu mencetuskan gelombang besar di media sosial, khususnya apabila menyentuh sensitiviti kaum dan identiti serantau.
— Mynewshub