Piala Dunia FIFA kali ini dicemari dengan Kapitalis yang ambik kesempatan
US yang paranoid sebab banyak sangat serang dan kacau negara orang. Tu Imigresen dia paranoid dan trauma gila tu
Ni kalau Qatar dulu buat gini memamg kena kutuk kaw kaw. Last last Qatar adalah antara penganjur terbaik Piala Dunia FIFA
Selain ludah jilat balik. Duk kata Politik takleh campur dengan Sukan. Tapi dia yang buat
PIALA DUNIA FIFA JADI TERUK KERANA US
Banyak isu dan kontroversi mula berlaku kepada Piala Dunia FIFA kerana sikap Imigresen US dan US sendiri ketika ini
- Visa Pemain bola sepak Switzerland Breel Embolo disekat sementara dan dia hanya boleh menyertai pasukannya di US beberapa hari kemudian
- Pemain Iraq, Aymen Hussein disoal siasat selama 7 Jam selepas memasuki US sebelum dibenarkan masuk
- Pasukan Bola Sepak Iran mengadakan rundingan selama beberapa hari di Konsulat US di Türkiye dan US hanya membenarkan mereka masuk ke US pada hari perlawanan. 15 Visa ahli Delegasi Iran tidak diluluskan
- Pengadil Terbaik Afrika 2025 dari Somalia, Omar Abdul Kadir Artan disekat Visanya walaupun dia menggunakan Passport Diplomatik. FIFA mengumumkan dia tidak akan mengadili Piala Dunia kali ini susulan sekatan Visa. Dia sepatutnya menjadi pengadil pertama Somalia yang mengadili Piala Dunia FIFA
- Pasukan Bola Sepak Afrika Selatan tiba lewat di US kerana sebahagian delegasinya tidak diluluskan Visa
- Beberapa ahli Pasukan Bola Sepak Senegal dipaksa membuka kasut dan diperiksa dengan sangat lama. Terdapat beberapa tuduhan pegawai Imigresen US bertindak secara perkauman ke atas mereka
- Pasukan Bola Sepak Uzbekistan diperiksa oleh anjing pengesan kerana ketakutan mereka membawa bom
- Beberapa penyokong Scotland walaupun dibenarkan masuk ke US di bawah Program ESTA. Dibatalkan Visanya pada saat saat akhir
- Penyokong 11 dari 48 buah negara yang menyertai Piala Dunia FIFA kali ini ditolak Visanya lebih 40 peratus permohonan. Ini menyebabkan ramai rugi dari segi kewangan kerana tiket yang sangat mahal. Penyokong Iran, Senegal, Ivory Coast dan Haiti langsung tidak dibenarkan masuk
- Penyokong Algeria, Senegal, Cape Verde, dan Tunisia hanya dibenarkan masuk selepas membayar 15,000 USD untuk mendapatkan kelulusan Visa
- Jurugambar Pasukan Iraq dipaksa pulang walaupun Visanya diluluskan. 90 peratus penyokong Maghribi tidak diluluskan Visanya
- Pasukan Bola Sepak Sepanyol diberikan sebuah padang di sekolah menengah di Tennessee untuk latihan
- Tiket Piala Dunia FIFA di US kali ini lebih mahal berbanding tiket di Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Malahan Suku Akhir di US lebih mahal dari Final di Qatar. Siasatan sudah dijalankan Pendakwa Raya New Jersey susulan harga yang terlalu mahal
- Ular ditemui dalam loker Pasukan Bola Sepak Sweden
- Persatuan Bola Sepak England mengetatkan kawalan ke atas tempat penginapan dan latihan Pasukan England selepas kejadian tembakan rambang berlaku 4 batu dari kawasan latihan mereka
- Penyokong tidak dibenarkan memasuki Stadium MetLife dengan kereta. Semua harus menaiki Kereta Api Transit yang berharga 150 USD sekali perjalanan berbanding hanya 12.90 USD sahaja sebelum ini. Tiada diskaun untuk Warga Emas, Orang Tua dan Kanak Kanak. Semua tempat letak kereta sekali masuk 225 USD
- Cuba mengaitkan perlawanan persahabatan antara Iran dan Mesir dengan LGBT
- Penyokong tidak dibenarkan membawa botol air mineral masuk ke dalam stadium. Padahal 14 dari 16 Stadium nanti akan mencatatkan suhu tinggi susulan Musim Panas di sana
TERKINI
KEJAYAAN BARU MISI GLOBAL SUMUD FLOTILA. TEKANAN POLITIK DAN UNDANG-UNDANG
Misi Global Sumud Flotila menyaksikan kejayaan baru bukan sahaja dalam Break The Silence
Tetapi memberi tekanan Politik kepada Israel.
