SEATS DONT GOVERN, COALITIONS DO
The argument that “70% of parliamentary seats are Malay-majority, therefore Malays can never lose political power” sounds convincing, until you remember how parliamentary democracies actually function.
Seats don’t govern. Governments do. This is where James Chin’s maths is not mathing.
A Malay-majority constituency guarantees only one thing: the demographics of the electorate. It does not guarantee how an elected representative will negotiate after the election, whom they will form a coalition with, what policies they will support, or what compromises they will accept to remain in government.
Malaysia itself is the best case study.
The 2022 Malaysian general election produced a hung Parliament. No coalition won the 112 seats required to form a government. Although the overwhelming majority of MPs elected were Malays, the government was ultimately formed through post-election negotiations involving multiple coalitions. The decisive factor was not race, it was coalition arithmetic.
In other words, political leverage after polling day mattered more than ethnic demographics before polling day.
This is not unique to Malaysia.
In New Zealand, coalition partners with single-digit vote shares have repeatedly secured major cabinet portfolios. In Germany, junior coalition parties often shape national policy despite winning far fewer seats than the largest party.
Parliamentary systems reward leverage, not simply numbers.
Even within Malaysia, history demonstrates that demographic majorities do not always translate into unified political power.
At the 15th General Election, Malay votes were split primarily among Perikatan Nasional, Barisan Nasional, and Pakatan Harapan. Fragmentation meant that despite Malays constituting the majority of voters in many constituencies, no single Malay-based coalition commanded Parliament on its own.
That is exactly how influence becomes diluted, not because Malays become a demographic minority, but because political power becomes dispersed through competing parties and coalition bargaining.
This is basic political science which is exercised amongst others through, Coalition negotiations, Cabinet appointments, Legislative bargaining, Budget allocations, Constitutional amendments requiring supermajorities and also Confidence-and-supply agreements.
None of these are determined simply by the ethnic composition of constituencies.
Ironically, those shouting “Look at the 71% of seats!” are ignoring the only number that actually matters after an election:
112.
That is the minimum number of MPs needed to command the confidence of the Dewan Rakyat.
As for calling Tun Mahathir Mohamad racist, that is the easy argument because it avoids addressing the substance.
One may disagree with his conclusions or reject his political prescription entirely. But reducing his argument to “71% of seats means Malays can never lose power” shows how James is ignorant on how politics plays off.
James is simply confused between demographic security with political leverage.
Politics has never been about who has the biggest demographic on paper.
It has always been about who can assemble and sustain a governing majority after the votes are counted.
That is the concern Tun Mahathir was raising, not whether Malays would suddenly disappear demographically, but whether fragmented political representation and coalition dependency could gradually reduce the bargaining power of the Malay political bloc.
Whether one agrees with him or not, that argument deserves to be answered on its merits, not dismissed with a percentage that explains electoral geography but says very little about how governments are actually formed.
But anyhow James, whats wrong with Malays voting / supporting Malays? Havent other races been doing the same?
Tun Fiqa Mohammad
G13
https://t.co/wmviBMLfdU
*Penahanan Jorjet Myla: Luahan Hati Rakyat Bukan Jenayah*
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
(English version at the bottom)
1. Penahanan seorang pengguna media sosial, Jorjet Myla, yang sekadar meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Madani, bukanlah isu yang terpencil. Sebaliknya, ia membawa implikasi besar terhadap masa depan demokrasi negara.
2. Saya turut mengecam tindakan menahan seorang rakyat hanya kerana meluahkan pandangan kritikal terhadap kerajaan. Dalam negara demokrasi, perbezaan pandangan bukan ancaman - ia merupakan komponen penting dalam memastikan akauntabiliti dan keseimbangan kuasa.
3. Dalam sistem demokrasi yang matang, kritikan terhadap kerajaan bukan jenayah. Ia adalah asas kepada mekanisme semak dan imbang serta sumber legitimasi kepimpinan itu sendiri.
4. Namun apabila suara rakyat, walaupun dalam bentuk luahan emosi di platform digital, ditangani melalui penahanan di bawah undang-undang seperti Akta Hasutan 1948, satu persoalan besar timbul: adakah pendekatan ini mencerminkan keterbukaan demokrasi, atau kecenderungan untuk mengawal naratif?
5. Kita kini berada dalam era baharu di mana rakyat berkomunikasi secara langsung, spontan, dan tanpa penapisan melalui media sosial.
6. Menggunakan kerangka undang-undang lama yang suatu ketika dahulu ditentang habis-habisan oleh Perdana Menteri sendiri untuk mengawal realiti baharu ini bukan sahaja tidak lagi relevan, malah berisiko menghakis kepercayaan rakyat, mewujudkan ketakutan untuk bersuara, dan melemahkan kredibiliti institusi.
7. Lebih membimbangkan, tindakan seperti ini membentuk persepsi bahawa kritikan terhadap kerajaan semakin dianggap sebagai ancaman, bukannya sebagai maklum balas yang perlu diteliti secara terbuka.
8. Ini bukan soal mempertahankan individu. Ini soal mempertahankan prinsip yang menjadi asas kepada demokrasi itu sendiri.
9. Prinsip bahawa rakyat berhak bersuara, kerajaan wajib mendengar, dan undang-undang tidak boleh digunakan sebagai alat untuk membungkam perbezaan pandangan.
10. Jika kerajaan benar-benar komited kepada reformasi, maka ukuran sebenar bukanlah bagaimana ia bertindak ketika dipuji, tetapi bagaimana ia bertindak ketika dikritik.
11. Malaysia tidak memerlukan demokrasi yang hanya selesa dengan sokongan. Malaysia memerlukan demokrasi yang matang untuk menerima perbezaan pandangan, walaupun ia keras dan tidak menyenangkan.
12. Penahanan Jorjet Myla harus menjadi titik refleksi nasional. Hari ini mungkin seorang individu ditahan kerana bersuara, tetapi esok, ia boleh menjadi norma yang membungkam seluruh rakyat.
13. Isu sekarang bukan lagi tentang Jorjet Myla, tetapi tentang arah tuju pentadbiran negara yang secara perlahan-lahan menghakis ruang kebebasan rakyat.
Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
Artikel asal dalam dwi-bahasa (BM/English) di https://t.co/YygUx7MMLG
𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 - 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜
1.Pada satu masa dahulu Melayu bersatu melalui satu parti iaitu UMNO.
2.Mereka berjaya mengalah British.
3.Yang penting bukan UMNO tetapi perpaduan melalui UMNO.
4.Hari ini ramai yang berpendapat UMNO yang kalahkan British. Jadi parti boleh beri kemenangan.
5.Maka ditubuhlah beberapa parti. Ini memecahbelah orang Melayu. Mereka bersaing sesama mereka. Tidak mungkin ada antara mereka yang menang.
