@meinmokhtar Jika betul kau asyik main hp dan tak bantu isteri buat kerja rumah. Memang punca masalah daripada kau. Jika kau nak selamatkan rumah tangga, berubahlah dan rujuk kaunselor.
@rabbaniahmad_ aku dulu belajar 300 sebulan daripada pinjaman, fama topup 200-300 itu masa 2003. Itu termasuk semua pembelanjaan. Kena pandai cari port makan murah. Jangan belanja gf atau bf. Tumpu belajar.
@meinmokhtar Nampak macam penceraian lagi mudahkan, sebenarnya silap. Jangan ambil jalan mudah, sebaiknya kau atasi bukan lari dari masalan, ini baru gentle. Kau yakin dengan penceraian akan selesai semua masalah kau. Ini sekadar pandangan, doakan yang terbaik buat anon.
@akhhariez_@Marchfoward Setuju, memang pelik macam mana boleh dapat mengurus pasukan besar. Dekat EPL pun tak setaraf Andoni Iraola atau oliver glasner.
@meinmokhtar Kena banyak bersabar bila dah berkahwin. Masa bercinta tidak sama. Yang penting ada tolak ansur dan saling percaya antara satu sama lain. Solat berjemaah dengan pasangan lebih kerap.
@meinmokhtar Kena tolak kos pengurusan dan pengebumian, hutang dan sebagainya baru boleh nak faraid. Jika anak tunggal yang layak 1/2 daripada jumlah harta kalau tak silap. Lebih baik rujuk amanah raya, peguam, pejabat tanah bagi urusan tuntutan harta.
@meinmokhtar Mana boleh nego. Sekarang ni gred 1 pun ramai yang ada ijazah. Kerja kerajaan sekarang mana ada skim pencen, carilah kerja swasta, dapatkan pengalaman, dan belajar benda baru. Selepas itu boleh lompat kerja jika ada tawaran yang baik.