Kes jenayah Israel kini difailkan di Greece, Itali dan Mahkamah Hak Asasi Eropah. Perancis menyekat Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir dan Poland mempertimbangkan perkara sama
Korea Selatan mempertimbangkan menangkap Netanyahu dan Yoav Gallant. 1,000 Ahli Parlimen dunia menandatangani Deklarasi Brussels, 48 Ahli Parlimen Kesatuan Eropah menandatangani desakan untuk memutuskan hubungan kerjasama Eropah dan Israel. Ini termasuk PM Sepanyol Pedro Sanchez yang mahu sekatan diperluaskan ke seluruh Eropah.
Hampir semua negara yang baik dengan Israel memanggil Duta Besar Israel di negara mereka atau Charge De Affairs bagi menyampaikan kutukan sehingga Menteri Luar Israel marah dengan tindakan Itamar Ben Gvir
CENTHRA Malaysia menandatangani Deklarasi Brussels membolehkan Malaysia mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa melalui proksi
Serius kalau UNRWA tak selamatkan dokumen ini. Israel boleh padamkan sejarah kata Nakba 1948 tak wujud
Dan diorang boleh kata Rakyat P tak wujud pun di tanah air diorang sendiri
Dokumen ni ada semua bukti termasuk IC, Geran Tanah, Bukti Keturunan dan lokasi tanah rumah mereka di mana. Senarai nama keluarga, anak beranak dan segala bukti kewujudan Rakyat P di seluruh 48 Negeri Palestin yang dijajah
TERKINI
BACA SAMPAI HABIS. INI EPIK
OPERASI RAHSIA PBB YANG MENYELAMATKAN KEWUJUDAN RAKYAT PALESTIN DI TANAH AIRNYA
The Guardian mendedahkan hari ini bahawa Agensi Pelarian dan Bantuan PBB Untuk Rakyat Palestin UNRWA melaksanakan operasi rahsia selama 10 Bulan untuk menyelamatkan rekod sejarah kezaliman Israel dari Gaza dan Baitul Maqdis Timur sejak Nakba 1948 sehingga kini
Ia melibatkan staf PBB dari 4 buah negara menentang pengeboman Israel, Serangan siber untuk memadamkan rekod berkenaan dan bergerak ke barisan hadapan untuk mengelakkan fail itu musnah
Dokumen yang diselamatkan ialah Bukti Nakba 1948, Data Rakyat Palestin dari 1948 termasuk mereka yang diusir, kad pengenalan, surat beranak dan rekod tanah. Dokumen ini menjadi bukti undang undang dan sejarah di mana rakyat Palestin diusir keluar dari negara mereka
Operasi bermula apabila serangan dilancarkan Israel ke atas Ibu Pejabat UNRWA di Bandar Gaza pada 2024. Pasukan ini menggunakan trak pikap yang disewa membawa dokumen ini ke Selatan Rafah dalam 3 perjalanan berbeza. Kemudian mereka dihantar ke Mesir menggunakan staf antarabangsa yang lain di Lintasan Rafah
Manakala dokumen di Ibu Pejabat UNRWA di Baitul Maqdis Timur dibawa melalui Jordan. Kesemua dokumen dibukukan di Amman, Jordan dan kini satu projek khas untuk mendigitalkan semua dokumen ini dari 1948 sedang didanai oleh Luxembourg di sebuah lokasi rahsia. Ia melibatkan 50 orang dan 30 Juta Dokumen. Dijangka proses digital mengambil masa 2 Tahun.
Dokumen ini memastikan bukti Nakba yang Israel buat ke atas Palestin wujud. Bukti bahawa suatu masa nanti rakyat Palestin yang diusir boleh kembali ke tanah air mereka dengan bukti geran tanah mereka , keturunan mereka dan lokasi mereka . Ini juga membolehkan keturunan mereka yang seterusnya mencari semula susur galur keturunan asal mereka dari 1948
🚨 Warning: distressful content!
Those genocidal maniacs RAPED humanitarian activist trying to take food and medicine to children in Gaza! And the worst is that even this they escalate to much worse forms with the 9000 Palestinians in israeli dungeons (almost 400 children)!