6.Mereka kalah. Negara tergadai.
7.Tanah Melayu sudah jadi tanah orang lain.
8.Siapa silap.
9.Yang silap ialah orang Melayu. Ini adalah perjuangan yang terakhir bagi orang Melayu.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
2 April 2026
Masalah hari ini bukan sekadar inflasi
Masalahnya:
beban dipindahkan dari kerajaan kepada rakyat
Tanpa perlindungan yang mencukupi
Ini bukan sekadar dasar ekonomi
Ini isu keadilan
Baca analisis penuh:
👉 https://t.co/6HEuTSi6Z5
#KosHidup#Inflasi#Malaysia
MENGAPA KITA MASIH BAYAR HARGA MINYAK MACAM NEGARA PENGIMPORT?
Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Namun, setiap kali krisis global berlaku (seperti konflik di Timur Tengah hari ini), rakyat yang terpaksa menanggung beban kenaikan harga bahan api, kos pengangkutan, dan harga makanan.
Persoalannya: Mengapa negara yang kaya dengan sumber sendiri gagal melindungi rakyatnya daripada kejutan luar?
Masalah sebenar bukanlah krisis global semata-mata, tetapi kegagalan struktur domestik yang telah lama dibiarkan tanpa pembetulan serius.
Tiga hakikat yang perlu kita terima:
1️⃣ Kita eksport minyak mentah, tetapi bergantung kepada import produk bertapis. Kapasiti penapisan domestik kita masih tidak mencukupi. Selagi kita bergantung kepada import bahan api bertapis, kita kekal sebagai “price taker”.
2️⃣ Paradoks dasar: Negara mendapat manfaat daripada harga minyak tinggi (hasil fiskal), tetapi rakyat menanggung kos di peringkat pengguna.
3️⃣ Pendekatan reaktif, bukan proaktif: Kerajaan masih bergantung kepada subsidi ad hoc jangka pendek. Kita belum ada Dana Penstabil Harga Minyak atau Doktrin Keselamatan Tenaga yang menyeluruh.
Akibatnya, setiap kali berlaku kejutan global, kita terperangkap dalam kitaran yang sama. Rakyat terus dihimpit tekanan kos sara hidup.
Ini mencerminkan kelemahan kepimpinan dan kerajaan MADANI dalam menterjemahkan realiti ekonomi global kepada perlindungan domestik yang berkesan. Krisis ini bukan lagi soal pilihan dasar, tetapi keperluan mendesak untuk reformasi struktur.
Kerajaan perlu berhenti bergantung kepada pendekatan subsidi sementara dan segera laksanakan:
✅ Penubuhan Dana Penstabil Harga Minyak
✅ Pengukuhan kapasiti penapisan domestik
✅ Pelaksanaan mekanisme harga yang benar-benar melindungi rakyat
✅ Pembentukan Doktrin Keselamatan Tenaga Nasional yang jelas
Tanpa langkah ini, krisis global akan terus menjadi alasan, dan rakyat akan terus menjadi mangsa kepada kegagalan dasar yang sama berulang kali.
Baca artikel penuh di pautan. Apakah pandangan anda? Kongsikan di ruangan komen. 👇
https://t.co/wcWtZZX0hL
“Apabila kitab suci dipijak dan gambarnya disebarkan kepada seluruh negara, rakyat tidak melihatnya sebagai kes biasa. Mereka melihatnya sebagai ujian kepada ketegasan negara mempertahankan maruah agama.”
*RAKYAT TUNTUT KETEGASAN DALAM ISU PIJAK QURAN*
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
1. Apabila al-Quran dipijak dan gambarnya disebarkan di media sosial, umat Islam di Malaysia bukan sekadar terasa hati. Mereka melihatnya sebagai satu penghinaan terbuka terhadap agama dan kitab suci yang menjadi asas keimanan mereka.
2. Pihak polis telah bertindak dan individu yang terlibat telah didakwa di mahkamah. Itu adalah langkah yang betul dan wajar dihargai.
3. Namun yang menimbulkan kekecewaan dalam kalangan sebahagian rakyat ialah nada beberapa kenyataan pemimpin kerajaan selepas insiden ini berlaku.
4. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta masyarakat agar tidak terlalu emosional dan turut dilaporkan menyifatkan reaksi sebahagian ummah yang terkesan dengan insiden ini sebagai “melalak”, satu istilah yang dirasai seolah-olah menambah luka kepada perasaan umat Islam yang sudah pun tersinggung dengan penghinaan terhadap kitab suci Quran.
5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan pula menekankan pendekatan pendidikan dan kesedaran.
6. Apabila kitab suci dipijak secara terbuka dan disebarkan secara kepada umum, adakah reaksi negara sepatutnya hanya berbentuk nasihat dan pendidikan?
7. Dalam masa yang sama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan supaya tindakan tegas berlandaskan undang-undang diambil terhadap perbuatan tersebut, sebagai isyarat jelas bahawa penghinaan terhadap agama tidak boleh dipandang ringan.
8. Titah ini mencerminkan kebimbangan yang turut dirasai oleh rakyat bahawa penghinaan terhadap agama tidak boleh dipandang ringan.
9. Saya berdiri bersama Sultan Pahang, ahli-ahli politik, NGO dan rakyat Malaysia yang menuntut supaya tindakan tegas diambil agar kes ini menjadi pengajaran dan teladan, supaya perbuatan seperti ini tidak berulang pada masa hadapan.
10. Ini bukan soal emosi.
11. Ini soal prinsip.
12. Malaysia adalah negara majmuk yang hanya boleh kekal aman jika setiap agama dihormati.
13. Jika penghinaan terhadap kitab suci dibiarkan atau ditangani dengan terlalu berhati-hati, ia akan memberi isyarat yang salah kepada masyarakat.
14. Rakyat tidak meminta tindakan di luar undang-undang.
15. Rakyat hanya mahu melihat undang-undang ditegakkan dengan tegas apabila maruah agama dihina.
16. Kerana keamanan negara ini tidak dibina atas sikap berdiam diri.
17. Ia dibina atas prinsip saling menghormati yang dipertahankan dengan tegas.
Salam hormat
Dr Armin Baniaz Pahamin
Facebook: https://t.co/rrVzyzgQds
Website: https://t.co/ZhlZnL1L2x
TikTok: https://t.co/rszI5sIJQY
DAP TERSUSUN, MELAYU BERGOLAK: SIAPA SEBENARNYA MENGURUS POLITIK NEGARA?
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
Politik Malaysia hari ini memperlihatkan satu ironi yang sukar dinafikan. Ketika parti-parti Melayu masih bergelut dengan konflik dalaman dan perebutan jawatan, DAP kelihatan lebih tersusun mempertahankan agenda penyokong mereka. Persoalannya bukan sekadar tentang DAP, tetapi siapa sebenarnya sedang mengurus politik negara dengan lebih strategik.
