@naivarian Itulah sebab banyak perempuan Bali merantau ke berbagai propinsi di sumatera. Dan membangun kampung Bali, buat candi kecil di depan rumahnya utk ibadah.
Dan mereka berani tidak pulang ke Bali karena masalah budaya kolot di pulau dewata
Jangan Pandang Remeh Power Bank, Silap Hari Boleh Undang Tragedi Di Udara
Oleh Mynewshub
Ramai antara kita tidak pernah terfikir bahawa sebuah power bank yang hanya sebesar tapak tangan mampu mencetuskan situasi cemas di dalam pesawat.
Namun, itulah yang berlaku apabila sebuah penerbangan dari Hangzhou ke Incheon terpaksa membuat pendaratan cemas selepas bateri litium-ion di dalam beg tangan seorang penumpang tiba-tiba terbakar ketika disimpan di ruang simpanan bagasi atas kepala.
Insiden itu menyaksikan asap memenuhi kabin, manakala anak kapal bertindak pantas menggunakan alat pemadam api sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Mujur tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang berjaya dipindahkan ke penerbangan lain.
Kejadian seperti ini bukanlah yang pertama. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa syarikat penerbangan di seluruh dunia turut melaporkan insiden melibatkan power bank dan bateri litium yang terlalu panas, berasap atau terbakar ketika penerbangan.
Punca utama ialah fenomena dikenali sebagai thermal runaway, iaitu tindak balas berantai apabila sel bateri menjadi terlalu panas sehingga terbakar dan sukar dikawal.
Risiko ini lebih tinggi jika menggunakan power bank murah yang tidak mempunyai pensijilan keselamatan, bateri tiruan, peranti yang telah rosak, pernah terjatuh atau terdedah kepada suhu tinggi.
Atas sebab itulah kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan bahawa power bank mesti dibawa di dalam bagasi kabin dan bukannya bagasi daftar masuk. Jika berlaku masalah, kru kabin boleh mengesan serta bertindak segera sebelum api merebak.
Sebelum menaiki pesawat, penumpang disaran memastikan power bank berada dalam keadaan baik, tidak retak atau menggelembung, menggunakan produk yang diiktiraf, serta mematuhi had kapasiti yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan.
Jangan sesekali mengecas peranti menggunakan power bank sekiranya bateri menunjukkan tanda terlalu panas atau rosak.
Peraturan syarikat penerbangan mengenai bateri litium bukanlah bertujuan menyusahkan penumpang, sebaliknya diwujudkan berdasarkan pengalaman sebenar yang pernah berlaku di udara.
Beberapa minit meluangkan masa untuk mematuhi peraturan keselamatan jauh lebih baik daripada berdepan situasi cemas pada ketinggian puluhan ribu kaki.
Keselamatan anda dan semua penumpang lain bermula dengan sikap bertanggungjawab terhadap perkara yang kelihatan kecil, tetapi mampu membawa akibat yang besar.-MYNEWSHUB
**INI adalah kejadian yang dilaporkan berlaku pada 18 Oktober tahun lepas.
Lelaki itu kelihatan seperti Bangladesh, wanita kelihatan seperti orang Indonesia. Dan wanita yang menjerit itu kelihatan seperti orang India.
Curang antarabangsa ke ni?