TERKINI
PERJUANGAN SUMUD NUSANTARA MEMECAH KEPUNGAN GAZA BERAKHIR
Dua peserta Indonesia disahkan diculik Israel di atas kapal Kasri Sadabad
Kapal Kasri Sadabad disahkan susah terputus hubungan dengan Pusat Pemerintahan Sumud Nusantara selama 4 Jam
Kasri ialah kapal terakhir dinaiki Peserta Sumud Nusantara
Membela Sahabat
Tersebar dakwaan kononnya para sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar adalah penjenayah atau pencabul sebelum kedatangan Islam.
Namun apabila Islam datang, sifat mereka berubah 100%.
Setuju dengan statement Ustaz Salman Ali.
"Dengan penjelasan begini, tidak ada ruang untuk bersangka baik terhadap Ahli Parlimen Pas ini. Ini adalah lisan celaka yang menyebarkan fitnah."
"Salah yang pertama mungkin terlajak kata. Salah yang kedua tiada lain melainkan sombong dan bongkak."
Mutakhir ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai laporan penularan jangkitan Hantavirus yang berpunca daripada sebuah kapal persiaran antarabangsa. Saya ingin memberi jaminan kepada masyarakat bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal persiaran tersebut.
Susulan komunikasi langsung KKM bersama pihak berkuasa kesihatan Singapura pada pagi ini, turut disahkan bahawa dua kru kapal warganegara mereka telah diuji negatif Hantavirus, manakala proses pengesanan kontak kini sedang giat dijalankan.
Walaupun situasi ini amat terkawal dan tidak melibatkan rakyat kita, KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak ini di peringkat global serta serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi.
Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Memandangkan tiada ubat antivirus khusus buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Rakyat tidak perlu panik, namun kita mesti kekal berwaspada. Saya menggesa seluruh masyarakat untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini dan sentiasa memastikan kebersihan kediaman serta premis kerja terpelihara daripada ancaman haiwan perosak.
📱Sumber: Media Sosial Rasmi YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja
Pemandu van mengaku tidak bersalah atas tuduhan memandu melulu hingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan di Batu Pahat Selasa lepas.
📷 Nur Fadhliana Shaari | BERNAMA
Seorang pelajar sekolah maut selepas dipercayai dilanggar sebuah van di hadapan Sekolah Kebangsaan Sri Maimon, Parit Sulong, di Batu Pahat, tengah hari tadi.
📷 Berita Al-Hijrah
*Maklumat awal kes kemalangan Maut Jalanraya Daerah Batu Pahat*
*Butiran seperti berikut :*
🔹Tarikh: 05/05/2026
🔹Masa: 0115 hrs
🔹Tempat: Hadapan Sekolah Sk Sri Maimon, Parit Sulong.
🔹Melibatkan:1 buah m/van dan 1 pejalan kaki.
Pada 05/05/2026 jam l/kurang 0115 hrs ,terima makluman terdapat 1 kemalangan melibatkan 1 buah kenderaan dan 1 pejalan kaki . 1 mangsa pejalan kaki dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.
MITI dah jawab berkenaan isu BYD.
1. No floor price RM200K, instead the minimum price for domestic is RM100K.
2. Limit 10,000 unit setahun for domestic sale, bersamaan 20% dari projected production capacity.
3. Semua syarat ini seperti termaktub dalam interim ML on 29/09/2025
Iran menemui bangkai misil Tomahawk dalam serangan US ke atas Sekolah Rendah Perempuan Shajareh di Minab Iran yang membunuh 175 orang termasuk 160 pelajar kanak kanak wanita
Ini menafikan dakwaan Presiden Trump bahawa Iran punyai Tomahawk dan sengaja burukkan US.
Ni level-level orang yang pusing ayat Al-Quran cakap kaum Nabi Luth kena azab bukan sebab homoseks tapi sebab nak rogol malaikat.
Ni contoh penunggang agama juga sebenarnya. Memandai-mandai tafsir Al-Quran tanpa disiplin agar ikut selera sendiri semata.
Pekerjaan ini tak hina, malah mulia. Cuma gaji saja yang rendah.
Yang hina ialah tunggang agama, tipu duit orang ramai. Tipu pakej umrah dan haji. Pakai topeng ustaz tapi rogol orang. Masyarakat kita tak membenci golongan ini secukupnya.