Pertelingkahan dalaman dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) wajar dihentikan segera. Kenyataan polemik yang dibawa ke ruang awam, termasuk oleh Ketua Penerangan BERSATU Dato Tun Faisal Ismail Aziz, bukan sahaja tidak membantu perkukuh kesepaduan politik Melayu, malah menjejaskan keyakinan akar umbi terhadap kematangan kepimpinan. Dalam keadaan kos sara hidup meningkat, ketidaktentuan ekonomi global dan PRU16 semakin menghampiri, politik jawatan tidak sepatutnya mengatasi tanggungjawab terhadap mandat rakyat.
Namun di tengah kekusutan ini, satu perkara jelas: DAP menunjukkan disiplin politik yang lebih tersusun. Pada akhir Februari 2026, Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa parti itu akan mengadakan persidangan kebangsaan pada 12 Julai 2026 bagi menentukan sama ada pemimpin DAP wajar terus memegang jawatan eksekutif dalam kerajaan atau melepaskannya. Keputusan ini dibuat selepas prestasi lemah dalam PRN Sabah pada 29 November 2025.
Beberapa bulan sebelumnya, pada 8 Disember 2025, penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mengemukakan surat kepada Perdana Menteri yang mengandungi sepuluh tuntutan bagi “memulihkan keyakinan rakyat”. Walaupun dibingkaikan sebagai reform tadbir urus, langkah ini menunjukkan bagaimana DAP menggunakan leverage politiknya dalam kerajaan untuk mempengaruhi hala tuju dasar.
Selepas rombakan kabinet Disember 2025, DAP mengekalkan beberapa portfolio penting dan memperluas penglibatan dalam pentadbiran. Tidak lama kemudian, cadangan kajian pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur diumumkan, manakala cadangan Urban Renewal Act (URA) turut mencetuskan perbahasan nasional berkaitan pembangunan semula bandar. Pada masa yang sama, isu pengiktirafan UEC kembali dibangkitkan sehingga menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong.
Perkembangan ini menunjukkan satu pola yang konsisten. DAP memperjuangkan agenda yang selari dengan pendirian tradisional parti dalam bidang pendidikan vernakular, reform pentadbiran bandar serta pendekatan kesamarataan kewarganegaraan.
Masalahnya bukan pada hak mana-mana komuniti. Masalahnya ialah bagaimana pendekatan tersebut berinteraksi dengan struktur perlembagaan Malaysia. Cadangan seperti pilihan raya Datuk Bandar dan pengiktirafan UEC menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sebahagian masyarakat Melayu kerana ia dilihat berpotensi mengubah keseimbangan politik bandar serta tafsiran terhadap kerangka konsosiasional yang berkait dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia sejak merdeka beroperasi dalam model konsosiasional iaitu satu keseimbangan antara kesamarataan kewarganegaraan dan pengiktirafan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera. Apabila keseimbangan ini dilihat berubah terlalu pantas, reaksi politik hampir pasti akan muncul.
Dalam masa yang sama, parti-parti Melayu kelihatan terperangkap dalam percaturan dalaman. Tanpa disiplin dan hala tuju yang jelas, ruang politik menjadi tidak seimbang. Ironinya, DAP kelihatan lebih tersusun mempertahankan kepentingan penyokongnya berbanding parti-parti Melayu mempertahankan agenda struktural Melayu dalam kerangka perlembagaan.
Politik tidak menghukum parti yang konsisten memperjuangkan penyokongnya. Politik menghukum parti yang gagal mempertahankan kepentingan penyokongnya sendiri.
Jika parti-parti Melayu tidak segera memperkukuh kesatuan strategik mereka, jurang persepsi akan terus melebar bukan kerana satu parti terlalu kuat, tetapi kerana yang lain gagal bersatu.
Salam hormat
Dr Armin Baniaz Pahamin
𝗠𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 | Siri 1 : Cerita Tun Dr Mahathir & Tun Dr Hasmah di Kolej Perubatan King Edward VII Singapura (Class of 1947)
𝘙𝘢𝘬𝘢𝘮𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘥𝘪𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘛𝘶𝘯 𝘋𝘳 𝘔𝘢𝘩𝘢𝘵𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘛𝘶𝘯 𝘋𝘳 𝘏𝘢𝘴𝘮𝘢𝘩 𝘬𝘦 𝘚𝘪𝘯𝘨𝘢𝘱𝘶𝘳𝘢 𝘱𝘢𝘥𝘢 21-23 𝘕𝘰𝘷𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2025
MADANI JANJI REFORMASI. MALAYSIA DAPAT KESTABILAN DENGAN KOS YANG MAHAL.
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
1. Kerajaan MADANI tidak terbentuk hasil kemenangan majoriti tunggal dalam Pilihan Raya Umum 2022. Pilihan raya tersebut menghasilkan Parlimen tergantung.
2. Kerajaan hanya dapat dibentuk selepas rundingan antara parti-parti politik serta pembentukan gabungan perpaduan yang akhirnya mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat ditubuhkan.
3. Ini bermakna pentadbiran baharu sejak awal lagi berdiri di atas asas kompromi politik dan keseimbangan gabungan, bukan mandat jelas daripada satu blok dominan.
4. Namun rakyat Malaysia pada 2022 tidak sekadar mengundi untuk melihat sistem kekal seperti biasa. Rakyat mengundi dengan harapan akan wujud perubahan sebenar.
5. Rakyat mahukan reformasi institusi, pembetulan ekonomi, serta pemulihan keyakinan terhadap tadbir urus negara selepas tempoh ketidakstabilan politik yang panjang.
6. Kerajaan MADANI tampil dengan naratif besar bahawa ia bukan sekadar mahu mentadbir, tetapi mampu memulihkan kekuatan institusi negara, memperbetulkan trajektori ekonomi dan mengembalikan maruah pentadbiran nasional.
7. Walaupun lahir daripada konfigurasi gabungan yang kompleks, ia tetap dipersembahkan sebagai titik perubahan yang kononnya akan menamatkan era ketidaktentuan politik Malaysia.
8. Lebih dua tahun kemudian, Malaysia memang memperoleh kestabilan politik.
9. Parlimen tidak lagi bergolak. Kerajaan tidak lagi tumbang secara “tebuk atap” setiap beberapa bulan. Kabinet kekal dan pentadbiran berjalan.
10. Kestabilan memang dicapai, tetapi kestabilan itu datang bersama harga struktur yang semakin jelas.
11. Dalam politik gabungan, kuasa tidak hilang secara dramatik.
12. Ia berpindah sedikit demi sedikit melalui kompromi yang kelihatan kecil tetapi membawa kesan besar kepada negara.
13. Pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sejak awal pentadbiran menjadi simbol paling nyata kepada kestabilan berasaskan kompromi kuasa.
