@khazwanitabrani@gucaknaubat@UbatOhUbat Kalau nak beli ikut jenama tertentu sahaja saya cadangkan pergi ke farmasi komuniti@kedai farmasi kat luar tu. kalau hosp dan klinik kerajaan kebiasaan ubat satu malaysia sama je
NAMA KIMIA UBAT : nama asal ubat, digunakan diseluruh dunia dengan nama yang sama
NAMA JENAMA UBAT: nama yang diberikan oleh syarikat pengeluar ubat tersebut. Nama tersebut berbeza di setiap syarikat pengeluar
Kita mesti ingat NAMA KIMIA UBAT
@gucaknaubat@UbatOhUbat
Ubat tradisional tiada bahan kimia? Sedangkan air pun terdiri daripada sebatian H20.
Jika ada jisim dan jirim, pasti ada unsur kimianya kan?
Cuma perlu bijak menggunakan bahan kimia yang berbahaya atau bermanfaat😘
@gucaknaubat@UbatOhUbat
Ada sesiapa ingin berkongsi, kenapa anda tidak makan ubat?
1. Takut buah pinggang rosak
2. Makan ubat tidak menyembuhkan penyakit
3. Susah nak ingat kerana sibuk
4. Lepas makan ubat akan sakit kepala
5. Takut ubat terkumpul dalam badan jadi toksik
6. Lain-lain, sila nyatakan
Kat Malaysia ada banyak jenis inhaler 👇🏻
Rupa berbeza, cara pakai pun berbeza. Ramai yg confused 😅
So kena make sure pesakit tahu cara pakai sebelum balik ke rumah. Kalau tak tahu, pharmacist boleh tolong ajar 😊
#MedTweetMY
Kalau makan nasi 10 pinggan...agak-agak apa akan jadi?
Sama juga seperti Paracetamol. Ia hanya akan berbahaya pada hati jika dimakan lebih 20 biji sekaligus.
Kalau betul makan 2 biji boleh rosakkan hati, sila tunjukkan bukti kukuh.
@UbatOhUbat@gucaknaubat
@ekjozbuluh@UbatOhUbat@gucaknaubat Yang sihat pemeriksaan masih perlu dibuat tetapi tidak sekerap pesakit yang telah didiagnos. Pemeriksaan tahunan pun dah mencukupi bagi yang sihat. Sama juga seperti pemeriksaan gigi.
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Kalau kereta perlu diservis secara berkala, pesakit pun perlu dapatkan pemeriksaan Doktor secara berkala (ikut tarikh temujanji)
Pesakit yang tak suka hadir temujanji Doktor samalah seperti kereta yang tidak diservis😬
@UbatOhUbat@gucaknaubat
Kesimpulan: berhati-hati dalam memilih produk. Sebaiknya bincang dgn doktor/pharmacist yg merawat anda sebelum ambil mana-mana ubat tradisional/supplement.
Tak berbaloi gadaikan kesihatan utk produk yg boleh buat sakit hilang utk sementara tapi merana seumur hidup
#MedTweetMY
Ubat-ubatan untuk 20 penyakit ini tidak boleh diiklankan. Jangan terpedaya dengan janji manis si penjual.
Ada sesiapa pernah terjumpa iklan Tab. Metformin boleh merawat kencing manis? Jika ada, tunjukkan bukti.
Makan ubat pun seperti makan nasi. Selepas satu jangka masa kandungan ubat dalam badan akan berkurangan.
1 kali sehari : setiap 24 jam
2 kali sehari: setiap 12 jam
3 kali sehari: setiap 8 jam
Makan ubat ikut masa yang betul supaya ubat berkesan.
@gucaknaubat@UbatOhUbat
Jika kita tahu oemandu bas itu tidak memiliki lesen memandu yang sah, adakah kita masih ingin menjadi penumpang beliau?
Jika rasa tidak selamat dengan pemandu tidak berlesen...Kenapa masih rasa selamat dengan produk kesihatan yang tidak berdaftar?
@gucaknaubat@UbatOhUbat
Kempen Kenali Ubat Anda mendekati masyarakat untuk menyebarkan info kesihatan yang sahih.
Hari ini perkongsian ilmu di IPD Kuala Langat. Semoga perkongsian tadi membuka minda kita semua😊