Saya ambil maklum keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75%.
Langkah ini berhemah dan proaktif di tengah ketidaktentuan ekonomi global, berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.
Walaupun sektor eksport berdepan cabaran, Kerajaan telah melaksana pelbagai inisiatif sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan penerokaan pasaran baharu.
Reformasi di bawah Ekonomi MADANI terus mengukuhkan daya tahan negara apabila kadar inflasi sehingga Mei 2025 turun ke 1.2%, terendah dalam 51 bulan, malah kadar penyertaan tenaga buruh pula cecah rekod 70.8%.
Kita mesti terus mara dalam reformasi merencana masa depan negara kerana di sebalik cabaran, ada ruang untuk maju disandarkan tatakelola lebih baik, inovasi berani dan semangat juang yang utuh.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Dalam temu bual bersama media Perancis, France 24 tempoh hari, saya tegaskan bahawa Malaysia kekal komited menyelesaikan isu Laut China Selatan secara aman sebagaimana kita lakukan dengan negara jiran lain seperti Indonesia, Filipina dan Vietnam. Rundingan sentiasa jadi keutamaan, bukan ketegangan.
Namun persoalannya adalah mengapa hanya isu pertikaian dengan China disasarkan? Malaysia menyokong usaha ASEAN untuk memuktamadkan Kod Tata Laku, dan China telah beri maklum balas yang positif berhubung perkara ini.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Dalam wawancara saya bersama France 24, saya menjelaskan bahawa keterlibatan ASEAN dengan junta Myanmar, dilakukan di bawah mandat ASEAN dan bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata selain memudahkan bantuan kemanusiaan pasca gempa bumi.
Inisiatif ini telah dibincangkan dan tidak dibantah oleh mana-mana pemimpin ASEAN, lantas mencerminkan anjakan strategik daripada pendekatan ‘tidak berhubung’ sebelum ini yang dilihat kurang membuahkan hasil.
Langkah ini pastinya demi keamanan dan kestabilan ASEAN untuk masa depan yang lebih baik bersama-sama.
////
In my recent France 24 interview, I explained ASEAN’s engagement with the Myanmar junta was to secure a ceasefire and deliver post-earthquake humanitarian aid.
This marks a strategic shift from the previous non-engagement approach, which yielded little progress.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Menerima kunjungan hormat Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Pekerjaan Luar Negara dan Pelancongan Sri Lanka Vijitha Herath, bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.
Dalam perbincangan yang konstruktif, Malaysia dan Sri Lanka sepakat untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala yang merangkumi bidang perdagangan, pelancongan, pendidikan, serta tenaga kerja mahir.
Hubungan erat ini bukan sahaja membawa manfaat kepada kedua-dua negara, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan serantau.
Saya turut menyatakan penghargaan terhadap sumbangan berterusan Sri Lanka dalam membentuk masa depan rantau yang lebih inklusif, aman dan sejahtera.
Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan Sri Lanka demi mencapai kemajuan bersama, bukan sahaja untuk rakyat kedua-dua negara, malah untuk memperkukuh komuniti ASEAN yang lebih bersatu, makmur dan berdaya tahan.
///
Received a courtesy call from Sri Lanka’s Minister of Foreign Affairs, Foreign Employment, and Tourism, Vijitha Herath, in conjunction with the 58th ASEAN Foreign Ministers’ Meeting (AMM) currently taking place in Kuala Lumpur.
We discussed ways to strengthen Malaysia–Sri Lanka cooperation in trade, tourism, education, and skilled labour. I thanked Sri Lanka for its role in supporting a more inclusive and prosperous region.
Malaysia remains committed to working together for shared progress and a stronger ASEAN.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Saya menerima kunjungan hormat daripada Ahli Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN), sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebagai penasihat dalam hal ehwal seni, budaya dan warisan negara.
Seperti yang sering saya tekankan, pembangunan negara tidak boleh hanya berlandaskan pencapaian fizikal atau projek mega semata-mata.
Sebaliknya, ia harus turut diperkaya dengan nilai, identiti serta elemen budaya yang mencerminkan citra Malaysia yang unik dan berakar dalam sejarah serta jiwa rakyatnya.
Dalam pertemuan ini, perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kefahaman masyarakat terhadap konsep budaya yang tidak seharusnya dilihat secara sempit seperti sekadar muzik atau pakaian tradisional tetapi sebagai satu sistem nilai yang merangkumi cara hidup, pemikiran dan warisan bangsa.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Menerima kunjungan hormat daripada Sri Prakash Lohia, Pengerusi Indorama Corporation, bersama delegasi.