14. Ketika pelantikan dibuat, beliau masih berdepan 47 pertuduhan mahkamah yang kemudiannya diberikan pelepasan tanpa pembebasan sebelum kes tersebut dihentikan sepenuhnya.
15. Dari sudut undang-undang, proses berjalan dalam kerangka sedia ada. Namun dari sudut politik, mesejnya jauh lebih besar.
16. Sebuah kerajaan yang dibina atas janji reformasi akhirnya bergantung kepada rakan kuasa yang dibayangi kontroversi undang-undang.
17. Rakyat menilai simbol lebih daripada dokumen mahkamah. Persepsi terbentuk melalui apa yang dilihat, bukan melalui penjelasan teknikal.
18. Di Malaysia Timur, kestabilan kerajaan pusat semakin berkait rapat dengan rundingan kuasa negeri. Rundingan bukan sekadar soal minyak atau gas, tetapi soal bagaimana kuasa ekonomi negara diagihkan dalam landskap politik yang rapuh.
19. Di Semenanjung, realiti pengurusan gabungan menuntut kerajaan menyesuaikan diri dengan pelbagai agenda rakan politik yang membawa kepentingan komuniti masing-masing.
20. Isu seperti pengiktirafan UEC, pilihan raya kerajaan tempatan, serta pelbagai tuntutan dasar dan peruntukan kewangan sering muncul sebagai bahan rundingan berterusan dalam kerajaan, khususnya oleh DAP.
21. Dalam masa yang sama, pertikaian berkaitan rumah ibadat, termasuk kuil Hindu di atas tanah persendirian atau tanah kerajaan, turut menjadi isu politik berulang yang menuntut penyelesaian dan perlindungan kepada komuniti terlibat.
22. Sebaliknya, masyarakat Melayu tidak menuntut apa-apa perkara atau keistimewaan baharu tetapi hanya mempertahankan kedudukan Bumiputera yang diperuntukkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, yang menurut persepsi mereka semakin terdedah kepada tafsiran baharu.
Bersambung.
https://t.co/ln9PW2Xj4O
Pelantikan Dr Samsuri Isyarat Kepimpinan Generasi Baharu Untuk Malaysia
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
Tahniah kepada Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.
Dalam politik, ada pelantikan yang sekadar perubahan organisasi, dan ada pelantikan yang memberi isyarat arah masa depan negara. Pelantikan ini jelas membawa makna yang lebih besar.
Malaysia hari ini tidak kekurangan ahli politik. Namun negara amat memerlukan pemimpin yang benar-benar mempunyai keupayaan mentadbir, memahami disiplin ekonomi, memulihkan keyakinan institusi dan membawa hala tuju pembangunan strategik yang jelas.
Dr Samsuri datang daripada latar teknokrat. Beliau seorang jurutera aeroangkasa, ahli akademik dan pentadbir negeri yang telah membuktikan keupayaan mengurus kerajaan secara stabil. Rekod pentadbiran sebegini amat diperlukan dalam fasa negara yang menuntut kepimpinan berasaskan kompetensi sebenar, bukan sekadar retorik politik.
Apabila seorang negarawan berpengalaman seperti Tun Dr Mahathir Mohamad melihat potensi kepimpinan beliau di peringkat nasional, ia bukan sekadar pujian biasa, tetapi satu penilaian yang lahir daripada pengalaman panjang membina negara dan menilai siapa yang benar-benar mampu memimpin dalam keadaan mencabar.
Malaysia memerlukan kepimpinan generasi baharu yang berintegriti, berdisiplin dan berorientasikan penyelesaian. Saya merakam sokongan terhadap kepimpinan Dr Sam dan berharap amanah ini menjadi langkah penting dalam memperkukuh masa depan negara.
Dalam masa yang sama, saya juga merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas jasa dan kepimpinan beliau selama ini, serta mendoakan beliau terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menyumbang kepada negara.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah.
Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
SIAPA PERTAHANKAN WILAYAH MALAYSIA? Kedaulatan Negara Diukur Melalui Rekod, Bukan Ucapan
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
“Kita selalu dengar slogan tentang patriotisme, kedaulatan dan kepentingan negara. Tetapi jarang kita lihat rekod sebenar sejak merdeka, di bawah pentadbiran siapa Malaysia memperkukuh wilayah, di bawah siapa pertikaian ditutup, dan bagaimana keputusan-keputusan itu memberi kesan hingga hari ini.”
Artikel ini bukan tentang parti. Ini tentang sejarah tindakan negara.
Baca sendiri dan nilai berdasarkan rekod, bukan emosi.
1. Dalam politik, ramai bercakap tentang ekonomi, subsidi dan pilihan raya, tetapi jarang rakyat diajak melihat ukuran paling asas sesebuah kerajaan: siapa benar-benar mempertahankan wilayah Malaysia apabila ia dicabar, dipertikaikan atau berada dalam kedudukan strategik.
2. Kedaulatan bukan slogan. Ia diukur melalui tindakan pentadbiran, kehadiran negara, keputusan diplomatik dan keberanian membawa kes ke mahkamah antarabangsa.
3. Apabila semua kes wilayah Malaysia sejak merdeka disusun dalam satu garis sejarah dari Spratly hingga Sipadan, dari Pedra Branca hingga Limbang, dari Tanjong Pagar hingga sempadan Indonesia, satu perkara menjadi jelas: setiap era Perdana Menteri meninggalkan rekod berbeza tentang bagaimana kepentingan wilayah negara diuruskan.
Perdana Menteri manakah yang pertahankan wilayah Malaysia dan apakah tindakan yang telah di ambil?
Artikel ini bukan tentang parti. Ini tentang sejarah tindakan negara.
Baca sendiri dan nilai berdasarkan rekod, bukan emosi.
Baca artikel penuh di https://t.co/jwCQclpzuI
Marhaban Ya Ramadhan
Ramadhan kembali hadir, bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan membersihkan hati, memperbaiki diri dan menguatkan kasih sesama manusia.
Dalam dunia yang semakin sibuk dan mencabar, Ramadhan mengajar kita tentang sabar, disiplin, kejujuran dan kepedulian terhadap mereka yang kurang bernasib baik.
Inilah bulan untuk kita kembali kepada nilai, kembali kepada keluarga, dan kembali kepada Tuhan.
Semoga Ramadhan kali ini membawa keampunan, ketenangan jiwa, keberkatan rezeki serta kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik daripada semalam.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Marhaban Ya Ramadhan.
