Masa lalu sangat sakit bila kita merindukan kenangan bersama dengan seseorang yang kita sangat sayang. Lagi lagi bila seseorang tu kita tidak lagi dapat bertemu dengannya buat selamanya.
Andai kita tak belajar melepaskan masa lalu, kita takkan dapat bertemu dengan masa depan, sebab sepanjang perjalanan kita akan sentiasa dibayangi masa lalu.
Saat indah perjalanan hidup kita akan berlalu begitu saja dan tanpa sedar kita dah sia-sia dihujung perjalanan.
Ada orang tak jumpa bahagia sebab dia terlalu cuba untuk jadi kuat. Ingat, kadang kita perlu lalui rasa sedih dulu untuk kita dapat kenal rasa bahagia.
Kadang kita terlupa yang kita dah luangkan banyak masa untuk pastikan seseorang tu rasa seronok dan tanpa sedar diri kita sendiri tak dapat rasa pun keseronokan tu.
Hidup ni jika tak tahu apa yang nak dibualkan adalah lebih baik kita berdiam diri sahaja dari buka mulut menjaja cerita tentang orang lain.
Andai kita tahu, cukup kita sahaja yang tahu.
Bila tengah marah, cubalah pujuk diri untuk diam dan tenang, jangan biar diri hilang pertimbangan.
Sentiasa pesan pada diri, setiap perkataan yang keluar dari mulut kita waktu marah pasti akan berakhir dengan penyesalan.
Setiap gembira yang kita rasa itulah bahagia kita. Setiap nikmat yang kita kecapi itulah rezeki kita.
Jangan pernah bandingkan bahagia dan rezeki kita dengan orang lain, sebab cara bahagia dan sumber rezeki setiap orang tak sama.
Jangan terlalu kecewa dengan sesuatu yang tidak berjalan mengikut kemahuan dan perancangan kita.
Jika kita dijauhkan dari sesuatu perkara itu, pasti ada kebaikan disebaliknya dan pasti akan ada sesuatu yang lebih baik dari itu disuatu masa nanti.
Jangan tangguhkan atau tinggal solat hanya disebabkan kita rasa kita tak cukup baik, atau kita rasa solat kita tak sempurna.
Pertama solat dulu kemudian perlahan perbaiki mana yang tak sempurna dalam solat tu, sambil tu juga belajarlah untuk jadi baik. Jangan terus tinggal.
Nak tenang pesan pada diri supaya sentiasa ingat ni.
Apa yang terlepas, bukan ditakdirkan untuk kita dan apa yang ditakdirkan untuk kita, tidak akan terlepas.
Ingat, bila dah sampai puncak, jangan lupa kamu datang dari mana dan jangan sombong. Sentiasa ingat yang semua ni Allah bagi pinjam sahaja.
Bila-bila masa Dia boleh bagi, bila-bila masa juga Dia boleh tarik balik. Setiasa syukur.
Kadang melalui hati, kita menyimpan banyak sangat emosi. Bibir adalah pintunya, dan lidah adalah kuncinya.
Jadi kita kena menjaga kuncinya supaya pintu kita tidak mengeluarkan perkara yang mencipta emosi buruk dalam hati orang lain.