Sempena serah tugas PTD semalam & persaraan dari ATM, saya mengambil kesempatan ini Menjunjung Kasih Ke Bawah SPB YDP Agong, terima kasih kepada YAB PM, YB MENHAN & seluruh warga TD yang menyokong perjalanan karier saya hingga ke hari ini. TENTERA DARAT SATU KERANA BERSATU
Hari ini hari terakhir sy b'sama TD & ATM. Banyak suka duka diharungi b'sama selama 42 b'khidmat. Sy bangga dgn kesatuan seluruh warga sepanjang 2 thn menerajui TD. Justeru sy abadikan penghargaan & aspirasi sy menerusi video klip #SaluteYouMalaysianArmy
https://t.co/Ndbhz60ca7
Saya & isteri mengucapkan ribuan terima kasih di atas penganjuran Majlis Makan Malam Rejimental pada malam ini. Ianya satu memori yang cukup indah dan pastinya akan kami berdua abadikan sampai bila-bila.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan Ke - 61 kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah sama² kita hayati erti kemerdekaan & kenangi jasa pahlawan² negara terdahulu yang telah berjuang membebaskan tanah air daripada kuasa penjajah. #SayangiMalaysiaku#KibarJalurGemilang
Salam #Aidiladha buat semua warga ATM. Hari ini saya sekeluarga di Kem Wardieburn bersama warga @TenteraDarat bersolat sunat Aidil Adha serta menyaksikan acara sembelihan & agihan daging korban. Alhamdulillah semua berjalan lancar. #HariRayaAidiladha
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam yang meraikannya. Marilah sama² kita tingkatkan amalan khair di bulan mulia ini disamping melakukan ibadah qurban seperti mana yang disyariatkan. Semoga ia diberi ganjaran setimpal di sisi Allah S.W.T. #EidAlAdha
Pagi ini di Putrajaya bersama YB MENHAN @MSabu_Official sempena kunjungan hormat kepada YAB PM, Tun Mahathir bin Mohamad @chedetofficial. Terima kasih YAB PM yang sudi meluangkan masa untuk kami
Bertemu rakan² lama ketika sama² berkhidmat di 6 RAMD dahulu. Lebih manis apabila Tok Muda Kol Dato’ Hashim bin Mohd Ali iaitu Pegawai Memerintah pertama ketika saya mula² melapor diri di 6 RAMD turut hadir dalam perbarisan penghargaan saya hari ini. Terima kasih saya ucapkan.
6 RAMD adalah unit pertama semasa saya mula berkhidmat. Rasa terharu & berbesar hati kerana dapat kembali semula ke sini bersama warga pasukan serta mengimbau kenangan suka duka semasa berkhidmat di pasukan ini #6RAMDberanimati
Amat berbesar hati dapat hadir ke 17 RAMD (Para) hari ini disamping dapat mengimbau kembali kenangan ketika saya menjadi Pegawai Memerintah di sini suatu ketika dahulu. Terima kasih di atas kesudian mengundang saya ke Markas ini sebagai salah satu agenda lawatan penghargaan saya
Syabas kepada semua atlet dari seluruh Formasi @TenteraDarat kerana mempamerkan kecekalan & semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan ini #sukanTD https://t.co/RUyZzldnRE
Hari ini saya diundang ke Markas 4 Bgd (Mek) formasi yang pernah saya terajui sebagai Panglima sekitar tahun 2003 hingga 2005. Seronok dapat berjumpa pegawai & anggota yang pernah berkhidmat bersama saya di sini. Banyak kenangan dikongsi bersama. Terima kasih buat mereka semua
Latihan Kuasa Tembakan ini bukan semata² memperlihatkan kuasa tembakan sahaja bahkan ia adalah satu cara untuk anggota² memahirkan diri dalam mengendalikan persenjataan yang ada dalam inventori @TenteraDarat https://t.co/5S3a5ePBtS
Walaupun Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat @TenteraDarat kali ini disambut sederhana tetapi kemeriahannya tetap dirasai dengan kehadiran pelbagai peringkat anggota, anak² istimewa PPDK, anak² Tahfiz ATM, TS PAT & juga Mantan² PTD
Sempat luang masa bertemu keluarga Perajurit Muda yang hadir dari seluruh negara untuk sama² menyaksikan anak² mereka tamatkan latihan hari ini di #PUSASDA. Syabas & tahniah kerana berjaya menyertai keluarga besar @TenteraDarat
Innalillahiwainnailaihirajiun. Takziah di atas kembalinya ke rahmatullah Allahyarham TS Ilyas Hj Din, Mantan Panglima Tentera Laut Ke-13, @tldm_rasmi malam tadi. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman. Alfatihah
Selesai majlis hari raya td, saya, TS PAT & YB @MSabu_Official sempat melawat 2 anggota 8 RRD di 94 HAT yg cedera dlm insiden di #Gerik tempoh hari. Mereka kini telah dipindahkan dari hospital #Taiping ptg td. Alhamdulillah keadaan mereka stabil. Doakan agar mereka segera sembuh
Kemudahan internet wifi@unifi yang disediakan di Kem Segenting adalah kolaborasi @TenteraDarat dengan pihak TM One bg melahirkan warga celik ilmu dengan akses maklumat tanpa sempadan melalui capaian internet yang lebih pantas. Insya Allah akan diperluas ke kem² TD yang lain.
Hadir di Seminar Pegawai Kanan @TenteraDarat di Nilai hari ini. Banyak perkara yang dapat dibincang & dikongsi bersama terutama berkaitan kepentingan integriti, peningkatan tahap pengurusan pengetahuan & strategi dalam perkhidmatan TD
Hari ini warga 18 RAMD (Para) meraikan YM Jen TS @AffandiMyCDF di Kem Sri Pantai, Kuala Terengganu. Segala jasa YM Tan Sri kepada perkhidmatan akan sentiasa dihargai