Salam hormat, Dr Armin Baniaz Pahamin
As we celebrate the Lunar New Year, we are reminded of the values that build a strong society. Hard work, responsibility, education, and mutual respect form the foundation of our shared future. While the year ahead may bring challenges, history has shown that with discipline, unity, and resilience, prosperity will follow.
天道酬勤
Diligence brings its reward.
May the new year bring good health to parents and elders, success to the younger generation, stability in business and livelihood, and peace and harmony in every home.
To all friends and loved ones celebrating, I wish you a Happy Lunar New Year. Gong Xi Fa Cai.
愿国家安定,人民兴旺。
May the nation remain stable and the people prosper.
With respect,
Dr Armin Baniaz Pahamin
(2/2) Sambung
22. Tekanan juga datang daripada pemain industri dan penternak yang berhujah bahawa pelaburan besar telah dibuat dan penutupan akan menyebabkan kerugian atau muflis.
23. Dari sudut kemanusiaan, kebimbangan ini boleh difahami. Tetapi dari sudut undang-undang pentadbiran, setiap pelabur mengetahui bahawa lesen negeri sentiasa tertakluk kepada perubahan dasar.
24. Risiko perubahan dasar bukan pelanggaran undang-undang; ia sebahagian daripada risiko perniagaan.
25. Apa yang lebih membimbangkan ialah cubaan membingkaikan titah Sultan sebagai konflik kaum atau konflik agama. Naratif ini bukan sahaja tidak tepat, malah berpotensi merosakkan kefahaman rakyat terhadap struktur kenegaraan.
26. Yang perlu difahami oleh semua ahli politik, aktivis dan pengulas media sosial ialah Malaysia bukan negara republik liberal.
27. Malaysia ialah negara Raja Berperlembagaan. Dalam sistem republik, hampir semua perkara menjadi medan pertikaian politik terbuka.
28. Dalam sistem kita, terdapat institusi yang kedudukannya melangkaui pertikaian partisan. Titah Sultan tidak boleh dilayan sebagai kenyataan politik biasa yang boleh ditawar-menawar melalui tekanan lobi atau sentimen awam.
29. Kerajaan negeri kini berdepan ujian sebenar. Jika pelaksanaan dilengah-lengahkan kerana tekanan politik, jika dasar cuba dilembutkan kerana lobi industri, atau jika prinsip cuba dinegosiasikan semula, mesej yang dihantar kepada rakyat amat jelas bahawa tekanan politik boleh mengatasi struktur kenegaraan.
30. Itu preseden yang sangat berbahaya.
31. Hakikatnya mudah. Selepas titah Sultan, perdebatan tentang prinsip arah dasar sepatutnya dianggap selesai dari sudut kenegaraan. Yang tinggal hanyalah soal bagaimana pelaksanaan dibuat secara teratur, berperingkat jika perlu, dan dengan pengurusan peralihan yang adil.
32. Dalam negara yang berpegang kepada kedaulatan undang-undang dan Raja Berperlembagaan, menghormati titah Sultan bukan sekadar pilihan politik. Ia adalah kewajipan kenegaraan.
33. Institusi Raja bukan sekadar simbol sejarah. Ia adalah tiang kestabilan negara.
Salam Hormat
Dr Armin Baniaz Pahamin
https://t.co/0pSlstgCQC
ISU BABI BELUM SELESAI WALAUPUN SULTAN SELANGOR SUDAH BERTITAH Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
1. Apabila Sultan sudah bertitah, polemik sepatutnya tamat. Tetapi di Selangor, polemik masih berterusan.
2. Dalam sistem Raja Berperlembagaan Malaysia, apabila Sultan menyatakan pendirian jelas mengenai arah dasar pentadbiran negeri, kerajaan wajib menghormati dan melaksanakan titah tersebut melalui mekanisme pentadbiran dan undang-undang yang sah.
3. Yang boleh dibincangkan hanyalah cara pelaksanaan, tempoh peralihan dan pengurusan kesan ekonomi, tetapi bukan lagi prinsip arah dasar itu sendiri.
4. Namun selepas titah tersebut, masih muncul kenyataan politik dan tekanan awam yang cuba membuka semula ruang perbahasan seolah-olah keputusan asas masih boleh dirunding.
5. Ini bukan lagi semata-mata isu penternakan. Ini isu kefahaman terhadap struktur Raja Berperlembagaan dan disiplin pentadbiran negeri.
6. Antara kenyataan yang mencetuskan polemik ialah apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, menyatakan kerajaan negeri perlu berbincang semula dengan Sultan dan mengemukakan pelan.
7. Kenyataan sebegini memberi gambaran seolah-olah titah Sultan masih boleh dirunding dari segi dasar. Kenyataan seperti ini boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedudukan institusi Raja.
8. Dalam negara Raja Berperlembagaan, pendekatan ini berbahaya.
9. Rundingan boleh berlaku mengenai mekanisme pelaksanaan, tempoh peralihan atau pampasan, tetapi bukan mengenai prinsip arah yang sudah dititahkan.
10. Selain itu, tokoh politik seperti Ronnie Liu dan beberapa suara politik lain turut menimbulkan naratif bahawa penutupan menyeluruh menjejaskan hak komuniti bukan Islam serta kebebasan ekonomi.
11. Hujah ini cuba meletakkan isu ini sebagai konflik hak minoriti atau hak perniagaan. Tafsiran sedemikian tersasar daripada kerangka undang-undang sebenar.
12. Semua aktiviti ekonomi tertakluk kepada lesen, zon guna tanah, kawalan kesihatan awam, peraturan alam sekitar serta keputusan dasar kerajaan negeri.
13. Lesen perniagaan bukan hak kekal; ia adalah kebenaran bersyarat yang sentiasa tertakluk kepada perubahan dasar demi kepentingan awam.
14. Hujah yang sama juga dikemukakan oleh seorang pengamal media sosial Facebook, Ng Wei Teik, yang mendakwa pengharaman penternakan babi di mana-mana wilayah Malaysia memerlukan pindaan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
15. Dakwaan ini tidak tepat dan berpotensi mengelirukan masyarakat. Perkara 8 melindungi warganegara daripada diskriminasi terhadap individu, bukannya memberi hak mutlak kepada mana-mana pihak untuk menjalankan sesuatu perniagaan tanpa kawalan kerajaan.
16. Dalam doktrin perlembagaan Malaysia, kesamarataan membenarkan pengkelasan munasabah selagi terdapat kaitan rasional dengan kepentingan awam seperti kesihatan, alam sekitar atau perancangan guna tanah. Oleh itu, sekatan terhadap sesuatu industri atas alasan dasar negeri bukanlah pencabulan Perkara 8.
17. Tambahan pula, di bawah struktur federalisme Malaysia, hal tanah, pertanian dan kerajaan tempatan berada dalam bidang kuasa negeri.