Ditubuhkan di Indonesia pada 1975, Indorama kini merupakan antara pengeluar global utama dalam sektor baja, polimer, gentian, benang dan sarung tangan perubatan, dengan kehadiran di 39 negara dan perolehan tahunan mencecah USD23 bilion.
Di Malaysia, Indorama terlibat dalam pengeluaran sarung tangan perubatan dan bakal meluaskan pelaburan sehingga RM6 bilion dalam industri baja.
Kami bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam kerangka Ekonomi MADANI, dan saya memberi jaminan bahawa Kerajaan akan memudah cara proses pelaburan ini.
Pelaburan strategik seperti ini bukan sahaja mengukuhkan ekonomi negara, malah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan tempatan.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Usai tiba awal pagi tadi dari lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil, saya terus menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, yang berlangsung di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 dengan tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.
Sebelum bermulanya upacara perasmian, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri-Menteri Luar ASEAN serta Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.
Dalam pertemuan ini, saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan Malaysia terhadap komitmen berterusan semua pemimpin dalam memastikan segala isu dan cabaran serantau terus dibincangkan secara terbuka dan kolektif.
Mesyuarat kali ini amat penting dalam merangka masa depan rantau ini, lebih-lebih lagi ketika dunia berdepan dengan cabaran geopolitik, perubahan iklim, serta ketidaktentuan ekonomi global.
Malaysia percaya bahawa perpaduan dan persefahaman antara negara-negara anggota ASEAN adalah kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan daya saing serantau.
Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun 2025, Malaysia komited untuk mengangkat suara ASEAN di pentas global serta memacu agenda keterangkuman dan kemampanan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat rantau ini.
///
After arriving early this morning from an official visit to Italy, France, and Brazil, I attended the 58th ASEAN Foreign Ministers’ Meeting (AMM) and related sessions under Malaysia’s ASEAN Chairmanship 2025, themed “Inclusion and Sustainability.”
Before the opening ceremony, I received courtesy calls from ASEAN Foreign Ministers and ASEAN Secretary-General Dr Kao Kim Hourn. I expressed Malaysia’s appreciation for their continued commitment to addressing regional challenges collectively.
This meeting is crucial in shaping ASEAN’s future amid global uncertainties. Malaysia is committed to leading a united, inclusive, and sustainable ASEAN towards greater stability and prosperity.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
Alhamdulillah delegasi Malaysia selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi tadi.
Sempat rehat dan bersama keluarga buat seketika sebelum pagi ini turun ke KLCC bagi sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang menjadi medan penting memperkukuh solidariti serantau serta menyelaras pendirian bersama dalam menghadapi tatangan global.
Semoga dipermudahkan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#ASEAN2025
Hari terakhir di Sidang Kemuncak BRICS 2025 menyaksikan penegasan Malaysia bahawa kesihatan global, keadilan iklim dan pembiayaan mampan perlu ditangani secara serentak dan menyeluruh.
Malaysia menyeru agar BRICS kekal menjadi blok yang progresif dan inklusif, memperjuangkan reformasi global demi membina dunia yang lebih adil, saksama dan mampan untuk semua.
🇲🇾🇧🇷
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#BRICS2025
📢 Jangan terperangkap dengan naratif pihak tertentu yang cuba memesongkan perhatian rakyat daripada kejayaan diplomasi Malaysia.
📌 “Kejayaan membawa pulang pelaburan dan memperkukuh hubungan antarabangsa lebih utama dari gosip tidak berasas.”
🇲🇾 Fakta Penting Mengenai Lawatan YAB PMX ke Eropah : Elak Fitnah, Utamakan Kebenaran
1️⃣ Ehsan Anwar hadir bukan sebagai pegawai kerajaan tetapi sebagai pengiring peribadi yang menanggung kos sendiri – tiada dana rakyat digunakan.
3️⃣ PMX berpegang pada prinsip tadbir urus baik dan memisahkan urusan keluarga daripada kerajaan. Ini telah dibuktikan dengan:
✅ Tiada perlantikan ahli keluarga dalam jawatan kerajaan/GLC.
✅ Semua lawatan rasmi disemak dan diluluskan oleh protokol kerajaan.