Pilihan raya demi pilihanraya, kita terus beranggapan bahawa pengundi membuat pilihan berdasarkan logik, fakta, angka dan dasar.
Hakikatnya, tidak semestinya begiitu.
Pengundi mengundi/memilih berdasarkan emosi.
Mereka tidak semestinya PEDULI akan logik dan fakta yang dikemukakan oleh calon yang bertanding.
Sebaliknya, mereka lebih terpengaruh dengan apa yang mereka RASA dan bagaimana sesuatu MESEJ itu menyentuh PERASA'AN mereka.
Jadi, jika calon dipilihanraya Melaka, Sarawak mahupun PRU16 benar² ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat dan mahu menang- mesej yang disampaikan mestilah bukan sekadar menyentuh akal fikiran- tetapi juga menusuk ke hati pengundi.
Kita sudah menyaksikan bagaimana pilihan raya pertengahan penggal (Midterm Elections) di Amerika Syarikat berakhir.
Presiden Trump, khususnya, menerima tamparan politik paling hebat apabila Parti Republikan mengalami kekalahan besar.
Dalam kempen pilihan raya 2024, Trump berjanji bahawa jika beliau menang, harga minyak akan turun, tiada peperangan akan tercetus dan harga barang tidak akan meningkat.
Namun, selepas kemenangannya, beliau terlibat dalam tindakan ketenteraan yang mencetuskan peperangan. Akibatnya, harga minyak melambung tinggi, manakala harga barang asas dan keperluan harian terus melonjak.
Ternyata janji ketika berkempen tidak semestinya menjadi kenyataan apabila berkuasa.
Akhirnya, majoriti pengundi Amerika menolak Parti Republikan dan kepimpinan Trump dalam pilihan raya pertengahan penggal (Midterm Elections) 2026.
As the saying goes, “Today, the truth got a microphone.”
Berikut ialah antara kemenangan bersejarah calon-calon Parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal (Midterm Elections) Amerika Syarikat yang baru sahaja berlangsung:
1. Adam Hamilton
Menewaskan penyandang (incumbent) daripada Parti Republikan, Roger Marshall, di Kansas.
Kansas TIDAK PERNAH memilih calon Demokrat ke Senat AS sejak tahun 1932.
2. James Talarico
Defeated calon Republikan Ken Paxton, sekali gus mencatat kemenangan pertama calon Demokrat dalam pilihan raya Senat AS di Texas sejak tahun 1988.
3. Annie Andrews
Defeated Senator Republikan Darline Graham di South Carolina.
Beliau menjadi calon Demokrat pertama yang memenangi kerusi Senat AS di South Carolina sejak tahun 1998, selain menjadi wanita pertama dipilih untuk mewakili negeri itu di Senat AS.
Kemenangan² ini membuktikan bahawa negeri² yang sekian lama dianggap sebagai kubu kuat Parti Republikan telah menjadi medan persaingan sengit apabila PENGUNDI sudah BERSEDIA untuk membuat PERUBAHAN.
Sudahkah pengundi di Malaysia bersedia untuk membuat satu perubahan?
Apakah perkembangan di Amerika akan berlaku di Malaysia?
Sebelum ini di Malaysia - pemimpin mana dan dari parti mana yang pernah berkata - bagi kami 5 tahun, jika kami gagal dalam tempoh itu, tendang kami pada pilihanraya akan datang?
Masanya telah tiba untuk para pengundi, dalam beberapa PRN yang bakal berlangsung dan PRU16 yang akan menyusul, membuat penilaian sewajarnya sebelum menentukan pilihan di peti undi.
Pastikan undi diberikan berdasarkan pertimbangan yang matang, bukan sekadar janji dan sentimen.
Untuk PRN Melaka ke-16, Parti Bersama Malaysia (@partibersamamy ), menawarkan manifesto yang bertemakan “Dulu Kancil Pilih Melaka, Kini Melaka Pilih Kancil” menekankan pembaharuan pentadbiran, pengurusan kewangan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Kepada pengundi Melaka, memberikan #Bersama peluang untuk menjadi pembangkang di DUN Melaka bermakna membuka ruang kepada semak dan imbang yang lebih berkesan demi kepentingan rakyat.
Jika diberi mandat untuk membentuk kerajaan pula, rakyat Melaka berpeluang menilai sendiri hala tuju, keupayaan dan kesungguhan Bersama dalam membawa Melaka ke arah kemajuan yang lebih mampan.
Apa pun peranan yang diberikan, berilah peluang kepada politik baharu ini untuk membuktikan kemampuan melalui tindakan, bukan sekadar janji.
#VoteBERSAMA
Bila agamawan dan ahli akademik seperti Prof. Dr. Rozaimi Ramle tegur mereka; walau tanpa menyebut nama, pembulian ‘pembunuhan karakter’ dan fitnah jadi halal belaka atas asas membela maruah pemimpian pujaan mereka walau jelas salah. Dan malangnya ramai akan percaya tanpa usul periksa.
Tidak ada laki-laki yang benar-benar tenang pikirannya; di balik diamnya tersimpan beban tanggung jawab, ego, dan masa depan yang sedang ia perjuangkan sendirian. Hargai lelahnya, karena pundak mereka memikul beban yang tak bersuara. 🙏✨
#LelakiTangguh#RenunganDiri
16 Oktober: Video Tuanku Muhriz menegur Ismail Lasim di Masjid Kampung Beting tular.
Tup-tup petang yang sama, beratus-ratus posting di Threads dan komen di FB naik serentak dengan skrip yang hampir 100% copy-paste.
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) sekali lagi menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Setiausaha Dewan Raja Norazli Raja Nordin berkata Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar ke-11 pada 29 Dis 2008 serta ditabalkan secara rasmi menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS) pada 26 Okt 2009.
#AWANInews
Berita lanjut di: https://t.co/4miUadZL7G
Siasatan yang mereka kata secukupnya dan sepenuhnya, rupa-rupanya dibuat dalam tempoh kurang sejam.
Malah 2 dokumen mereka sendiri tak sepakat siasatan tu dibuat di mana. Kejap di Balai Undang, kejap di DKU.
Cerita pun berubah-ubah, sebab itu tak nak tunggu keputusan mahkamah?
3 penyandang “Undang” telah diturunkan.
Keluar surat apa pun tetap tak sah..
Kalau Sijil Kahwin pun tipu, nak jadi undang macam mana?
Tak payah berbolak balik.. Lagi buat teruk, yang dimangsakan ialah orang2 Negeri Sembilan sendiri.
Dewan DUN tak bersidang, penjawat awam pun tak bergaji nanti.
Ramai share surat Undang Johol, tapi tak baca habis, terus tuduh tanah adat kena jual ke Cina.
Pemilik asal, Truwest Enterprise tak mampu bayar hutang. Mahkamah Tinggi Shah Alam wind up syarikat tu dan lantik liquidator untuk jual asetnya dan bayar hutang. Liquidator tu cina.