18. Ini bermakna kerajaan negeri mempunyai kuasa perlembagaan untuk menentukan dasar guna tanah, mengawal aktiviti pertanian dan menetapkan syarat pelesenan.
19. Pelaksanaan dasar sebegini bukan diskriminasi, tetapi fungsi asas pentadbiran negeri dalam melindungi kepentingan awam.
20. Malah kenyataan dari beberapa pimpinan parti seperti MCA yang menekankan keperluan modernisasi, pematuhan teknikal atau penyelesaian berfasa juga pada asasnya menolak pendekatan penghentian menyeluruh secara prinsip.
21. Sekali lagi perlu ditegaskan bahawa dalam struktur pentadbiran negeri, lesen perniagaan adalah kebenaran bersyarat yang boleh diubah, tidak diperbaharui atau ditarik balik apabila dasar negeri berubah demi kepentingan awam.
(1/2) Bersambung
https://t.co/0pSlstgCQC
16. Jika benar sehingga 5,207 hektar tanah Malaysia dilepaskan tanpa penjelasan telus kepada rakyat, itu bukan sekadar kegagalan pentadbiran.
Itu pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.
Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
https://t.co/DQBCkhgaG7
ISU PULAU KECIL DULU TUDUH TUN DR MAHATHIR PENGKHIANAT. ISU RIBUAN HEKTAR PERLU DIPERJELASKAN
“Pulau kecil dulu cukup untuk PM label Tun Dr Mahathir pengkhianat. Hari ini angka 5,207 hektar muncul di sempadan negara. Rakyat cuma mahu tahu apa sebenarnya berlaku.”
1. Rakyat berhak mendapat penjelasan penuh dan telus berhubung laporan bahawa sehingga 5,207 hektar kawasan di sempadan Sabah–Kalimantan terlibat dalam proses pemuktamadan sempadan antara Malaysia dan Indonesia.
2. Kerajaan telah membentangkan peta serta memberikan penjelasan di Parlimen bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan OBP (Outstanding Boundary Problem) yang belum pernah dimuktamadkan sebagai wilayah mana-mana negara, dan bahawa penentuan sempadan dibuat berasaskan perjanjian lama.
3. Penjelasan teknikal ini perlu diambil maklum.
4. Namun, dalam isu kedaulatan negara, penjelasan teknikal sahaja tidak mencukupi untuk menutup persoalan awam.
5. Persoalan utama rakyat bukan sekadar soal istilah delimitasi atau jajaran sempadan, tetapi soal implikasi sebenar terhadap wilayah negara, sejarah kawalan kawasan, serta kesan praktikal kepada kepentingan Malaysia.
6. Perdana Menteri sendiri pernah menuduh seorang negarawan yang dihormati dunia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai pengkhianat berhubung isu Pulau Batu Putih.
7. Hakikatnya, dalam kes Pulau Batu Putih dahulu, keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa juga banyak bergantung kepada dokumen sejarah dan tafsiran pentadbiran yang kompleks.
8. Namun isu tersebut tetap menjadi pertikaian besar negara kerana ia menyentuh prinsip kedaulatan.
9. Begitu juga dalam isu ini.
10. Walaupun kerajaan menyatakan kawasan tersebut tidak pernah disahkan sebagai milik Malaysia, rakyat tetap berhak mengetahui dengan jelas:
i. Adakah kawasan ±5986 hektar itu sebelum ini pernah berada di bawah kawalan pentadbiran Malaysia secara de facto, walaupun belum dimuktamadkan secara undang-undang? Ini kritikal kerana sovereignty vs control tak sama dan kebanyakan konflik sempadan dunia bermula dari sini.
ii. Adakah mana-mana komuniti Malaysia, ladang, operasi keselamatan, atau penggunaan tanah Malaysia pernah wujud dalam kawasan tersebut sebelum pemuktamadan? kalau ya, implikasinya besar!
iii. Apakah koordinat penuh bagi setiap titik pilar baru yang dipersetujui dalam jajaran B2700–B3100? ini standard dalam semua boundary treaties dunia.
iv. Adakah jajaran baru ini sepenuhnya selari dengan tafsiran literal Perjanjian 1915, atau melibatkan kompromi teknikal hasil survei moden? ini soalan pakar sebenar.
v. Kenapa jajaran lama 1977/78 yang melibatkan 96 pilar dibatalkan; adakah ia didapati tersasar dari tafsiran treaty asal? ini penting kerana pilar sempadan biasanya dianggap bukti fizikal kuat.
vi. Adakah terdapat segmen lain di sempadan Malaysia–Indonesia yang masih berstatus OBP dan berpotensi menghasilkan pelarasan kawasan pada masa hadapan?
vii. Bolehkah kerajaan mengesahkan secara rasmi bahawa tiada wilayah yang pernah diiktiraf sebagai milik Malaysia sebelum ini telah dipindahkan kepada negara lain dalam pemuktamadan ini?
11. Dalam isu kedaulatan, persepsi kelemahan boleh menjadi sama berbahayanya dengan kelemahan sebenar.
12. Soalan rakyat bukan fitnah. Soalan rakyat adalah tanggungjawab patriotik dalam negara demokrasi matang.
13. Malaysia adalah negara berdaulat yang mesti berunding berasaskan fakta, undang-undang antarabangsa, dan kepentingan rakyat di kawasan sempadan khususnya di Sabah.
14. Selagi penjelasan ini tidak dihuraikan secara jelas, mudah difahami dan menyeluruh kepada rakyat, isu ini akan terus menimbulkan persoalan tentang bagaimana negara mengurus dan mempertahankan sempadannya.
15. Kedaulatan bukan isu teknikal. Kedaulatan adalah maruah negara. Dan maruah negara mesti dijelaskan dengan kebenaran yang lengkap.
16. Jika benar sehingga 5,207 hektar tanah Malaysia dilepaskan tanpa penjelasan telus kepada rakyat, itu bukan sekadar kegagalan pentadbiran. Itu pengkhianatan terhadap kedaulatan negara.
(2/2) Sambung
18. Negara tidak boleh bergantung semata-mata kepada penafian dalaman atau penjelasan pentadbiran apabila kredibiliti institusi penguatkuasaan dipersoalkan di peringkat nasional dan antarabangsa.
19. Malaysia memerlukan satu mekanisme yang benar-benar bebas, menyeluruh dan mempunyai autoriti undang-undang serta moral untuk menentukan fakta secara objektif.
20. Oleh itu, sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) wajar ditubuhkan dengan terma rujukan yang luas bagi meneliti secara forensik isu pemilikan saham, pematuhan peraturan penjawat awam, proses pengisytiharan harta, kemungkinan konflik kepentingan, serta dakwaan salah guna kuasa penguatkuasaan yang dibangkitkan.
