Kerja kita ni mana ada jaminan pun sebenarnya. Kita diikat mentaliti ada kerja tetap, stabil macam akan smooth sepanjang hidup. Padahal yang bagi rezeki ni Allah. Zaman COVID dah rasa kan.
Andai seseorang tahu betapa cepatnya ia dilupakan setelah kematiannya,
maka ia akan berhenti menyenangkan semua orang
dan akan fokus pada Rabb-nya saja.
- Ali bin Abi Thalib -
JANGAN BUKA AIB SENDIRI
Kata hukamaโ:
ุฅูุฐูุง ุงุจูุชููููุชูู ู ุจูุงููู ูุนูุงุตูู ููุงุณูุชูุชูุฑููุง
Maksudnya: "Apabila kamu diuji dengan maksiat, maka hendaklah kamu menutupnya (tidak menceritakan kepada orang lain).โ
Jangan bangga dengan dosa yang Allah telah tutup. Urusan dosa adalah antara hamba dengan Penciptanya.
Ramadan adalah waktu terbaik untuk memohon Maghfirah. Berdoalah di malam-malamnya agar Allah tidak hanya memaafkan, tetapi juga menghapus habis bekas dosa kita, agar kelak tidak menjadi aib di akhirat.
Jika awalnya kita lalai, maka perbaikilah pada penghujungnya. Akhir Ramadan nanti akan menjadi saksi kepada segala amalan kita. Pastikan penutupnya adalah yang terbaik. Lawan rasa malas dalam diri. Paksakan diri untuk beribadah kerana dari situlah lahirnya keikhlasan.
Malam terakhir sebelum 10 malam yang kita cintai akan tiba
ุงูููู ุฅูู ุนููู ูุฑูู ู ุชูุญุจ ุงูุนูู ูุฃุนูู ุนูุง
Ya Allah engkaulah Maha Pengampun yang Maha Pemurah, pencinta keampunan, maka ampunkanlah kami
Al Afuww bermaksud dipadamkan dosa dari catatan amal seolah olah tak pernah dibuat
Apa guna untung banyak jika hilang berkat?
Marketing boleh kreatif, tetapi jangan sampai melanggar syariat. Lelaki pakai pakaian wanita, wanita pakai pakaian lelaki demi kejar sales baju raya.
Ingat, Nabi ๏ทบ melaknat perbuatan menyerupai jantina yang berlainan. Jangan normalisasikan perkara yang mengundang murka Allah demi keuntungan.
Memijak al-Quran adalah perbuatan biadab yang tidak boleh diterima dalam mana-mana masyarakat bertamadun. Ia satu penghinaan terbuka terhadap agama. Undang-undang mesti bertindak tegas dalam perkara yang menyentuh kesucian Islam.