21. Dalam keadaan dakwaan melibatkan individu berprofil tinggi dan kepimpinan tertinggi institusi, mekanisme seperti Jawatankuasa Pilihan (Select Committee) Parlimen tidak lagi memadai.
22. Select Committee bersifat akauntabiliti politik dan bergantung kepada dinamika majoriti Parlimen, tanpa kuasa kuasi-kehakiman untuk mengambil keterangan di bawah sumpah secara menyeluruh.
23. Sebaliknya, RCI mempunyai asas perundangan yang lebih kukuh, kuasa memanggil saksi secara paksa, mengambil keterangan bersumpah serta meneliti dokumen secara forensik.
24. Hanya mekanisme yang mempunyai kebebasan struktur dan autoriti undang-undang seperti ini mampu memulihkan keyakinan rakyat dan komuniti antarabangsa.
25. Penubuhan RCI bukan bermaksud menghukum terlebih dahulu. Ia adalah jalan untuk memulihkan maruah SPRM dan keyakinan rakyat. Jika tiada salah laku, RCI akan membersihkan nama semua pihak secara tuntas. Jika terdapat pelanggaran, tindakan sewajarnya boleh diambil berasaskan fakta.
26. RCI juga memberi ruang yang adil kepada Tan Sri Azam Baki sendiri untuk membersihkan namanya melalui proses yang bebas dan berautoriti, sekaligus mengakhiri polemik yang berpanjangan.
27. Bagi menjamin kredibiliti siasatan dan mengelakkan sebarang persepsi pengaruh terhadap proses penguatkuasaan, Tan Sri Azam Baki wajar direhatkan sementara daripada tugas sepanjang tempoh siasatan dijalankan. Langkah ini bukan penghukuman awal, tetapi amalan tadbir urus yang baik dalam mana-mana institusi yang berdepan dakwaan serius terhadap kepimpinan tertinggi.
28. Inilah satu-satunya jalan untuk menamatkan kitaran kontroversi berulang yang melemahkan keyakinan rakyat serta menjejaskan reputasi Malaysia sebagai negara yang menjunjung kedaulatan undang-undang.
29. RCI perlu ditubuhkan segera, bukan untuk memenuhi sentimen politik, tetapi untuk memastikan integriti institusi terpelihara dan kepercayaan awam dipulihkan.
Salam Hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
https://t.co/wXQCJkK7We?
TUBUH RCI SIASAT KETUA PESURUHJAYA SPRM
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
1. Pendedahan terbaharu oleh Bloomberg yang mengaitkan dakwaan salah guna kuasa penguatkuasaan, amalan ugutan dalam kes-kes korporat, serta persoalan konflik kepentingan yang didakwa menjalar sehingga ke peringkat tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan isu remeh dan bukan isu yang boleh dipadamkan dengan kenyataan defensif atau pujian politik.
2. Ia menyentuh secara langsung asas keyakinan awam terhadap institusi yang sepatutnya menjadi benteng utama dalam memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
3. Dalam konteks ini, kenyataan Perdana Menteri yang memilih untuk tidak mengambil tindakan, malah mempertahankan dan memuji Tan Sri Azam Baki, menimbulkan kebimbangan serius terhadap komitmen kerajaan kepada prinsip akauntabiliti institusi.
4. Dalam keadaan keyakinan rakyat semakin terhakis, tiada langkah konkrit diumumkan untuk mengaktifkan mekanisme semak dan imbang atau menubuhkan siasatan bebas yang benar-benar diyakini.
5. Rakyat berhak bertanya: mengapa cepat mempertahankan, tetapi lambat menyiasat?
6. Apabila persoalan integriti melibatkan ketua institusi penguatkuasaan tertinggi tidak dirujuk kepada semakan bebas, mesej yang sampai kepada rakyat dan komuniti pelabur ialah wujudnya persepsi perlindungan kuasa, bukan ketegasan tadbir urus.
7. Kritikan ini bukan serangan peribadi. Ia adalah tuntutan prinsip bahawa integriti institusi tidak boleh disandarkan kepada keyakinan politik semata-mata, tetapi mesti ditegakkan melalui proses yang telus, bebas dan berwibawa.
8. Lebih membimbangkan ialah hakikat bahawa isu yang membabitkan Tan Sri Azam Baki bukan muncul sekali, tetapi berulang dalam bentuk yang menimbulkan pola persoalan awam.
9. Kontroversi mula memuncak pada tahun 2021 apabila laporan kewartawanan tempatan membangkitkan isu pemilikan saham bernilai tinggi dalam syarikat tersenarai, yang mencetuskan persoalan tentang pematuhan kepada peraturan pemilikan saham bagi pegawai awam kanan.
10. Polemik itu berlanjutan hingga 2022 dengan penjelasan berkaitan akaun dagangan saham, diiringi bantahan masyarakat sivil serta perdebatan nasional mengenai standard etika seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM.
11. Walaupun episod tersebut dianggap selesai dari sudut pentadbiran, ia tidak pernah diselesaikan melalui mekanisme semakan bebas yang menyeluruh, menyebabkan persepsi konflik kepentingan kekal berlarutan.
12. Bloomberg turut memperincikan bahawa Tan Sri Azam Baki kekal memegang jawatan merentasi beberapa pentadbiran Perdana Menteri serta menerima lanjutan perkhidmatan beberapa kali, sekali gus menambah dimensi persepsi bahawa kedudukan tersebut semakin kebal daripada akauntabiliti.
13. Kemuncaknya pada Februari 2026, laporan media antarabangsa itu membangkitkan satu lagi isu berkaitan pemilikan 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners pada suatu ketika, dengan nilai anggaran yang sekali lagi mencetuskan perdebatan tentang pematuhan kepada garis panduan penjawat awam dan keperluan pengisytiharan harta secara telus.
14. SPRM menegaskan bahawa pengisytiharan dibuat melalui saluran rasmi. Namun persoalan integriti tidak hanya berkisar pada pematuhan teknikal, tetapi juga pada persepsi konflik kepentingan yang melekat pada jawatan tersebut.
15. Pada masa yang sama, laporan penyiasatan tersebut mengemukakan dakwaan lebih luas mengenai kemungkinan penyalahgunaan proses siasatan dalam pertikaian korporat. Laporan itu mendakwa dan memberi gambaran bahawa kuasa penyiasatan, tangkapan, reman dan tekanan pendakwaan dimanipulasi dalam pertikaian korporat melibatkan pihak tertentu.
16. Jika dakwaan ini benar, ia amat serius dan menggugat asas kedaulatan undang-undang. Jika tidak benar, ia tetap menuntut penjelasan bebas untuk memulihkan reputasi institusi.
17. Di sinilah persoalan asas timbul: siapakah yang mengawasi pengawas?
(1/2) Bersambung
https://t.co/wXQCJkK7We
(2/2) Sambung
14. Menghidupkan semula pilihan raya Datuk Bandar dan PBT tanpa mengambil kira amaran ini bukan sahaja menyalahi rasional asal laporan tersebut, malah merupakan satu langkah yang mengabaikan pengajaran sejarah dan realiti perlembagaan Malaysia, seolah-olah risiko perkauman yang dikenal pasti secara rasmi oleh sebuah Suruhanjaya Diraja kini dianggap tidak lagi relevan, sedangkan tanda-tanda polarisasi sosial dan politik bandar hari ini jauh lebih ketara berbanding ketika laporan itu disediakan.
15. Sebagai jalan ke hadapan yang lebih konstruktif, Kerajaan MADANI wajar mengalihkan fokus daripada usaha menghidupkan pilihan raya Datuk Bandar atau kerajaan tempatan kepada pengukuhan mekanisme pelantikan yang profesional, telus dan berasaskan merit.
16. Daripada mempolitikan pentadbiran bandar melalui mandat pilihan raya, lebih wajar diwujudkan garis panduan kelayakan yang jelas dan ketat bagi pelantikan Datuk Bandar, merangkumi kelayakan akademik dan profesional, pengalaman pengurusan berskala besar, rekod integriti serta kefahaman mendalam terhadap kerangka perlembagaan dan sensitiviti masyarakat majmuk.
17. Pelantikan sedemikian hendaklah disertai dengan kontrak prestasi yang terukur, penilaian berkala oleh jawatankuasa bebas, serta mekanisme akauntabiliti yang telus kepada Parlimen dan pihak berkuasa berkaitan.
18. Pendekatan ini bukan sahaja lebih selari dengan sifat teknokratik jawatan Datuk Bandar, malah mampu memperkukuh tadbir urus bandar tanpa menjejaskan kestabilan perlembagaan, mengelakkan politisasi yang tidak perlu, dan memastikan kepentingan semua komuniti, khususnya orang Melayu bandar, terus dilindungi.
19. Inilah reformasi sebenar yang lebih praktikal, bertanggungjawab dan sesuai dengan realiti negara, berbanding memperkenalkan eksperimen politik yang berisiko tinggi terhadap struktur kuasa dan keharmonian sosial.
Salam hormat,
Dr Armin Baniaz Pahamin
https://t.co/XUv6JTO2EF
NGA KOR MING SALAH TAFSIR LAPORAN ATHI NAHAPPAN DEMI AGENDA POLITIK*
Oleh: Dr Armin Baniaz Pahamin
1. Kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, bahawa Laporan Suruhanjaya Diraja Athi Nahappan hanya mengesyorkan penangguhan sementara pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akibat Konfrontasi Indonesia–Malaysia merupakan satu tafsiran sejarah yang tidak tepat dan bersifat reduktif.
2. Tafsiran sedemikian memberikan gambaran seolah-olah negara telah gagal memahami laporan berkenaan selama lebih lima dekad, sedangkan hakikatnya keputusan menghentikan pilihan raya PBT adalah keputusan struktur negara yang dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap implikasi perlembagaan, sosial dan tadbir urus dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia.
3. Laporan Athi Nahappan bukan sekadar dokumen keselamatan sementara, tetapi sebuah penilaian serius mengenai risiko politisasi pentadbiran tempatan, ketidakseimbangan demografi bandar, ketegangan kaum serta kelemahan kapasiti institusi — faktor-faktor yang kekal relevan sehingga ke hari ini.
4. Walaupun laporan tersebut mengakui bahawa pilihan raya kerajaan tempatan adalah diingini secara prinsip dalam keadaan ideal, sokongan itu bersifat bersyarat dan disertai dengan amaran yang jelas mengenai risiko politisasi pentadbiran, ketegangan kaum di kawasan bandar, ketidakseimbangan demografi pengundi, serta kelemahan kapasiti institusi dan kewangan pihak berkuasa tempatan.
5. Sokongan Suruhanjaya terhadap pilihan raya PBT bersifat bersyarat dan disertai amaran yang jelas, bukan mandat mutlak untuk pelaksanaan semula.
6. Hakikat bahawa pilihan raya PBT tidak dikembalikan selepas tamat Konfrontasi pada 1966, malah dimuktamadkan melalui sistem pelantikan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, membuktikan bahawa keputusan negara adalah keputusan struktur berasaskan kepentingan perlembagaan dan kestabilan nasional, bukannya kecuaian sejarah seperti yang cuba ditonjolkan.
7. Dalam masa yang sama, hujah perbandingan dengan bandar-bandar seperti Bangkok, Jakarta, London atau New York yang sering dibangkitkan adalah bersifat retorik populis dan tidak relevan secara perlembagaan.
8. Ini kerana Malaysia bukan negara unitari seperti Thailand atau Indonesia, mempunyai kontrak sosial tersendiri serta peruntukan afirmatif seperti Perkara 153, dan dibentuk oleh sejarah konflik kaum yang memerlukan pendekatan tadbir urus yang berbeza.
9. Menggunakan contoh bandar asing untuk mewajarkan perubahan struktur kuasa tempatan di Malaysia jelas mengabaikan realiti perlembagaan negara sendiri.
10. Begitu juga, melabelkan cadangan ini sebagai “kajian kebolehlaksanaan akademik” melalui penglibatan UIAM tidak mengubah hakikat bahawa pilihan raya PBT dan pemilihan Datuk Bandar merupakan agenda ideologi lama Democratic Action Party (DAP) yang telah lama dimasukkan ke dalam perlembagaan dan manifesto parti, kemudiannya diserap ke dalam manifesto gabungan, dan kini cuba dilaksanakan melalui kuasa eksekutif.
11. Dalam konteks ini, kajian akademik tidak boleh dijadikan alat untuk menghalalkan projek politik yang membawa implikasi besar terhadap struktur kuasa negara dan kedudukan Melayu bandar, apatah lagi apabila sejarah dan laporan Suruhanjaya Diraja sendiri ditafsir secara selektif demi memenuhi kepentingan manifesto politik tertentu.
12. Untuk mengembalikan pilihan raya Datuk Bandar dan kerajaan tempatan pada hari ini hakikatnya adalah bertentangan secara langsung dengan semangat dan amaran jelas yang terkandung dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Athi Nahappan.
13. Laporan tersebut bukan sekadar membincangkan aspek pentadbiran, tetapi secara tegas memberi peringatan bahawa pilihan raya di peringkat kerajaan tempatan, khususnya dalam konteks bandar yang berdemografi tidak seimbang, berpotensi mencetuskan polarisasi kaum, mempolitikkan pentadbiran akar umbi, dan melemahkan usaha pembinaan negara dalam masyarakat majmuk.
(1/2) Bersambung
https://t.co/XUv6JTO2EF